13 July 2012

YA ALLAH SELAMATKANLAH BONDA.. ;-(

11 Julai 2012 rabu
Salam.. 11 Julai 2012 aku g melawat mak aku kat hospital.. g dengan adik aku yang no. 3.. Nazri a.k.a Li.. merempit dengan motor ja.. hihi.. best dapat sembang dengan mak.. aku lepak dengan mak sampai kul 7 ja.. coz takut nak balik malam2.. sedihnya nak tinggal mak.. salu kalu p mesti habis waktu melawat 7.30pm.. manfaat seluruh waktu melawat yang diberikan.. malam tu aku kol mak.. sembang dengan mak.. macam2 aku cerita kat mak.. masalah aku.. hepi aku, sedih aku.. mak memang camtu, dari dulu g tempat aku luah segalanya.. sangat3 memahami.. even mak kenal semua budak2 laki yang aku kawan masa sekolah dulu.. abang2 angkat aku.. adik angkat.. semua aku cerita kat mak.. when I’m fallen in love with mohd ezri.. itu la mak aku.. sebab tu aku n adik aku tak pernah nak rahsiakan apa2 dari mak.. keluar p mana, dengan sapa.. kami jadi pandai jaga diri atas kepercayaan yang diberikan.. syukur.. dah puas sembang aku kesian kat mak takut mak nak tido.. so letak tipon.. esoknya nak g melawat mak lagi.. dengan adik2 plak..
12 Julai 2012 khamis
Aku balik awal dari umah abang ke rumah aku sebab dah kakchik dah janji dengan mertua dia nak g kat mak kul 12.. kami sumbat dalam keta wira adik ipar aku tu 7 orang, dasyat tak..  mak ayah mertua kakchik kat depan, aku, kakchik, amin, dik ah n anak sedara pupu aku dikna kat belakang.. full gila la.. tapi takpa asalkan semua dapat g.. adik li ja tak dapat g.. bawa bekal kat mak..

Kul 1 kami g kat mak, sampai dalam 1.30 gtu la.. sampai ja kat tempat mak, mak takda, ingatkan mak g mandi, tgk2 akak kat depan tu gtau mak kna g ICU.. suma terkejut.. g tanya kat kaunter tentang mak, doc gtau mak stabil cuma tak cukup oksigen ja.. sedih sangat hati ini.. g cari wad ICU plak.. mak baru d masukkan, 5 minit sebelum kami sampai.. jadi kami tak dapat melawat mak lagi sebab ada prosedur yang depa nak buat.. tunggu punya tunggu sedar2 dah pukul 2, tamat la waktu melawat untuk tghri, kna tunggu waktu petang plak, kul 430pm.. kami g solat n makan, tepat jam  430pm, aku la orang pertama yang masuk tgk mak, aku masuk dengan adik aku yang bongsu dik ah.. mak tgh tido, sebak rasa hati tgk mak.. serius terasa luluh sangat hati aku! Adik aku dah start menangis, aku control taknak nangis depan mak, aku usap tangan mak, sembang2 dengan mak.. aku dok kjap ja sebab tak tahan dah.. lepas salam dengan mak aku terus keluar sambil air mata berjujuran jatuh membasahi pipi aku.. aku tak peduli kat sapa dah.. turn kakchik dengan mertua dia plak tengok mak.. settle kakchik, kakchik dating kat aku, dia kata jangan nangis depan adik2.. aku cuba kuatkan hati, tapi air mata taknak stop.. lama juga la ambik masa.. aku dah ok.. banyak kali juga la aku masuk tgk mak.. sebab aku jadi peneman sapa yang nak masuk.. tiap kali aku masuk aku akan sembang dan buat lawak dengan mak.. biar mak hepi.. dalam hati ini Tuhan ja yang tahu…

Zuni pun datang juga.. aku teman dia masuk jumpa mak, last dah la tu sebelum kami semua balik.. sembang2 dengan mak n doc.. aku pun salam mak..cium tangan mak, mintak maaf kat mak.. otw keluar tu aku dah tak mampu nak tahan.. aku peluk zuni.. nangis kat bahu zuni.. aku sedih yang teramat, terima kasih zuni sebab tenangkan aku..

Kepada sesapa yang baca entry aku, doakan mak aku dan adik baby aku selamat…amin..

(my mother was pregnant 8 month, due: 10 Ogos 2012..)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™