31 August 2013

Cik P Ogos 2013

4 Julai 2013 previous p.... SINI
3 Ogos 2013..... tgh malam

Kitaran 30 hari...


Assalamualaikum..

 1st nak cerita pasal miss P, bulan ni tak update lagi kan, hikhik, nak update camna, dalam mood malas,

Kitaran 30 hari, bulan Ogos ni..
Kali ni lagi dasyat, malamnya ada sikit, subuh tu aku start sakit, aku makan ubat, tapi macam tak da fungsi, sakit sangat, sampai pagi, bayangkan aku tido, tiap kali bangun aku nangis, abang pujuk suruh tido, aku terlelap, bila bangun ja, nangis lagi, itu pun klu reda sikit, sebab masa terlalu sakit tu, aku tak mampu nak nangis, huhu

Bayangkan aku sakit sampai petang, tido ja sehari suntuk, bangun makan time orang buka puasa, itu pun masih terasa sakit, malamnya aku tido juga, esoknya masih juga terasa, kira teruk la kali ini sebab hari kedua pun masih sakit, padahal aku dah makan ubat, serius ubat tu macam tak memberi apa kesan langsung, huhu

Dan kali ini aku dijadualkan datang pula pada 7 Sep hari ke 35, betul2 time aku kena g daftar U, tapi itu ikut kalendar ja la, kuasa Tuhan kita tak tahu kan, mungkin lewat, mungkin awal, mungkin tak period langsung 
( pregnant ), kehkehkeh…


Setakat tu ja update aku mengenai miss P bulan ini, sekian..

2 comments:

  1. Saya pun macam tu setiap kali period. Macam nak pengsan pun ada. Selalunya saya masak air, masuk dalam botol then tuam dekat perut. Lega jugaklah.

    ReplyDelete
  2. nazirah ada sengugut yer....nampak mcm teruk jg smp kena mkn ubat

    ReplyDelete