Showing posts with label Ainul Mardhiah. Show all posts
Showing posts with label Ainul Mardhiah. Show all posts

29 August 2015

Dah 4batang gigi....

Ngeee...~~ gigi dah 4 batang...
Ainul Mardhiah di usia 1 tahun 2 bulan hampir 3 bulan. Ada 4 batang gigi. 2 di atas 2 di bawah. Bakal tumbuh lagi 2 di atas dan 2 di bawah... Dah bengkak tu.. Hihi

Ainul memang lambat sikit. Meniarap lambat, merangkak lambat, duduk lambat, tumbuh gigi pun lambat, tapiiiiii bab bercakap, no 1!! Apa ja org cakap dia akan ajuk. Utk umur 1 tahun dah pandai ajuk org cakap. Memang sesuatu yg sangat kiut dan asa mcm nk penyek2 ja sbb geram. Haha

Itu la org kata, berkembangan baby x sama. So klu perkembangan ank kita tak sama macam anak org lain. Jangan risau. Itu normal selagi ia di takah perkembangan yg sepatutnya. Cth aku bg, tumbuh gigi 6 bulan ke atas. Ank kita 7 bulan x tumbuh gigi lg. ank org lain 6 bulan gigi dah 4. Its ok. Lain la klu 2 tahun still x tumbuh gigi lagi. Itu tak normal. So jgn risau atau ambik port kata2 org di luar sana tentang perkembangan anak kita. Ingat!! Diorang bukan doktor, bukan pakar, diorang bercakap atas dasar apa diorang nampak sepanjang diorang hidup. Bukan atas fakta. So abaikan jerrrrrr...hahahaha

Berbalik pada kisah gigi Ainul, mai time dia gatal gusi habis suma dia nk gigit termasuk la bahu aku, tangan aku, paha aku, mana ja tempat yg dia asa nk gigit..haishh... Pernah dia gigit tangan aku sampai luka. Siap berparut halus lg. Sabar jela..

27 August 2015

Ainul demam rindu

Selasa 25 Ogos 2015..
Pagi tu aku nak p kerja. Ainul jaga. Aku tgh siap2 ni. Dia nangis nak aku dukung. Aku layankan ja. Dah kul7 time tu. Aku dah agak memang terpaksa masuk lambat la. Sebelum kul 8.30am. Aku bagi tok dia, dia xmo. Nak kat aku sorang ja. Siap suruh ambik payung jalan2 kat luar lagi. Oh anak. Puas pujuk siap berjanji nak bawa dia ronda time balik kerja nnt. Baru la dia mau p kat tok dia.

Balik kerja, mak gtau badan Ainul panas. Macam nak demam. Aku rasa memang panas pun. Mak gtau makan pun kurang, susu xmo langsung. Xpa la. Alang2 dah berjanji. Aku pun bawa Ainul ronda2. P sekali Mil aku. Singgah beli kuih pa. Last2 Ainul tertidur dalam kereta.

Malam tu memang badan dia panas. Merap suruh dukung, kejap2 nangis, kejap2 merengek. Mulut pulak ashik sebut ayah2.. Oo lupa nak gtau, ayah dia kena outstation kat Perak. Hampir seminggu. Lama sangat kot tak nampak sampai demam2 anak dara aku. Bayangkan celik mata ja ayah, nk tdo ayah. Ya Allah sedihnya aku. Abg ajin juga buat video kol. Kemain suka Ainul. Siap buat flying kiss lagi kat ayah dia. Pastu bye bye bye..hihi

Kelmarin 26 Ogos aku off. Risau takut2 demam Ainul melarat, eh dia ok ja siang tu. Cuma merap tu biasa la. X sedap badan kan. Tp badan dia dah x panas la. Sampai petang tu mula panas balik. Mak kata kalau demam malam ni cacing.

Malamnya abg mesej gtau abg otw balik. Wahh terujanya. Beria aku gitau Ainul. Badan Ainul pulak kejap panas kejap ok. Macam chipsmore. Haha. Dalam kul10 lebih ayah dia sampai. Kemain seronok Ainul. Dan ayah dia dukung tu kat sapa pun dia xmo dah. Kuikui. Tak layan sapa... Siap peluk2 lagi ayah dia. Rindu sangat la tu.

Semalam juga badan Ainul dah tak panas. Maintain ja. Alhamdulillah. Ternyata dia demam rindu. Sob sob sob..

Kasih ayah

19 August 2015

Ainul potong rambut

yeah, comey ja pic ni, ingat senang nak tangkap pic dia sekarang ni...hihi
Nampak tak rambut depan Ainul, tok dia potong, dah panjang sampai tutup biji mata, hihi. Potong rambut depan jele, anak dara kena simpan rambut panjang, baru cantik..

Nak kata Ainul jenis yang rambut lebat tak sangat, jenis yang tak dak rambut pun tak, kira yang sedang2 ja, syukur alhamdulillah, hihi

Semalam ayah dia takdak, nasib la tak merap, hihi. opss, ada blogger tanya MERAP tu apa, merap tu macam nak bermanja dengan kita la, sikit2 nak suruh dukung, sikit nak nangis, kira nak kita tumpu perhatian kat dia sorang ja. Kalau untuk baby2 lebih kepada manja, kalau orang tua dok merap tu orang panggil ngada2,  hihi 

join miniGA saya, esok tamat... klik SINI


  Saya nak ajak kawan-2 mendaftar sebagai Agent Affliate Simple Hijab . Untuk mendaftar , klik SINI .

17 August 2015

Ainul Main Tak Kira Waktu

Sejak 2 menjak ni Ainul suka tdo lambat, tdo awal pg atau tgh mlm,kekadang awal mlm tu dia tdo, dlm kul9 ka, then kul 11-12 camtu terjaga main sampai la kul1-2pagi kkdg tu..

Merap nk kita dukung dia. Nak tdo atas bahu, ya Allah macam nk patah pinggang, tengah2 boyot camni kan. Redha ja la. Ikut mood dia pulak tu, kkdg nak kite ja, kkdg nak ayah dia ja..

Semalam kul 12.44am still dok main lagi. Memunggah barang dalam bilik, biar ja dia, asal tak suruh dukung sudah..hihi
Kusyuk
Sepatutnya rak tu ada atas meja kecil. Aku buat letak botol2 supplement aku. Dia punggah buang semua, dengan gigihnya angkat rak tu letak bawah utk dia main. Laci2 memang tak boleh letak barang sebarangan dah. Dah pandai tarik..haha

Ainul Mardhiah
1 tahun 2 bulan 17 hari

16 August 2015

Ainul tidur..

anak dara muka masam, naik pou 2 ketoi, kuikui
15 Ogos 2015, kami pi Alor Setar, cari klinik utk ambik ubat Ainul, tangan dia makin teruk nampak, aku pun x gamak nk tempek pic kat sini.

Pusing punya pusing tak jumpa pun klinik tu. Klinik Utama klu x salah. Area Kuala Sungai Alor Setar. Hmm..

Otw balik tu Ainul tdo dari Alor Setar sampai la rumah sambil botol lelat kat mulut. Ngantuk sungguh sebab aku kejut dia bagi mandi, puas la melalak sebab sejuk. Hahaha
Lena tak sedaq habaq

12 August 2015

27 weeks already..;-)

Mak Buyung 27 minggu
Pejam celik pejam celik, dah 27 minggu dah usia kandungan yg kedua ni, kejap ja kan masa berlalu. Minggu depan Selasa 18/8 dah scan untuk 7 bulan. Berat last timbang kat klinik desa 4/8 hari tu 47kg. Aku masih ada kuota 6.5kg lagi, sebab maximum berat untuk ibu hamil ada 12kg dari berat asal. Berat asal aku masa buka buku merah 41.5kg jerr, 12 minggu mengandung, Ainul 11 bulan...ngee..

Alhamdulillah masih lagi bekerja, 8am-5pm, sunday-thursday. Drive sendiri naik 'mini' pemberian abang. Nampak tak 'mini' aku yg kaler kelabu kat background tu, haha. Bukan si biru kat sebelah tu tau! x mampu lg..

Masih mampu lagi nak bershopping bagai, naik tangga tempat kerja 3 tingkat, 11 anak tangga x6, pergh, tengahari beli mkn siap2, memang tak turun dah..

Baby, masyaAllah, kekadang tendangan dia tu asa macam berhinggut badan, kuat kemain! Tak sabar nak tahu hero ka heroin, bila dah dah ada heroin ni mestilah nak hero kan, tapi perancangan Allah adalah yg terbaik, moga semuanya selamat dan sihat sudah, amin.



Check up 4,5,6 klinik desa 2,3,4 klinik tunjang

Klinik Kesihatan Tunjang 2

17/6/2015 (RABU)

BERAT : 44.4 kg
HB        : 11.4
BP         : 94/54

19W

Klinik Matang Keriang (klinik desa) 4

27/6/2015 (SABTU)

BERAT : 43.5 kg
HB        : -
BP         : 100/70

20W

Klinik Kesihatan Tunjang 3

30/6/2015 (SELASA)

BERAT : 44.7 kg
HB        : 11.4
BP         : 88/56
Repeat scan

20W

Klinik Matang Keriang (klinik desa) 5

12/7/2015 (AHAD)

BERAT : 44.5 kg naik 1 kg
HB        : 10.8
BP         : 100/70

22W

Klinik Kesihatan Tunjang 4

14/7/2015 (SELASA)

BERAT : 44.7 kg
HB        : 11.4
BP         : 88/56

next scan 18/8/2015 untuk 7 bulan

Klinik Matang Keriang (klinik desa) 6

4/8/2015 (SELASA)

BERAT : 47 kg naik 2.5kg
HB        : -
BP         : 100/80

25W 

Next check up 22/8/2015 untuk 7 bulan

11 August 2015

Family potret Ainul genap 1 tahun

Nak ke klinik cucuk Ainul 1 tahun.
AINUL MARDHIAH hari ni dah setahun 2 bulan 11 hari... Tapi bonda dia baru nak buat entry birthday dia! Al maklumlah, bonda dia sibuk memanjang (sibuk sangat kan) hihi.



Selamat ulang tahun kelahiran yang pertama sayang, bonda sangat sayangkan Ainul. Permata hati bonda dunia dan akhirat. Kena cucuk nangis kejap, then ok ja, tak demam pun... Alhamdulillah..

Sekarang di usia 1 tahun 2 bulan Ainul sangat ringan mulut, potpet bercerita, pandai ajuk apa orang kata, paling best dengar Ainul panggil ‘ayah’, bahagianya rasa..

Jalan belum lagi, tapi satu ja yang mencuit hati bonda, Ainul suka jalan keliling bonda, cukup 1 pusingan Ainul akan kiss pipi bonda, siap ada bunyi lagi ‘mmuuaahh’. Comey sangat!!

Makan pula, ainul still makan bubur lagi, Ainul tak boleh makan nasi, kalau tak Ainul sembelit, berak tahi keras, meneran kemain over, kesian bonda tengok.

Part paling2 sweet, bila bonda tanya ‘kakak ainul mana kakak ainul’. Ainul akan tepuk perut/dada tunjuk yang Ainul adalah ‘kakak Ainul’. Then bonda akan tanya ‘adik baby mana adik baby’, Ainul akan pegang perut bonda then akan kiss perut bonda. Alahai anak, sungguh kau mengerti!

Haa, satu lagi, tengah2 baring elok ja tetiba datang kat bonda sambil sebut ‘bibi, bibi’ pegang perut bonda, rupanya nak bonda tunjuk perut,  Ainul nak kiss!!

Kalau nampak ja ayah mulut tu ringan ja pangail ‘a……yah, a……yah’ serius memang sweet sangat dengar!

Bab memunggah no1 , baju dalam raga, mainan dalam bakul, getah rambut dalam balang comel, barang2 dalam raga (bedak, minyak, minyak rambut, dll), barang atas rak2 yang rendah. Tapi xpa, bonda redha ja, punggah je, nanti bonda simpan.

Semuanya mencuit hati bonda, buat bonda rasa bahagia sangat, moga Ainul membesar jadi anak yang solehah, amin.

4 July 2015

Mengantuk katanya..


Haha.. Ainul sejak menginjak umur 1 tahun ni. Macam2 dah perangai dia. Makin comel, makin cerdik... Walaupun x boleh jalan lagi, tp mulut dah pot pet pot pet. Faham ja apa org cakap..

1 hari tu aku dok main dgn dia dlm bilik, sekali dia baring atas lantai sambil cakap tuk tuk, (mengantuk) haha. Memang lawak tgk. Cute gila.

Hari lain pulak kat dapur, tgh suap bubur  kat dia. Sekali dia baring juga cakap tuk tuk, haha. Comel gila...

Ainul dah pandai imbang badan. Dan pandai bangun sendiri tanpa bantuan. Cumanya x yakin nak tauk langkah ja lagi. InsyaAllah raya ni dah boleh jalan...hihi

30 June 2015

Ainul beriadah di luar


Hari ni aku off day..

Teman anak dara beriadah kat luar. Luar sgt depan pintu rumah ja pun..kuikui. Penat dah dukung dia pi tengok ayam itik burung. Last bawa kuar walker letak dia dalam tu..

Awal tu senyum la. P sana p sini. Tak lama pun. Pastu jerit suruh dukung balik... Sabar jala..haha

#ainulmardhiah
#1tahun 1bulan

21 June 2015

Ainul jaga malam

Al-Kisahnya semalam, Ainul terjaga, rasanya start bulan puasa, hampir setiap malam Ainul akan terjaga. Bukan nak apa pun, nak orang dukung dia. Sanggup tidur atas bahu, orang nak letak nangis.

Semalam seperti biasa dia terjaga, tapi bukan nangis dah, tapi nak main, aku dah la kerja hari ni, ayah dia dengan rela hati bawa dia keluar main kat dapur. Hati mak, mana boleh tidur nyenyak anak kesayangan takdak, last2 aku pi dapur ambik dia, bancuh susu, masuk bilik pujuk2, tdo jugakk, hihi.

Sahurnya pulak, relax ja habis sahur suma nak tdo balik la, jap gi nak bangun solat, nak siap gi kerja, sekali Ainul terjaga, kali ni nangis nak ayah dia dukung, kuikui. Ayah dia layankan ja, xmo letak langsung, padahal pejam ja mata tu, nak pulak dia tdo atas bahu ayah dia, Ainul, Ainul..

Terpaksalah aku bangun bancuh susu, nasib dia nak, lepas ja nyusu terus tdo, ngeliat2 sekali aku tengok dah ada atas perut ayah dia, haha...

Budak banyak akai, 1 tahun 3 minggu..;-)

16 June 2015

Check up ketiga klinik desa

Check up sebelum ni --------->>> SINI

Klinik Matang Keriang (klinik desa)

14/5/2015  14/6/2015(AHAD)

BERAT : 44.0 kg
HB        : 10.0
BP         : 100/60

18 MINGGU

Kenapa Ahad?

Sebab Sabtu Ainul takmo berenggang langsung, nak menempek sedia kat bonda dia, so aku mesej nurse mintak tunda ke hari Ahad.

Berat terlebih !!

Haha, 2kg untuk kandungan 18 minggu, memang over la, selagi tak cukup 20 minggu, berat badan wajib maintain naik 500g jer sebulan, haku ni dah terlajak naik, 2kg hambekk!! Aku kena ambik tekanan darah selang 1 hari, huwaaaa... silap2 kena minum air gula sebab takut kencing manis berat badan naik mendadak!! xpa, aku dah start telan OMEGA GUARD, InsyaAllah lepas ni berat badan akan maintain balik!!


Hb low !!

Akibatnya aku terpaksa pergi klinik Tunjang untuk ambik darah di tangan, bestnyaaaaaaaaaa.. hukhukhuk. Padan muka sapa suruh beli VITALEA then peram buat perkasam kat dalam bilik tu!!
Ok, semalam juga aku start makan VITALEA, kita tengok result nanti camna k..

Moga semuanya baik2 ja....

Sebarang pertanyaan boleh rojer kat MESEJ FACEBOOK di sidebar.. atau klik

Jangan risau rundingan percuma..Owner blog profesional dan peramah..cewwahhh,,hihi

9 June 2015

Tendangan Pertama Anakanda Kedua

sumber


Hari ke 9 dalam bulan JUN..;-)

Kandunganku mencecah 5 bulan pada hujung bulan ni. Kejap ja masa berlalu..

4 Jun 2015, tendangan pertama anakanda kedua, terjaga sekitar jam 2 pagi camtu, usha hp, scroll fb sementara nak lelap pula, anak dara di sebelah hanyut di buai mimpi, ayahnya pula kat luar layan tv. 

Terasa sesuatu bergerak, macam angin meletup dalam perut, hihi. Aku tersenyum, berdasarkan pengalaman yang pertama itu adalah tendangan babyku!! (skema ayat aku kali ni, dah macam cerpen!)

Haha, ingat lagi masa kat Ainul dulu ia2 aku kata angin, ngadu la kat adik kesayangan aku tu, gtau angin dok meletup2 dalam perut, dia gelak dan gitau angin apanya, tu baby tendang, oo, macam tu ka rasa dia, haha.

Sekarang rasa dia makin kerap juga, tapi tak ketara sangat, tunggu la 5,6 bulan nanti, hihi.

6 June 2015

kandunganku 4 bulan sudah...

4 bulan dah. Kejap ja masa berlalu. Alahan? kali ni aku xdak alahan. Sihat walafiat. Hihi. Makan pun selera. Dari awal ngandung sampai la. Pening kepala dan muntah on off. Tak mcm masa kat Ainul dulu hari2 sakit kepala. Dengan tak lalu makan.

Aku kurus jer kali ni. Berat pun naik maintain ja 500g tiap bulan walaupun mkn tak hengat. Lapar sedia. Tak boleh perut kosong langsung. Dasat.

13 ni check up. Nak tengok la naik berapa kg. Hihi. Tak sabar nak scan 28hb ni. Untung2 tahu la Ainul bakal dapat adik apa. Dalam hati harap hero pulak. Tp suma Allah dah atur, redha ja asalkan sihat sempurna sifat.

Doakan yg terbaik utk yg kedua ni yer...;-)

6 February 2015

Almari baju untuk Ainul

Assalamualaikum..

Akhirnya tercapai juga impian nk beli almari kat Ainul. Almari baju. Dulu masa pregnant memang teringin sesangat nak beli. Tapi tak mampu nak p servey sendiri, bila gi 1 kdai tu mahal plak sampai dekat 4 ratus.. Abg plak busy, mana rajin nak pi 2,3 kali.. Apa yg mampu hanya search dan tengok dalam internet ja. Berangan tak sudah. At last beli drower ja. Sedih sangat. Tp bersyukur juga sbb ada juga tempat nak simpan baju Ainul.

Sekarang tengah tunggu, katanya penghantaran petang ni, tak sabar plak rasanya. Aku jumpa dalam fb, akak ni promot, pastu aku ajak mak ayah mertua aku p kedai tu. Mak ayah aku beli rak pinggan dgn almari pinggan. Masa tu tak decide lagi nak bli almari untuk Ainul.

Bila balik rumah. Aku mesej akak tu mintak dia hantar gambar2 almari baju. Dia hantar yg utk clear stok. RM180 ja.. 3 pintu. Bagi aku sangat berbaloi !! Nanti dah sampai aku update k..

Ini la almarinya. Pic yg akak tu hantar kat aku. Yg lain 2 pintu. RM160 tapi tinggi. yang ni lebar. 3 pintu. So aku ambik yg ni ja. Boleh letak TV baru hadiah hari lahir tu. Dok kat Penang lagi. Tak aci abg rasmi dulu. Kata hadiah aku. Haha..

3 February 2015

Gelagat Ainul bila nampak laptop

Alhamdulillah..

Kelmarin ada sorang member join FREEMEMBER shaklee, camna tu? Dengan pembelian RM650 ke atas. Jimat RM75 yuran ahli. Hihi. Member aku ambik set subur suami isteri dan OSTEMATRIX promosi, OSTE sangat bagus untuk sakit sendi dan tulang. So sapa mak ayah dia dok merungut sakit lutut sakit pinggang wajib ambik OSTE, InsyaAllah.. Untuk member aku, aku doakan ikhtiar dia untuk hamil berjaya, amin..

Waktu aku register ahli kat member aku, aku on laptop atas katil, sambil main dengan anak dara aku ni, aku bajet dia behave la nampak laptop, memang tak la. Haha. Aku jarang sangat on laptop sebab sekarang update blog, blogwalking semua guna hp ja, sekali sekala on tu memang jenuh berebut dengan anak dara sorang tu la..

Laju ja dia mai kat aku, bila aku angkat letak belakang, tengok dah sampai kqt laptop, cepat kemain. Haha

Sempat juga ambik hp tangkap gambar dia..

Tengok..kemain shok dia dok tekan keyboard tu..
Haa.., hambekk, besar sangat tak boleh jadi. Haha. Kira nak tepuk la tu, tau dah. Pantang ja nampak benda menarik. Lepas tangkap gambar ni, cepat2 aku angkat dia, bahaya biar lama2..

Layan jala karenah anak dara sorang ni. Sebab tu lagi rela guna hp, masa dia tengah nyusu tu aku ambik kesempatan tengok hp, dia dok ralit nyusu kan, so takdak la nak kaco sangat, kadang2 tu sedar2 dah terlena anak aku, haha

#ainulmardhiahmohdezri
#permatahatiayahandabonda

Eh, eh, ada blom join segmen aku lagi ka? Jom laa... klik SINI 

31 January 2015

Ainul Mardhiah 8 bulan..;)

31/5/2014-->>31/1/2015
AINUL MARDHIAH- MATA YG DIREDHAI
Ainul Mardhiah permata hati ayahanda dan bonda hari ni genap la 8 bulan. Kejap ja masa berlalu sayang. Klu tahun lepas bulan 1 bonda tengah bercuti. Cuti sem. Time ni la perut tengah muncit. Dalam 4 bulan gitu. menghitung hari nak masuk U balik.

Tahun ni Ainul dah terbentang depan mata, dengan karenah yg sangat mencuit hati. Bikin hati ni terhibur selalu. Saat entry ini ditaip Ainul tengah tarik rambut bonda, picit telinga dengan mulut Ainul yg bising babababa, mamamamama, (^^)

Perkembangan Ainul;

Dah pandai angkat tangan dan kaki macam org nak merangkak, hanyun2 badan then jatuh balik.

Mulut bising yg amat. Bababa,mamama,tatata,papapa..

Dah pandai kenal org, hulur tangan bila org nak ambik, peluk bonda kalau org tu Ainul x kenal.

Dah boleh golek2 1 katil.

Ainul dah start mkn roti kering, jenama HSB, habis sebelah Ainul mkn. Yg penting Ainul mkn sopan sgt, x comot pun..hihi
MARAH KE BONDA AMBIK GAMBAR, HIHI
Bonda harap nnt bulan 5, time sambut birthday Ainul yg pertama Ainul dah boleh jalan. Bonda nk hadiahkan kasut, hihi..

8 bulan dah. Indahnya setiap hari yg berlalu disamping kamu syg, moga kamu sentiasa berada di bawah lindungan Dia. Amin..
AINUL MARDHIAH DAH MCM ABG SADO, HIHI.. MUKA KENTAL MCM AYH DIA.







27 January 2015

Ainul Check Up 8 Bulan

Assalamualaikum..

Hari ni Selasa 27/1/2015 date Ainul Check up klinik untuk 8 bulan.

Bangun pagi macam biasa buat bubur. Nyusu Ainul. Anak dara bangun lambat juga hari ni, hihi. Lega la bonda dia boleh buat kerja dulu.

Dah bangun, mandi dia, siap dia comey2. Kul 11 baru gerak dari rumah. Tak sampai 5 minit pun nk gi klinik tu. Gi ngan tok dia. Rempit ngan Mini. Sampai klinik, xdak org, kami ja..haha.

Last timbang hari tu masa Ainul 6 bulan. Ainul Mardhiah timbang untuk 8 bulan, berat naik dari 6.3kg ke 7kg, tinggi pun naik dari 61cm ke 64cm. Tapi misi cakap tinggi Ainul kurang, patutnya 66cm. Takpala misi, kurang 2cm ja. Janji anak saya sihat walafiat.

Next check up masa Ainul 10 bulan plak, misi bagi 24/3. Masa tu Ainul dah boleh jalan dah pa. Kedek2 dalam klinik tu. Haha

Nak belanja gambar Ainul ngan bonda berselfie. Sebelah pegang kamera sebelah pegang Ainul..
#ainulmardhiahmohdezri
#permatahatiayahandabonda


26 January 2015

RUTIN HARIAN AINUL..

Ainul hari2 bangun awal, dia nyusu then dia akan tdoq balik. Dalam pukul 9-930 camtu dia akan bangun guling2 atas katil.

Selalu aku atau tok dia akan bawa keluar dia gi lepak2 atas buai, kena angin pagi sementara nak mandi..

Kul 10-11 waktu Ainul mandi.. Selalu lepas mandi Ainul menyusu then dia akan tdo, kkdg tdo atas katil sambil menyusu badan, kekadang tdo buai, kekadang tdo buai sambil menyusu botol, ikut mood dia..

Selalunya kul 1 atau 1230 dia akan jaga, dah tau itu waktu dia makan tengahari. Aku akan angkat dia, susu dia jap then tenyeh moi suap dia makan. Nyummy nyummy..

Then aku akan mandikan Ainul. Klu hujan & cuaca sejuk skip la mandi tengahari tu..hihi. Segar bugar dia pas mandi. Main2 pusing pi pusing mai, kkdg tok dia bawak keluar sat tgk ayam itik. Klu dia xmo dok dah, aku ambik nyusu dia pastu tidoq..

Kul 5-6 dia akan jaga, makan n mandi time, salu aku akan mandi dulu. Ainul jenis makan lambat, anak dara la katakan, sopan santun gitu. Haha. So settle mandi. Ronda2 kat luaq kjap masuk makan. Pas makan kuaq ronda2 lagi, ronda2 maksudnya jalan2 kot laman rumah. Bukan p ronda naik moto, hihi

Kul 7 tu Ainul start ngantuk dah. Tabiat dah dia. Kekadang hanyut juga tdoq. Kekadang lewat sikit, ikut mood dia. Tapi sebelum kul10 ainul akan tdoq. Malam tu plak ikut la, aku salin pampers dia kul 12 tu kkdg jaga kkdg x sedar apa. Haha. Tapiiiii... klu ayah dia ada confirm dia jaga. Bulat mata, sebab ayah diq ajin kaco dia. Ainul plak jenis pantang dengar sora org. Celik mata bulat. Bila ayah dia bunyi sora ja, tambah2 panggil nama dia, celik mata bulat la, senyum plak tu. Haha

Iatimewanya anak dara aku. Tiap kali dia bangun tidoq dia akan senyum, diq xkan bebai nangis, melainkan klu tingal dia sorang2, dia jaga2 tidoq xdak sapa nk senyum kat dia..hahaha

Begitulah rutin AINUL MARDIAH. 
Alhamdulillah aku dikurniakan seorang anak yg sangat mudah dijaga. Terima kasih ya ALLAH..


21 January 2015

Perkembangan Ainul & pekerjaan abg..

Ainul sekarang lagi 10 hari lagi nak genap 8 bulan, kejap ja masa berlalu, apa perkembangan Ainul pada umur mencecah 8 bulan ni? Ainul dah pandai angkat tangan tegak macam org nak merangkak sekarang ni. Tapi tak pandai merangkak lagi. Baru dok latih tangan bagi kuat, macam orang pumping gitu. Haha.. Tengok pic kat bawah...
Ainul sekarang dah cerdik, kalau ayah dia balik, agah dia senyum meleret, gelak mengekek, amboi manja kemain dia. Cerdik!!

Abg dapat sambung sampai bulan 3 ni. Alhamdulillah, rezeki abg, dapat tengok anak membesar depan mata. Lepas habis projek sampai bulan 3 ni tak tahu la ke mana pula. 

Harap dapat la kami sekeluarga bersatu dok 1 rumah, pagi2 bangun buat air utk abg, tghri masak utk abg, mlm abg main2 dgn Ainul. Macam kehidupan kat PD dulu, bezanya kali ni tambah Ainul..;) tambah penyeri..

Ok, nanti update lagi pasal Ainul, banyak nak cerita pasal anak dara aku sorang ni, kenangan untuk dia bila besar nanti...

#permatahatiayahanda&bonda
#ainulmardhiahmohdezri


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™