15 April 2014

Al kisah tempat praktikal

Dalam entry INI aku ada cerita yang aku dah pun uruskan hal tempat praktikal aku, kata pihak CUIC diorang akan post surat aku pada minggu hadapannya dan minggu satu lagi aku dah boleh follow up dengan company yang aku mintak iaitu JKJR, (Jabatan Keselamatan Jalan Raya).

Akhir minggu depan tu aku try kol tanya akak yang in charge aku tu, surat dari UUM dah sampai ke? Akak tu cakap blom lagi, xpa la, minggu depannya aku kol lagi, akak tu cakap belum sampai, dan akak tu gtau yang diorang tunggu surat dari aku ja untuk buat pemilihan sebab dah ada 3 orang yang mintak, depa nak tunggu sampai 5..

Selang sehari aku kol lagi tanya dah sampai ke blom, akak tu gtau belum, dan diorang dah pun buat pemilihan sebab tunggu surat aku tak sampai2, kecewa gila time tu, asa nak nangis pun ada, sedih sebab tak dapat buat praktikal situ, geram sebab surat dari CUIC tak sampai2, buat kja ke tak diorang ni!! Sayang sebab tempat tu dapat elaun RM15/day, huhu

Tetiba aku teringat JPAM, JABATAN PERTAHANAN AWAM Malaysia, aku terus kol, aku tnya ada terima budak praktikal tak, diorang kata ada, aku gtau la tarikh sekian2, then diorang suruh aku bagi suma dokumen yang berkaitan, alhamdulillah.

Hari rabu tu habis je kelas kul 2 aku terus ke CUIC, asa macam nak ngamuk jer dekat encik yang bertugas tu, haishh, dah cuaca panas gila! Sampai je kat kaunter aku terus cerita dari A-Z, dengan semangatnya, aku mintak surat tu, aku gtau aku nak post or pi bagi sendiri cuti sem nanti.

Dia tanya aku dah kol ka tempat baru aku gtau dah. Disebabkan salah diorang aku tak dapat tempat praktikal yang pertama tu, encik tu dengan tak banyak cakap terus gi buat surat kat aku. Nasib la encik yang handle kos kitorang jenis yang memahami dan senang di bawa berunding. Dia tanya aku tarikh due, then dia kata xpala saya letak dulu tarikh asal. Sebab due aku 14 Jun, tarikh start praktikal 14 Julai, maksudnya aku masih dalam pantang kalau aku bersalin ikut tarikh due aku.

Alhamdulillah aku dah dapat surat. Nanti dah boleh gi bagi sendiri..

Dokumen2 yang perlu untuk mintak tempat praktikal:

1.Surat sokongan daripada Universiti - menyatakan kita berminat untuk jalani praktikal di tempat tersebut, beserta tarikh dan makluman tempoh untuk company memberi maklum balas
2. Surat jawapan untuk company bagi maklum balas - Disediakan oleh CUIC sekali dengan surat sokongan
3.  Cover letter
4.  Resume
5.  Surat pengesahan pelajar

Moga semuanya berjalan lancar amin..;-)

1 comment:

  1. geram kan.dgn rasa x bersaalh ke dorng (cuic) buat mcm tu.. haisshhh

    mudah2an di JPAM urusan dipermudahkan.

    ReplyDelete