27 November 2013

1st check up ( buku merah )

Alhamdulillah, usia kandungan dah masuk 11 minggu, bersyukur tak terhingga atas anugerah dan kurniaan ni, 2 tahun 6 bulan, Allah lebih tahu apa yang terbaik. Hanya sabar menjadi peneman aku sepanjang tempoh itu, pernah aku menangis bila tahu adik aku pregnant, pernah juga aku menangis bila tau isteri kawan abang yang baru kahwin dah pregnant, tapi aku tetap kuatkan hati dan berkata “Allah lebih tahu apa yang terbaik”.

InsyaAllah aku akan kongsi pengalaman aku sepanjang aku pregnant ni..;-)

1st check up.

Kan 19/10/13 aku gi klinik untuk scan sama ada betul atau tak aku pregnant, petang tu aku balik U, minggu depannya aku balik kampung, aku cuti sendiri hai ahad tu sebab ada temu janji dengan nurse klinik desa untuk gi buat buku merah, 27/10/13 aku dan abang g la klinik tu, tak jauh pun dari rumah, dalam 3 minit camtu dah sampai, hihi.

1st letak ic dalam bakul yg disediakan di kaunter, nurse akan panggil dan sembang2 dengan kita, bila 1st date miss p yang terakhir, contohnya macam aku, last bulan 9, tarikh 1st datang 7hb, contohnya… so kita gtau 7hb la. Nurse tanya keturunan ada kencing manis tak, darah tinggi ka, o penyakit2 keturunan yang lain.
Kita kena test air kencing nak tengok air kencing kita kotor o tak, test sendiri k, ambil botol g kencing, pastu ambil satu batang macam UPT tu celup dalam bekas tu, g buang bekas tu dalam tong sampah, then g tunjuk kat nurse hasil test tu, pastu buang jala hasil test tu.

Nurse juga akan cek kepekatan darah kita, Hb. Cucuk sikit kat jari masukkan darah dalam alat tu then test, 1st aku test 9 lebih, tak puas hati sebab cair sangat nurse tu test sekali lagi, naik jadi 11 lebih, normal 12 kot kalu tak salah aku.

Dia akan tanya tinggi kita, ambik berat badan kita, berat badan aku time tu 44.9kg, normally 45kg, tu kira paling minimum untuk orang mengandung, dan wajib naik 500g setiap bulan.

Okey, masa yang di ambil untuk semua2 tu adalah 1 jam, alhamdulillah nasib aku baik hari tu, nurse tu suruh aku g klinik kesihatan untuk scan, untuk pengetahuan semua, kami yg tinggal di kampung ni, ada dua klinik, satu klinik desa, yang kena g tiap2 bulan tu, ada dua org nurse akan jaga situ, kira yang terdekat dengan rumah la, kat situ takdak kemudahan sangat, dia cuma bekalkan ubat, dan buat ujian2 yg aku cerita kat atas tadi ja, scan xda. Satu g klinik kesihatan yang agak besar sikit, suma ada la, scan, makmal, doktor pun ramai.

Dah settle kat klinik desa ni, aku ngan abang pun bertolak ke klinik kesihatan tersebut, tak jauh sangat, dalam 10 minit gtu naik keta. Sampai sana kena ambik darah, kencing lagi, then scan. Masuk bilik doc, sekali lagi doc akan tanya tarikh 1st period kita yang terakhir, aku gtau jujur ja, xnak tipu, huhu, then doc suruh baring atas katil untuk scan.. Ya Allah, comelnya benih yg sedang membesar di dalam rahimku, masa tu bentuk dia macam kacang merah ja, tak sabar plak nak scan bulan 1 ni, sayang bonda..;-)

1st check up..
Berat  : 44.9kg
Baby : 7w
Hb : 11.6

Bp : 90/60

Dah settle, boleh terus balik, next appointment dengan klinik kesihatan ni 26.1.2014, tahun depan nun, hihi..

psssss.. sesapa yang blom join "Keychain MiniGA #4" boleh klik SINI, hanya klik iklan dan tinggalkan link blog anda, tak payah buat entry pun, simple kan, ;-) klik laju2!! TAMAT 3 DISEMBER 2013..

4 comments:

Nory Zoulkefle said...

nory pon menunggu 2 tahun, baru disahkan peknen...
alhamdulillah, berkat doa usaha dan tawakkal..
anak kite sebaya lah nanti...next year kan due date..hehe

Liza Licha said...

semoga semua berjalan lancar ye :)

Norhazlina Mohd. Zaki said...

Best kan...teruja sangat...Nak-nak lagi sijantung hati ada bersama...
Alhamdulillah..semoga ibu dan janin yang bakal menjadi bayi selamat dan sihat...

Take care...

x0x0 ^___^

Nao Mei said...

Alhamdulillah rezeki Allah berkat kesabaran adik :)
jaga amanah Allah sebaik=baiknya dik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™