6 April 2015

VITAMIN LENGKAP UNTUK IBU HAMIL

Tahniah kepada bakal-bakal ibu yang sedang hamil..entry kali ni nak kongsi tentang vitamin untuk ibu hamil..
 

ESP
Membantu perkembangan sel tubuh bayi dalam kandungan :membina placenta dan sel tubuh bayi,mencantikan kulit bayi..

Selain tu ESP juga untuk menguatkan rahim, sebab ada sesetengah orang yang rahim lemah ketika mengandung dan boleh menyebabkan keguguran. ESP juga mencantikkan kulit ibu..;-) gebu jer, kalau bulan puasa, ESP sangat membantu untuk memberikan tenaga kepada ibu hamil agar bertenaga sepanjang hari..;-)

Tahan 2 bulan tau, berbaloi sangat!! Dalam pantang pun sesuai sebab ia memberi nutrien yg cukup untuk menghasilkan susu badan!! kalau amal dari sedang mengandung, insyaAllah lepas jer baby lahir susu meriah jer, baby pun kenyang!!
VITA LEA
Melengkapkan kekurangan nutrien ibu mengandung yang banyak diserap oleh bayi,mencegah anemia..

Kalau korang nak tahu, ibu hamil sering mengalami HB low, iaitu kepekatan darah yg kurang, maksudnya cair la, memang sangat bahaya untuk kandungan.

Untuk ibu2 hamil yang HB low memang sangat digalakkan ambik Vitalea!! Aku sendiri amalkan Vitalea time ngandung, alhamdulillah HB naik!! Boleh baca entry INI aku ada cerita lebih lanjut.

OSTEMATRIX
Menyokong bekalan kalsium dalam tubuh,pembentukan tulang,sistem saraf,otot dan hati yang sihat,mencegah masalah kejang @ simpul biawak.

Korang perasan tak ibu hamil selalu alami SEMBELIT!! Nak ambil ubat julap bagai dikata la sebab tengah hamil. Cuba OSTEMATRIK, InsyaAllah, lawas!!!  
Kalau ibu hamil yang tak boleh nak telan susu, 1 biji Ostematrik dah bersamaan segelas susu.

Jangan tak tahu yer, kekurangan kalsium ketika hamil boleh menyebabkan gigi kita reput, tulang kita jadi rapuh, sebab ketika hamil, kita memang perlukan lebih kalsium, untuk kita dan baby!!

Pernah tengok orang alami gigi camni

B COMPLEX
Dilengkapi dengan asid folic dan lapan vitamin B beserta folic acid yang penting untuk saraf.

Selalu ibu hamil ambik asing2 kan Vitamin B dengan Asid Folic, dalam Vitamin B shaklee memang dah ada asid folic yg cukup untuk keperluam ibu hamil. 


VITA C
Jangan tak tahu yer, VITAMIN C SHAKLEE ni ada perlepasan berterusan tau, sustained release, ia juga merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi, menguatkan sistem imun badan ibu dan bayi, perasaan tak kalau ibu hamil selsema tak dak ubat, tanggung la lama mana pun selsema tu, dengan adanya Vitamin C ni, telan ja 2 biji, insyaAllah!!

1 tablet ni 500mg bersamaan 7 1/2 biji oren. mampu ka nak telan 7 1/2 biji oren sekali gus, jenuh ulang kencing, haha

500mg ni, dia lepas 100mg setiap 1jam, maksudnya setiap jam badan kita akan terima 100mg bersamaan 1 1/2 biji oren. berbaloi kan!!  

Mengadungi DHA dan EPA untuk pekembangan otak bayi dalam kandungan..

  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin.
  • Membantu perkembangan memori janin
  • DHA yang terkandung dalam omega guard Shaklee merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina janin
  • Bagi ibu pula, ia dapat mengawal tahap kolestrol dalam badan
  • Membentu ibu mengawal berat badan berlebihan secara semulajadi
  • Sistem imun tubuh berada dalam keadaan baik, ibu jarang dijangkiti penyakit deman & selsema. 
Bukan tak tahu kita ni time mengandung, melantak tak hengat!! haha, sedaq2 dah over weight!! dengan Omega ni boleh la nak kawal supaya tak terlajak kembang!! kuikui

OK, kalau ada apa2 nak tanya boleh terus whatsapp 0194090064

YANG BELUM TERIMA HADIAH SEGMEN PROJEK SYUKUR

Ok, pagi ni nak buat pengumuman, kepada sesapa yg belum terima hadiah, atau belum bagi detail untuk aku post hadiah, boleh bagi, hadiah untuk segmen PROJEK SYUKUR yang aku anjurkan pada FEB lepas, ada lagi yg belum bagi detail sebenarnya, ada lagi 6 orang peserta, aku dah post 13 orang dah. Yg dah bagi detail tapi belum terima pun boleh contact aku balik, takut aku terlepas pandang. OK. TQ. ;-)

Kan semua peserta akan dapat hadiah saguhati..;-)
SENARAI PESERTA BOLEH KLIK SINI

5 April 2015

Lelaki busuk??



Tajuk tak boleh blah kan..
Hihi, ada kisahnya. 

Sejujurnya aku memang tak boleh bau badan lelaki atau perempuan yg busuk. Entry kali ni aku nak cerita bab lelaki. Yes, ada banyak jenis manusia, ada yg badan dia semula jadi takdak bau, ada yang jenis kena pakai diadoran selalu, ada yg jenis bau kuat yg teramat.

Sungguh aku sangat2 stress bila berhadapan dengan lelaki yg berbau, bukan nak hina, tapi itu kan atas diri, boleh jer pakai diadoran, boleh jer sembur minyak wangi, paling teruk time naik bas, masyaAllah. Azabnya sementara nak sampai ke destinasi, tapi mostly masa aku study dulu, lelaki melayu jarang berbau, suma wangi2 ja, yg nak bau teruk student foreigner, sori to say, yg belah2 arab tu, pergh!!

Ok, cerita bab bau ni, ada sorang mamat aku kenal, aku tak tau la apa masalah dia, tapi badan dia macam orang tak mandi, huhu, jujur yer aku bukan nak hina dia, just untuk pembaca ambil ikhtibar jer, lagi pun aku tak dedahkan sapa mamat tu. Logik kalau dah tengahari badan berbau, ni pagi2 buta pun dah bau, hadoi, camna bini dia boleh tahan? Tak tau la kot dengan bini dia, dia wangi kan, aku bukan la demand nak orang wangi ja kalau nak dekat dengan aku, tak wangi pun tak pa, asalkan tak busuk, haha.

Rimas kalau dekat tau, aku cover2 tutup hidung, kang dia terasa pulak kan, tapi memang tak tahan la, tambah keadaan aku yg macam ni, silap2 mau aku muntah depan dia, huhu. Badan manusia semua ada bau, ikhtiar la, letak diadoran ka, kapur makan ka, masa mandi tu tenyeh dengan limau purut ka, masa nak datang kerja, sembur la sikit perfume, minyak atar yg sebotol RM7 pun wangi tak sangga kalau calit secoet. 

Korang2 yg lelaki ni tolong yer, jaga bau badan, pompuan tak suka tau lelaki busuk!! Ngeh ngeh. Yg pompuan pun sama juga la, nak tau bau badan sendiri, bila buka baju cium kat bahagian ketiak, kalau berbau tu, sendiri mau ingat la, kita bau pun nak muntah, apatah orang sekeliling, nak makan pun hilang selera tau!!

2 April 2015

BLURRR

Sekarang tengah cuba untuk update blog setiap hari, insyaAllah. Tapi tu la, macam blur ja tak tau nak update apa, dulu penuh ja idea, macam2 aku nak cerita, sekarang macam kosong pulak kan, patutnya banyak share la sebab dah ada Ainul, haha.

Ok sebelum aku merapu dengan lebih lanjut, aku dah rancang untuk adakan balik “Keychain Mini GA” nak sambung balik yg tergendala dulu. Sebab stok keychain aku dah banyak, dari Sarawak ada dari Perak pun ada. So, sesapa nak join senang ja, just tinggal link blog anda kat ruangan komen, klik 2 iklan aku, settle, xyah buat entry. Simple. Macam biasa juga la, ia akan berlangsung pada setiap 27hb sempena tarikh ulang tahun perkahwinan kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™