15 August 2013

Aidilfitri 1 Syawal..

Aidilfitri 1 Syawal... Kami beraya sakan.. Pusing2 kampung naik motor. Beraya rumah kawan2 abang. Lepas sebuah sebuah kami atur. Best sangat. Yang x bestnya kami x pakai sedondon tahun ni. Aku pakai warna turqois (hentam ja eja..janji maksud sampai) hihi. Abg plak pakai warna hitam. Abg x beli pun baju raya tahun ni. Aku beli siap dah. Ingat abg balik dari laut nak g beli la. Lelaki.. Memang tak la.

Serius nampak 'huduh' sangat kami dua, yerla sorang warna hitam sorang lagi warna turqois. Kiranya setiap rumah member abg yg kami p suma dah kawin dan suma pakai SEDONDON hokey!!

Mat Set anak beranak warna kelabu nak hitam. Faiz n wife warna turqois macam aku pakai. Own anak beranak warna ungu. Atan n Kak Liza warna merah. Jeles aku tengok. Mai kat kami nah haiiii. Balik tu terserempak dgn Wani n Ein serba hitam. On fb Perghh suma pasangan sedondon. Sakit jerr mata tgk org pakai sedondon ni. Dengan perasaan yg sangat geram aku bisik kat abang tahun depan apa jadi nak sedondon juga.

Pelik gila tgk pakai kale lain2. Abg diam jer. Haha. Ok. Tahun depan nk deside awal nak pakai kale apa. Boleh prepare awal kan. ;-) Pss..aku asa godek2 untuk bawa watermark dalam hp ni. Agar senang aku nak letak pic. Kalau x boleh juga terpaksa la letak ' nazirahnyerr.blogspot.com' buat sementara, haaa malas lagi nk on laptop! Jumpa next entry

12 August 2013

1st time update entry guna handphone...

1st time update blog guna handphone... Puas jugak la nk kelebek pun..adoiii.. Lama gilerrr x in blog guna laptop. BW pun guna hp.. Mentang la ada internet.. Rindu blog.. X puas view guna hp.. Nak update entry cun3.. Huhu

1 August 2013

Cerita Kedai Melayu

Al kisahnya hari Rabu minggu lepas, maksudnya 24 Julai la kan, aku g hantar kain baju raya aku untuk dipotong, aku beli baju siap dah, so faham2 la, haha ( labuh ).

Ok, ni dialog yg telah diolah semula oleh aku sekadar aku ingat la..

Aku : kak, nak potong bawah kain boleh tak?
Akak tu : potong macam mana?
Aku : just potong bawah ja, labuh.
Akak tu : boleh, bila nak ambik?
Aku : ( raya lambat g ) saya ambik lagi seminggu boleh?
Akak tu : haa, boleh..
Aku : ( Hulurkan plastik ) kak tak kena tulis nama ka?
Akak tu : ( dengan penuh keyakinan ) tak payah.

Dalam hati, ok, bajet macam dia ingat la mana kain aku kan, Melayu, Melayu, aku p Kedai Cina potong kaki seluar jeans, nyonya tu siap mintak aku, nak bagi nama boleh no. moto pun boleh, betapa depa jaga pelanggan depa.

Aku ada kata kat adik aku, nak kena p tengok juga dua hari sekali ni, silap2 kita nak p ambik minggu depan tak jahit2 lagi, tapi apakan daya, aku sibuk tak sempat aku singgah kedai tu.

Ok, takpa la, seminggu berlalu, kelmarin 31 Julai, Khamis, dengan semangatnya aku nak p ambik kain aku, p la kedai tu..

Aku : nak mai ambik kain yang potong hari tu.
Akak keja : kain yang mana yer? Bagi kat kak sorang lagi ka?  SEE KALAU TULIS NAMA KAN SENANG, BERLAGAK SANGAT TAK NAK TULIS NAMA!
Aku : kain yang saya hantar minggu lepas yang potong bawah tu
Akak lain : ish dok tang mana tak tau, tak jahit lagi pa..

Perghhh, berapi ja dengar…

Aku : saya hantar minggu lepas dan gtau nak ambik lagi seminggu ( dengan muka kelat, aku tak mampu nak senyum dah )
Akak lain : jap yer. akak tu pun tak senyum kat aku..

Tahu dia p cari kat na? DI BAWAH TIMBUNAN PERCA2 KAIN, perghhhhhhhhhh

Akak lain : yang ni ka, ( sambil buka plastik dan ambik kain aku) haa, tak jahit lagi.
Aku : ( kalau dalam animasi boleh bayang dah macam gorku dapat kuasa, berapi…haa macam tu la aku ) dengan geramnya aku bantai, saya ambik ESOK boleh. Hammbekk kau, aku bagi seminggu ko buat sambil lewa sangat kan,
Akak tu : waktu mana?
Aku : waktu petang2 cam ni la

Terus belahhh… atas moto pot pet pot pet pot pet kat adik aku..haha cian dia

Aku marah bukan sebab aku tak sabar tapi CARA diorang layan tu, proper la sikit, ko berniaga, nak tarik pelanggan datang, tapi CARA ko tu membuatkan pelanggan lari. Hadoii, macam mana nak maju??!!

Kesimpulannya di sini, kalau nak berniaga buat cara nak berniaga, kena pandai jaga pelanggan, kalau macam ni la layanan dan service, agak2 lepas ni aku nak gi lagi ka kat tempat tu, tambah aku 1st time g upah, pasni memang tak laaaaaa… kena 10 orang dia buat macam tu, bungkus la tauke kedai tu.


Apa nama tah kedai tu, area Sungai Korok, kampung aku jer. 

Salam Kemerdekaan,

Salam kemerdekaan...

Pejam celik kita dah masuk bulan Ogos dah, itu petandanya kita menghampiri penghujung ramadhan, sebab semua pasti tahu kita akan raya pada awal minggu kedua Ogos kan, insyaAllah pada 8 Ogos..

Dah3, taknak lagi cerita yang melukakan, masuk jer Ogos, tutup buku!! Sudah Cukup Sudah!! Pada yang tak faham tentang entry sebelum ni, anggap ja entry tu sekadar angin lalu, mungkin hanya aku yang mengerti, huhuhu

Semuanya telah kembali seperti sediakala, Alhamdulillah....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™