26 March 2014

Scan 3D/4D at KLINIK KESIHATAN MAHSURI JITRA.

Sambungan cerita abang balik, dalam kepenatan tu, balik rumah rest jap, solat then terus gerak ke klinik, aik aik, buat apa kat klinik tu?? Abang janji nanti abang balik nak gi skodeng baby kecik! Thanx sayang, walaupun dalam kepenatan, tetap juga tunaikan janji untuk bb, sayang abang ketat2..hihi

Kitorang sesat sebenarnya, masuk sampai ke PoliMAS, padahal Klinik Kesihatan Mahsuri tepi jalan ja, lepas trafik light nak ke Tasik Darul Aman Jitra. Nasibla abang ikut jalan belakang, kira pusing balik jerla..

Sampai ja terus daftar, gtau nak scan 4D, masa tu no 41, aku dapat no 43, tapi kejap ja terus naik nombor aku, tak dak orang agaknya. Masuk tu doc tanya dah bapa minggu, aku gtau la dah 27 minggu lebih, then doc suruh aku baring, terus aku baring.

Nampak gaya suma tekaan orang selama ni meleset la, hihi, tekaan bapak mertua aku n jiran aku juga yang betulnya, amboi, macam tetahu jer… hihi klik Entry ni… kasi suspen sikit, hihi

Syukur alhamdulillah semua sihat alhamdulillah, walaupun tak jelas, tapi aku dah nampak kecomelannya, kuikuikui, terharu sangat bila tengok ada satu nyawa sedang bergerak dalam rahim kita, lengkap semuanya, baby kecik aci parking sebelah kanan, jadi doc scan kanan jerla, nasib la nampak muka, cuma doc gtau baby rapat ke dinding rahim, susah sikit nak usha muka dia lama2..

Kami terus balik rumah, abang tak larat kalau nak g shopping pun, abang gtau hari lain kita datang shopping, baiklah sayang, tahu abang penat..;), sepanjang jalan ashik tersengih sorang2 ja, dah tahu jantina, dok berangan tak sudah la nak shopping…kuikuikui

Terima kasih ya Allah, kurniakan kami zuriat ini, satu anugerah yang sangat tidak ternilai, anugerah yang dinanti, moga semuanya berjalan dengan lancar, amin..;-)


NYAWAKU...CINTA HATI,..
PERMATA HATI AYAHANDA DAN BONDA...;-)
Sayang, moga kamu sihat2 ja dalam rahim bonda, kamu pasti akan jadi anak yang baik, itu doa bonda dan ayahanda, insyaAllah, amin...

25 March 2014

ABANG BALIK..;-)

Akhirnya dapat juga update blog, banyak ni nak cita, tapi kita cita satu2 yer, ikut tertib, yg mana dahulu kita dahulukan yg mana kemudian kita kemudiankan, cewwah mukadimah, kelasss.. ;-)

Sibuk sangat, minggu ni saja ada 2 kuiz, nak kena hantar thesis bab 1. Buat para pemenang miniGA  insyAllah minggu ni o minggu depan dah boleh post hadiah, tq para pemenang yang alert dan bagi respon dengan cepat.

Ok, hari Selasa abang sampai kat Terengganu, contact gitu2 ja sebab abang sibuk sesangat nak uruskan barang, nak cari teksi untuk balik ke Kuantan, jadi aku tak dapat la nak sembang panjang dengan abang. 

Rabu tu cadangnya abang nak balik la lepas hantar dokumen bagai, sekali abang mesej abang tak jadi balik sebab ada lagi dokumen yg blom settle, huhu..

Khamis, lepas ja abang settlekan hal kat opis KL tu abang naik bas dalam kul 9.30 pagi, kul 11 abang mesej aku gtau yg bas still tak jalan lagi, haishhh…


Ptg tu ayah datang ambik aku, kami terus gi ambik abang, hepi sangat nak jumpa abang..;-) sampai ja kat Shahab tu nampak abang tengah tunggu, dengan muka penat, kesian abang.. yerla, letih kan perjalanan tanpa henti, rest tak cukup, tapi…. Abang tetap tunaikan janji abang..;-) nnt la aku sambung next entry, klu cita sini jadi panjang…

20 March 2014

♥ TAHNIAH!!! PEMENANG "Nazirahnyerr miniGA Sempena 3rd Anniversarry"




RANDOM 1

Frame gantung untuk 1 pemenang

RAMDOM 2,3 (atas & bawah)

Sepasang keronsang untuk 2 pemenang

RANDOM 4-9 ( ikut urutan gambar Z)

Keychain untuk 6 pemenang

Tahniah buat pemenang, buat semua pemenang boleh tinggalkan maklumat seperti berikut:

Nama penuh:
Alamat surat menyurat:
No telefon:
Hadiah yg dimenangi:

p/s: Para pemenang boleh tinggalkan maklumat tersebut di entry ini, maklumat anda tidak akan di publish...tq..;-)

TEMPOH TUNTUT HADIAH ADALAH 
20 MAC 2014 - 26 MAC 2014

Kepada yang tidak menang, mungkin kali ini bukan rezeki anda...apa pun jutaan terima kasih diucapkan atas sokongan semua..;-) Nantikan "keychain MiniGA #7" pada 27 April nanti..;-)

19 March 2014

Seorang suami dan isteri perlu tahu

Ada suami yang lupa bahawa IBU LEBIH PENTING DARI ISTERI

Ada isteri lupa bahawa SUAMI LEBIH UTAMA DARI IBU

Ada ibu bapa lupa, anak perempuan mereka perlu MENGUTAMAKAN SUAMINYA LEBIH DARI IBU BAPA

Ada suami lupa bahawa suami perlu MENGUTAMAKAN IBUNYA MELEBIHI ISTERI

Ada anak lelaki lupa TANGGUNGJAWAB MENJAGA IBU DAN BAPA TERGALAS DI BAHU MEREKA, bukan pada anak-anak perempuan


Ada anak perempuan lupa bahawa DIA LEBIH TERIKAT DENGAN TANGGUNGJAWAB KEPADA SUAMI DAN IBU BAPA SUAMI LEBIH DARIPADA IBU BAPA KANDUNGNYA SENDIRI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™