6 December 2012

NAK RUMAH SENDIRI.... AKU & ABANG, future SON n DAUGHTER

Dok blogwalking naik la entry yang baru ditaip oleh Kak Ina, salah seorang blogger, kisah kak ina yang dah habis berpantang dan akan kembali ke rumah dia di Sg. Petani. Tetiba terlintas di fikiranku, bahagianya kak ina, ada rumah sendiri, hidup di samping suami tercinta serta anak2 tersayang.

Wahh, bestnya ada rumah sendiri, baru la rasa hidup berumah tangga, ada kita n hubby kita ja, bebas nak buat apa2 aktiviti pun. Nak kemas rumah, buat perhiasan, hiasan dalaman hiasan luaran, suma kita boleh atur sendiri, bestnya..........................

Aku sempat rasa semua tu 3 bulan di awal perkahwinan ja, sangat3 bahagia, enjoy, bayangkan 3 bulan aku tak pernah keluar rumah tanpa abang. aku tak kisah pun, boring tu ada juga tapi aku hepi, kemas rumah, basuh baju, sapu sampah, kemas laman depan rumah, masak tunggu abang balik, malam lepak depan tv sampai terlelap, hujung minggu keluar outing g jalan2 area seremban atau melaka, tengok wayang, best sangat3...

13 Feb 2011-13 Jun 2011, ni saat yang aku impikan dalam hidup aku, punya kehidupan sendiri, kehidupan sebenar, dan semua nikejap ja. Abang dapat panggilan kerja laut, abang resign kerja kat Port Dickson, aku plak dapat tawaran U, terima sebab fikir aku tak kerja lagi, nanti boring plak kat umah, kami pindah balik kampung, dan di sini la segalanya bermula, totally different.  

Aku benar2 rindukan kehidupan kami di Port Dickson, JAUH DARI SEMUA, hanya KAMI BERDUA ja. tak sangka saat tu berlalu begitu cepat. Nak ja aku undurkan masa biar saat2 tu tidak berlalu pergi dari hidupku.

*entry yang akan datang ~bila tak tau lagi.. aku akan cerita plak  "kalau abang tak keja laut" , insyaAllah...
( aku redha dengan suratan takdir ya Allah dah aturkan untukku dan abang....)

7 comments:

QasehnyaRania said...

in Shaa ALLAH akan tiba nanti..
sabar yer ;D

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Husband nazirah keje laut tu keja apa?In Shaa Allah sampai masanya akan hidup bersama balik

NaZiRaH... said...

@Wanieys a.k.a IbuQalief

keja laut kak waniey... ikut projek, adaa projek ada la kja, takdak projek lepak kg.

IntaNBerliaN said...

setiap kali kak ina baca entry dr nazirah, mesti dpt rasa betapa nazirah rindunya dkt hubby... sabar yer...

kak ina dkt sg petani, duk umah sewa je.. tp kak ina seronok sbb hanya kami 4 beranak je.. seperti kata nazirah, nak buat apa pun boleh, kita bebas..

untuk pengetahuan nazirah, sejak kak ina kawen, kalau keluar, mesti dengan hubby je.. kuar pun hujung minggu je.. kak ina pun macam nazirah gak, xpernah bosan pun.. tapi rasa seronok urus umahtangga.. layan anak2 n hubby..

apa2 pun, kak ina doakan moga satu hari nanti nazirah pun akan duduk bersama jugak dgn hubby.. :-)

*sorry yer, kak ina skrg dh kurg dtg sini... :-)

Puteri Mama said...

akak suka baca entry nazirah ni...selalu jenguk blog nazirah..sebab akak pernah rasa apa yg nazirah rasa bila berjauhan dengan suami...adik sabar ya..inshaAllah, bahagia itu milik adik sentiasa :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™