9 May 2015

Isteri curang sengaja tempah tiket ke neraka.

Bagaimana anda sebagai seorang isteri dan seorang perempuan rasa apabila anda mendapati ada perempuan lain yg curang dengan suami dia sendiri dan berskandal dengan suami orang?

Bukan takat curang mesej ja. Malah siap hantar gambar2 yg tak sepatutnya yg menjatuhkan maruah seorang perempuan ke takah yg paling hina dan berjaya menempah tiket ke neraka sebagai isteri nusyuz.

Alasan apa yg diberi, stress dengan suami sendiri. Dan kita tidak tahu apa yg suami dia lakukan. Tapi wajarkah dia berkelakuan seperti itu. Bertudung, nampak baik, tapi maruah letak di bawah tapak kaki.

Al Quran berkata syurga bagi wanita itu hanya perlukan 4 perkara, taat pada Allah, taat pada suami, menjaga maruah, solat & berpuasa. Maka pilihlah mana2 pintu syurga yg kamu inginkan. Dan Rasulullah mendapati ramainya kaum hawa di neraka, antaranya akibat derhaka pada suami.

Suami tidur, isteri rancak mesej dengan skandal, suami outstation, isteri rancak keluar tengok wayang karok dengan skandal.

Allahurabbi. Dunia skang dunia akhir zaman, peliharalah aku agar tidak terjebak dengan gejala seperti itu, biarlah apa jua dugaan yg mendatang, moga teguh jua imanku, bukan kerana aku mencintai manusia yg kau ciptakan utkku, tp kerana lebih cintaku padaMu yaAllah dan pada kekasihMu ya Rasulullah.


3 comments:

Kathy R'bain said...

Moga kuta di jauhkan dr sikap sebegini. Jadilah isteri solehah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™