10 February 2013

Luahan hati aku~

Ok, aku nak luah sesuatu, aku tak tau apa pendapat orang lain, tapi bagi aku, aku tak sanggup, tak rela, dan tak sudi. Mungkin aku ni kuat cemburu kot, tapi ntah la, mungkin waktu tu d awal perkahwinan, aku tak pasti, tapi asanya kalau skang pun aku masih x suka.

Apa ceritanya? Ok camni, kira2 dua tahun yang lalu, hampir 2 bulan usia perkahwinan aku n abang, kami pergi menyambut, menyambut maksudnya kita ikut rombongan pengantin lelaki pergi ke rumah pengantin perempuan, aku pakai baju kurung moden n berselendang, comey, kiut miut la kononnya, baru kawin kan, seri pun tak habis g, haha. Abang pakai kemeja kot kalau tak salah aku. 

Sampai ja kat rumah pengantin tu, masing2 sibuk la nak pegang hantaran la, nak bersusun orang untuk jalan masuk, tetiba ja depa nak abang jadi pengapit, benda ni tak d beritahu awal pun, n tak tau la kalau aku ja yg tak tau, depa dah rancang awal ka apa, pastu ada la makcik tu tarik aku, " ha..ni adik ni pakai elok bagi dia jadi pengapit " lebih kurang camtu la, aku ok jela nak jadi pengapit dengan laki aku, alih2 camna tah ada plak pompuan mana tah jadi pengapit, aku pun malas la nak interframe, terus dok belakang, jadi dayang2, eee, memang aku hott sangat time tu, sakit hati geram, aku tak la hadap sangat nak jadi pengapit tu, tapi tak yah la ambik laki aku jadi pengapit, dah la tak kenal sapa! kalau pompuan tu aku kenal boleh tahan lagi la.

Abang tahu aku marah, bini dia mesti la dia tau aku camna kan, serius aku buat tak tau ja, malas nak layan, sedappnya dok makan kat tepi pengantin, dengan pompuan tu k! yang aku ni makan kat meja lain, dayang2 la katakan. Menyampah gila, aku tak tengok langsung abang makan. Geramm.

Aku tak tau la orang lain rasa apa, bila laki kita jadi pengapit dengan orang lain, n orang lain tu kita tak kenal pun, paling sakit bila orang buat kita ni macam tak wujud ja, padahal si pengantin bukan tak tahu yg pengapit tu suami orang, sori kalau rasa aku over, tapi aku memang tak dapat terima keadaan tu, what ever la nak kata aku cemburu blind pun, cer letak situasi tu kat dalam diri sendiri tgk, ee..

Mungkin bagi sesetengah orang benda ni perkara biasa, kenduri ja pun, tapi jangan lupa "lain padang lain belalang".

Esoknya kenduri sebelah lelaki, sekali lg kami g umah pengantin perempuan, kali ni just nak ambik pengantin pompuan ja, nak apit2 ni bila tiba kat umah pengantin lelaki. Aku warning abang, jangan dok gatai2 nak jadi pengapit, huhu. Serius bila tengok abang dengan pompuan lain masa tu, asa macam nak meletup dada, asa macam nak namgis, huhu. Time balik nak dijadikan cerita abang nak beli barang, jadi kami balik dulu n lajak g kedai tempat abang nak beli barang, bila sampai tempat kenduri pengantin dah sudah makan, aku pun masuk dalam umah, ada la orang tanya, p mana tadi depa dok cari nak buat pengapit, see, tak gtau apa2 pun suka2 hati ja nak dijadikan pengapit, nasib la abang paham apa aku rasa,huhu.. lagi pun kami bukannya rapat sangat dengan family pengantin tu, hmm.

Kekadang layanan orang buat kita tawar hati untuk rapat dengan orang tu kan, hidup ni tak yah la nak sombong, orang sombong ni tak ke mana pun akhirnya..

9 February 2013

Segmen : Pencarian Bloglist Fizgraphic

klik SINI untuk join..
Sibuk3, tapi aku nak join jugak segmen Apit ni, hihi..Apit menetapkan 6 syarat penyertaan

Ni syarat ke 5 yang perlu aku buat:
5. Haa then dalam entry tue sila ceritakan pasal blog fizgraphic. Tak kiralah nak ceritakan pasal doodle ka, tutorial ka, apa yang fizgraphic bantu hampa dalam dunia blogger nie. Ceritakan serba ringkas ikut kreativiti hampa. Dalam penulisan atau artwork ka. Ikut suka

Ok, apa yang fizgraphic bantu aku dalam dunia blog ni adalah blog dia buat orang jenguk blog aku, nak tahu kenapa aku cakap macam tu, sumanya kerana awal Januari hari tu aku join segmen yang fizgraphic anjurkan, iaitu Segmen: Saya Blogger Negeri..

Disebabkan segmen tersebut hampir sebulan juga la link blog dia teratas dalam  Referring URLs aku..hihi ( aku tak tau nak panggil apa benda tu, haha..) Yang aku faham orang jumpa blog aku melalui blog dia la kan, ngee~

Secara tak langsungnya orang dapat jenguk blog aku n tambah trafik serta follower aku, alhamdulillah..

Ok, alang-alang aku dah bercerita tentang Segmen: Saya Blogger Negeri.. Aku nak gtau la segmen ni takdak tarikh tamat, sentiasa berjalan, jadi sapa yang blom join bolehla klik SINI, 1st tengoklah aku dari negeri mana n korang boleh join sekaki, banyak giler tau yang dah join, latest aku tgk dah 300++ tau yg join...Tahniah Apit!! 

K la dah banyak bebel, takat ni ja kot, aku ok jer kalau terpilih atau tak, suma tu kan rezeki, kalau ada, alhamdulillah..;-)

8 February 2013

Tahniah Ein & Wani 07/02/2013~

Seperti yang dijanjikan aku akan story mengenai akad nikah Ein & Wanie, tapi sebelum tu, alhamdulillah syukur sebab diberi kesihatan yang sihat malam ni, walaupun petang tadi mengalami ceri beri, huhu.

Ok, kelmarin aku n abang bertolak ke rumah pengantin lelaki lebih kurang jam 4 ptg, dekat jer pun,kot pida-pida ni ja pusingnya,hihi.

Kan nak akad nikah lepas asar, hampir2 kul 5 baru kami bertolak ke masjid, pengantin pompuan dah lama sampai, ngee~

Wani..Wani, tangan sejuk lebih pada dia yang nak pegang tangan tok iman n lafaz akad, hihi. “ ketaq kak, ketaq kak” lawak betul, serius tangan dia sejuk gilerr, dari aku sampai kat majid hinggalah Ein selesai lafaz akad tu, dasat tul.

Alhamdulillah dengan sekali lafaz Wani sah menjadi milik Ein, entah nape, saat Ein lafaz akad tu n bila saksi cakap sah, aku plak yang terlebih emo, teringat saat aku menjadi milik abang yang sah 2 tahun yang lalu. Bergenang juga la air mata, sedap ja pesan kat pengantin pompuan jangan nangis, alih2 aku yg hampir nangis, haha.

Esok mungkin busy, ntah sempat tak nak online pagi, petang dah kenduri, malam mesti letih kalau ikut depa p photoshoot, haa, kad kenduri Wani & Ein comey sangat tau, tak caya klik SINI..

Ok la jom kita layan 2-3 keping gambar..

Aku lerr tu, sapa lagi, haha, comey kan pengantin, baru 22 tahun..

Pasangan secocok, merpati sejoli, Ein & Wanie at rumah Wani..

Debaran pengantin perempuan~
*Tiada apa yg lebih bahagia saat disatukan dengan insan tercinta...;-)




7 February 2013

LETIH SANGAT MALAM NI~

Malam ni aku letih sangat, skang tgh taip entry ni sambil tersandar kat kerusi malas, menunjukkan betapa malasnya aku, mata layu dah macam haperr lagi, jari jemari slow ja menari nari atas keyboard ni, huhu, tadi sakit kepala siap sempat terlelap lagi, gagah juga on laptop, buka blog, malam ni sempat join satu GA, jalan-jalan kat 2-3 blog, komen tak ingat la aku komen tak, huhu, balas kunjungan n follow blog yg join GA sama dengan aku. Itu ja aku mampu, ni kira nak off n tido ja, tak sempat dah nak menghadap seperti malam2 sebelumnya, huhu.

Alhamdulillah dengan sekali lafaz Wani sah menjadi suri hidup Ein yang sah, next entry aku update sekali gambar k, malam ni surrender, huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™