26 March 2014

Scan 3D/4D at KLINIK KESIHATAN MAHSURI JITRA.

Sambungan cerita abang balik, dalam kepenatan tu, balik rumah rest jap, solat then terus gerak ke klinik, aik aik, buat apa kat klinik tu?? Abang janji nanti abang balik nak gi skodeng baby kecik! Thanx sayang, walaupun dalam kepenatan, tetap juga tunaikan janji untuk bb, sayang abang ketat2..hihi

Kitorang sesat sebenarnya, masuk sampai ke PoliMAS, padahal Klinik Kesihatan Mahsuri tepi jalan ja, lepas trafik light nak ke Tasik Darul Aman Jitra. Nasibla abang ikut jalan belakang, kira pusing balik jerla..

Sampai ja terus daftar, gtau nak scan 4D, masa tu no 41, aku dapat no 43, tapi kejap ja terus naik nombor aku, tak dak orang agaknya. Masuk tu doc tanya dah bapa minggu, aku gtau la dah 27 minggu lebih, then doc suruh aku baring, terus aku baring.

Nampak gaya suma tekaan orang selama ni meleset la, hihi, tekaan bapak mertua aku n jiran aku juga yang betulnya, amboi, macam tetahu jer… hihi klik Entry ni… kasi suspen sikit, hihi

Syukur alhamdulillah semua sihat alhamdulillah, walaupun tak jelas, tapi aku dah nampak kecomelannya, kuikuikui, terharu sangat bila tengok ada satu nyawa sedang bergerak dalam rahim kita, lengkap semuanya, baby kecik aci parking sebelah kanan, jadi doc scan kanan jerla, nasib la nampak muka, cuma doc gtau baby rapat ke dinding rahim, susah sikit nak usha muka dia lama2..

Kami terus balik rumah, abang tak larat kalau nak g shopping pun, abang gtau hari lain kita datang shopping, baiklah sayang, tahu abang penat..;), sepanjang jalan ashik tersengih sorang2 ja, dah tahu jantina, dok berangan tak sudah la nak shopping…kuikuikui

Terima kasih ya Allah, kurniakan kami zuriat ini, satu anugerah yang sangat tidak ternilai, anugerah yang dinanti, moga semuanya berjalan dengan lancar, amin..;-)


NYAWAKU...CINTA HATI,..
PERMATA HATI AYAHANDA DAN BONDA...;-)
Sayang, moga kamu sihat2 ja dalam rahim bonda, kamu pasti akan jadi anak yang baik, itu doa bonda dan ayahanda, insyaAllah, amin...

25 March 2014

ABANG BALIK..;-)

Akhirnya dapat juga update blog, banyak ni nak cita, tapi kita cita satu2 yer, ikut tertib, yg mana dahulu kita dahulukan yg mana kemudian kita kemudiankan, cewwah mukadimah, kelasss.. ;-)

Sibuk sangat, minggu ni saja ada 2 kuiz, nak kena hantar thesis bab 1. Buat para pemenang miniGA  insyAllah minggu ni o minggu depan dah boleh post hadiah, tq para pemenang yang alert dan bagi respon dengan cepat.

Ok, hari Selasa abang sampai kat Terengganu, contact gitu2 ja sebab abang sibuk sesangat nak uruskan barang, nak cari teksi untuk balik ke Kuantan, jadi aku tak dapat la nak sembang panjang dengan abang. 

Rabu tu cadangnya abang nak balik la lepas hantar dokumen bagai, sekali abang mesej abang tak jadi balik sebab ada lagi dokumen yg blom settle, huhu..

Khamis, lepas ja abang settlekan hal kat opis KL tu abang naik bas dalam kul 9.30 pagi, kul 11 abang mesej aku gtau yg bas still tak jalan lagi, haishhh…


Ptg tu ayah datang ambik aku, kami terus gi ambik abang, hepi sangat nak jumpa abang..;-) sampai ja kat Shahab tu nampak abang tengah tunggu, dengan muka penat, kesian abang.. yerla, letih kan perjalanan tanpa henti, rest tak cukup, tapi…. Abang tetap tunaikan janji abang..;-) nnt la aku sambung next entry, klu cita sini jadi panjang…

20 March 2014

♥ TAHNIAH!!! PEMENANG "Nazirahnyerr miniGA Sempena 3rd Anniversarry"




RANDOM 1

Frame gantung untuk 1 pemenang

RAMDOM 2,3 (atas & bawah)

Sepasang keronsang untuk 2 pemenang

RANDOM 4-9 ( ikut urutan gambar Z)

Keychain untuk 6 pemenang

Tahniah buat pemenang, buat semua pemenang boleh tinggalkan maklumat seperti berikut:

Nama penuh:
Alamat surat menyurat:
No telefon:
Hadiah yg dimenangi:

p/s: Para pemenang boleh tinggalkan maklumat tersebut di entry ini, maklumat anda tidak akan di publish...tq..;-)

TEMPOH TUNTUT HADIAH ADALAH 
20 MAC 2014 - 26 MAC 2014

Kepada yang tidak menang, mungkin kali ini bukan rezeki anda...apa pun jutaan terima kasih diucapkan atas sokongan semua..;-) Nantikan "keychain MiniGA #7" pada 27 April nanti..;-)

19 March 2014

Seorang suami dan isteri perlu tahu

Ada suami yang lupa bahawa IBU LEBIH PENTING DARI ISTERI

Ada isteri lupa bahawa SUAMI LEBIH UTAMA DARI IBU

Ada ibu bapa lupa, anak perempuan mereka perlu MENGUTAMAKAN SUAMINYA LEBIH DARI IBU BAPA

Ada suami lupa bahawa suami perlu MENGUTAMAKAN IBUNYA MELEBIHI ISTERI

Ada anak lelaki lupa TANGGUNGJAWAB MENJAGA IBU DAN BAPA TERGALAS DI BAHU MEREKA, bukan pada anak-anak perempuan


Ada anak perempuan lupa bahawa DIA LEBIH TERIKAT DENGAN TANGGUNGJAWAB KEPADA SUAMI DAN IBU BAPA SUAMI LEBIH DARIPADA IBU BAPA KANDUNGNYA SENDIRI.

Senarai peserta Nazirahnyerr miniGA Sempena 3rd Anniversarry

Jutaan terima kasih pada semua yang sudi join Nazirahnyerr miniGA Sempena 3rd Anniversarry...
Pemenang akan diumumkan pada 20 Mac 2014, alert ok!! ;-)
  1. http://fiezah98.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  2. http://lobaksusue.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerrminigasempena3rd-anniversary.html
  3. http://www.opzzpinky.my/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  4. http://madihahdaisy.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  5. http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  6. http://mamadarwiish.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  7. http://jnjikita.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  8. http://anies-msletoes.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  9. http://shafyqahazahar.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-mini-ga-sempena-3rd.html
  10. http://kisahsinenot22.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  11. http://rabiabiz79.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  12. http://cucukpipi.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  13. http://nuurfarhani96-misswhiterose.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  14. http://jueazrin.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  15. http://gonfaizal.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  16. http://yanapinkblossom.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  17. http://nadcontestandgiveaway.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  18. http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  19. http://ajibstranger-bbd.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  20. http://airis-contest.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  21. http://norshamimi.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  22. http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  23. http://taiptaipkeyboard.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  24. http://nineight.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  25. http://eyqayushaiza.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  26. http://muslimahsejati96.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  27. http://dielacraft.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  28. http://walkstatic.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  29. http://mardiahdiana.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  30. http://cinta5november.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  31. http://kakarians-forever.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  32. http://firzanahazhar1.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  33. http://macikzkonah.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  34. http://bloghannamids.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  35. http://contenganmesra.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  36. http://siapasayasekarang.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  37. http://diyanawan.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  38. http://aryssanajwa.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sampena-3rd.html
  39. http://amirahamer.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  40. http://vidolaaa.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  41. http://aznurelya.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  42. http://aisyasyahar.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  43. http://kasihlestariabadi.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  44. http://jantungk.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  45. http://giveawayterbaik.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  46. http://siniadagiveaway.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  47. http://fryingfishyy.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  48. http://deyawanny.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  49. http://msermzni.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  50. http://havinue.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  51. http://blogiveaway87.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  52. http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  53. http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  54. http://strawberrysgurls.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  55. http://intanberliangacontest.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  56. http://ainexo96.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  57. http://mamalynnthestoryteller.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  58. http://lalazarryn.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  59. http://kumahuitu.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html
  60. http://adna2029.blogspot.com/2014/03/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html

17 March 2014

Nazirahnyerr miniGA Sempena 3rd Anniversarry

_TAMAT_

Seperti yang dijanjikan Mini GA akan dilancarkanhari ni.
Dengan lafaz bismillah...


Syarat penyertaan:

 Follow Nazirahnyerr blog , * bagi yg dah follow, terima kasih..

 Copy banner di atas dan link kan ke entry ini.


 Buat satu entry bertajuk "Nazirahnyerr miniGA sempena 3rd Anniversary"


 Letak link blog ini dalam bloglist korang *supaya alert bila umum pemenang nanti
  Like page ni 


  Klik SINI & SINI (terima kasih)
  Tinggalkan link penyertaan di kotak komen saya. 



Hadiah
Frame gantung untuk 1 pemenang

Sepasang keronsang untuk 2 pemenang

Keychain untuk 6 pemenang
Pemilihan pemenang:

Random.org


Jom pakat2 join mini GA yang tidak seberapa ni..;-)


Mini GA berlangsung:
 27 FEB 2014-17 MAC 2014

Senarai peserta akan dikeluarkan pada 18 Mac 2014

Pemenang akan diumumkan pada 20 Mac 2014


Kepulangan yang dinanti


NAMPAK TAK NAMPAK TAK...siap print screen lagi tau, hihihi...

Pagi tadi dalam kelas, aku dapat mesej dari abang! Kat fb, setelah bertanya khabar apa semua, surprise, abang akan balik esok! Hepinya aku, hihi, best sangat sebab aku memang dah tak sabar gila nak g shopping barang baby, rindu abang! kuikuikui.. dalam kelas masa ni, tak boleh over senyum, control2, fokus pada apa lec dok ajar, hihi.

Chopper?? Apa benda plak tu, dengan lajunya aku menggoogle apa itu chopper, dengan kata kunci “chopper untuk laut” ( kelas tak kata kunci aku) haha. Maka dapat lah terjah satu blog hamba Allah ni, siap dengan gambar sekali, ini haaa..


kredit untuk blog INI
Ooo, helikopter rupanya, hihi, gambar ni adalah chopper kat salah satu platform di perairan Kerteh, Terengganu. Sama la tempat yang abang akan naik nanti.. hari tu pun abang naik heli kat Kerteh jugak. Hebat la abang kali ni, naik heli gitu, tak payah nak mabuk2 naik bot dah, 14 jam kot kalau naik bot, kira abang balik sampai rumah pun masih terasa berombak2 bila tidur, kesian abang, alhamdulillah kali ni Allah permudahkan perjalanan abang..

Doaku, ya Allah, moga engkau permudahkan perjalanan suamiku ke pangkuan kami, lancarkanlah perjalanannya, moga dia sampai dengan selamat, amin..

16 March 2014

27 minggu dan study

Gambar Pembesaran Rahim Ibu Hamil
sumber
Aku skang dah masuk 27 minggu, hanya tinggal 13 minggu lagi untuk sampai 40 minggu, entah lebih entah kurang dari jangkaan, hidup mati jodoh pertemuan semua di tangan Allah, dalam kes aku ni, semuanya hanyalah jangkaan semata mata..

Ok, semua tahu aku skang adalah full time student, semester 6 yang sangat sibuk, dengan nak urus tempat praktikal, dengan thesisnya dan 4 paper yang masih berbaki…

Dulu masa awal2 pregnant, aku alami keletihan yang teramat, masa tu hujung2 semester 5, tapi Allah Maha Kuasa, aku tak alami sebarang alahan, melainkan klu aku makan ubat tambah darah, wajib muntah. Klu pepagi tu aku ok ja, gi kelas tiap hari kul8, cuma aku alami letih dan sakit kepala hampir setiap hari, sampaikan aku terfikir untuk extend ja sem6.

Memandangkan aku jangka pada bulan peperiksaan, macam sayang ja nak extend, cuti sem sebelum masuk sem 6 aku dapat rasa aku makin sihat, tak letih sangat, dah tak sakit kepala, jadi aku ambik keputusan untuk gagahi habiskan semester 6 ni.

Aku dah kol pihak peperiksaan universiti waktu semester 5 lagi untuk tanyakan tentang kes aku, sebab aku due pada bulan periksa, apa yang di fahamkan, pihak unit peperiksaan bagi aku cuti 2 minggu start dari tarikh aku bersalin. In case dalam tempoh 2 minggu tu aku ada paper, maka aku boleh pohon untuk ambik exam persendirian, tapi kalau masih ada paper after tempoh 2 minggu tu, aku kena datang juga U untuk duduki peperiksaan seperti biasa.

Draft pertama keluar minggu kedua hari tu..
2/6
14/6
15/6
16/6

Sangat pack sekali dan kebetulan kena tarikh due aku, aku berserah ja, tak tau la kot lepas ni ada rombakan, bergantung kalau ada yang hantar surat untuk pohon rombakan semula kepada unit peperiksaan memandangkan jadual terlalu pack, 3 paper berturut turut


Last kelas nnt aku dalam minggu ke 38 tau, doakan segalanya dipermudahkan, amin… kepada ibu2 yang ada pengalaman di luar sana boleh la kongsi melahirkan baby pada minggu ke berapa, sebagai rujukan, *note, saya bagi tarikh miss p yang betul tau..;-)

Salah faham laa (T__T)

Salam.. minggu ni aku balik kampung lagi, boleh di katakan sem 6 ni, setiap minggu aku balik.. aku balik kali ni sebab aku ingat abang balik, rupanya takk..huhu, last abang kol selasa 11/3 10.57am..

Aku salah faham, Khamis 13/3 tu dalam 2.16pm abang kol lagi, tapi masa tu aku tengah mandi untuk balik kampung, so, punahlah harapan aku yang beranggapan abang dah balik dan nak buat surprise kat aku, sebab abang kol guna no I talk, huhu, bertambah sedih apabila sudah mandi tgk hp da miskol dari abang, sob sob sob..

Jumaat 14/3 oleh sebab tak da kja apa, aku ikut mak mertua aku gi rombongan meminang anak sedara dia, best la juga, balik tu aku mintak bapak mertua aku hantar aku balik rumah aku, boleh main dengan adik solehah, hihi..

Sabtu 15/3, untuk pertama kalinya Kedah hujan, alhamdulillah, masa ni aku baru ja nak bersiap untuk balik Pida Dua, sebab pak mertua aku nak hantar balik U, aku mintak adik lelaki aku tolong hantar balik sana jap, ngan moto jerr sebab keta ayah aku rosak, huhu.. tetiba hujan plak, relax2 la dulu sambil menikmati hujan yang turun, hujan rahmat tu..

Tengok2 pak mertua aku kol, gtau nak datang ambik aku sebab hujan, nak balik camna kan, thanx ayah! Hihi.

Diringkaskan otw balik U tu ABANG KOL!! Setelah hampir 3 hari tak dengar suara! Senyum la aku, aku tanya abang sihat tak, abang gtau abang sakit perut, makanan kat sana sama kot. Aku tanya abang bila nak balik, abang gtau tengah tunggu helikopter, helikopter diorang terlibat dengan misi pencarian MH370, jadi sekali dengan diorang la tersadai kat pelantar minyak tu, huhuhu

So, tak pasti la bila abang akan balik, sempat ke tak nak teman aku g scan bb kecik minggu depan, tak sabar sangat nak tahu jantina baby kecik dan g shopping barang baby! 

Salah faham ingat abang balik minggu ni, huhuhu

Moga abang baik2 ja kat sana, dilindungi dan dipermudahkan segala urusan, amin.. we love n miss you!! 


11 March 2014

Dapat panggilan dari abang lagi..;)

Hari ni dapat panggilan dari abang jam 10.57am, ;-) hepi sangat dapat dengar suara abang, dapat berita gembira juga yang abang akan balik hari Khamis nanti, yey!! Balik kampung lagi la nampak gayanya..

Abang tanya khabar aku, khabar baby kecik, walaupun masa terhad aku dengan excitednya cerita baby kecik skang makin katif, makin kuat menendang, alhamdulillah, ;-)

Abang gtau abang dah tengok email2 aku, abang ucap terima kasih, sebab aku tolong kol tempat kursus abang untuk tanyakan tentang sijil course yang abang attend dah siap belum, actually kena tanya kelmarin aku lupa, huhu, so pepagi lagi aku dah kol company tu, card tu dah siap, akak tu suruh aku hantar alamat rumah kat email dia sebab nak post, aku cc kan pada abg…

Rezeki Allah lagi, abang kena balik awal ni sebab abang dah nak pergi keja kat darat, berkaitan course yang abang ambik tu la, alhamdulillah, contract kali ni setahun, syukur sangat, ni la yang di katakan rezeki anak… abang dah tak perlu naik laut lagi lepas baby kecik lahir at least untuk lebih kurang setahun..;-)


Takat ni dulu update utk hari ni..;-)

10 March 2014

7th check up Klinik Desa

Ok, sibuk mana pun nak juga update kan, hihi, tapi nak update ringkas gilerr jaa..

Sumanya alhamdulillah… Minggu ni nurse tak cek perut pun sebab 2 minggu lepas dah cek. Nurse bagi tarikh minggu sama aku kena balik scan kat kk iaitu 2 minggu lagi, means Jumaat minggu depan sekali lagi aku kena gi klinik Desa untuk cek perut then Ahad tu kena gi klinik kesihatan Tunjang untuk scan kerajaan 28 minggu.

7th check up 8/3/2014

Berat : 49.3 kg (naik 400g)
Baby : 26w1d
Hb : 12.00 sebelum ni 10.9
Bp : 100/60 ok sikit, sebab 2 minggu lepas 90/60 jerr

*** 5 hari penantian akhirnya dapat juga panggilan dari abang dalam 3.30 petang tadi..;-)



9 March 2014

Cerita balik kampung lagi..;-)

Salam maaf sebab aku tak perasan entry ni kosong masa aku publish semalam, line teruk sangat, huhu, ini kisahnya...

Salam, balik kampung hari tu, bapak mertua ku datang ambik kat U, oleh sebab abang tak dak kat rumah maka aku gtau bapak mertua ku mintak hantar aku terus balik rumahku, hihi. Tapi sebelum balik tu, ajak bapak mertua ku singgah Jitra dulu, kononnya nak guna voucher buku la kat QS Jitra untuk beli alat tulis, sekali gi tanya, tak boleh lagi, haishh, nape tak boleh lagi?? Tak faham aku. Then takpala, kami gi jer Jitra Mall bayar bill telefon aku dan abang, RM3 rat ++ juga la, untuk 2 bulan k, bill berdua, ;-)

Ok, sampai ja rumah adik putih macam biasa buat malu2 kucing dia, walaupun dengan kakak sendiri, maklumlah, jarang balik, tapi dia ok jer, mahu juga kalau dukung, tak nangis macam dulu dah, ayah aku yang tengah bawak terektor kat belakang rumah, stop la kejap sebab nampak besan dia datang, sembang punya sembang bapak mertuaku mintak diri. Tapi sebelum tu abang kol tau, abang gtau abang sampai tengah laut dalam 12tghri gitu, kul 5.59pm baru abang kol aku, xpala, at least abang kol, dan itu la last aku dengar suara abang, sampai detik ini…huhu

Malam tu aku lepak kat rumah, main dengan adik putih aku sampai puas, best sangat, tengah malam ja teringat kat abang, tapi tak di layan sangat, sebab ralit ja main dengan adik putih n sembang2 dengan mak, kami tido reramai kat depan tv..

Esoknya, bangun pepagi, basuh baju, basuh pinggan, tolong mak masak, lepas Jumaat ayah dah nak hantar aku balik sana, kan Sabtu aku ada check up kat klinik desa sana, balik Jumaat tu kami siap2 la nak hantar aku, mak ngan adik putih ja follow, yang lain dok umah..
Sampai ja umah mertua aku, lepak2 jap, bancuh air dekat mak, sembang reramai, adik putih cam biasa la, aku bawa dia ke dapur, ikut ja ke mana aku melangkah, hihi, cam comel ja… dah tu  ayah pun mintak diri sebab ada keja, masa salam ngan mak ayah tu asa sebak camna ntah, sedih nak pisah, padahal rumah dekat ja, sob sob sob…

Malam tu aku layan cita TWILIGHT, sampai la ngantuk, dah terlelap pun kat kerusi tu, bangun gi toilet, masuk bilik, kemas2 tempat tido, then baring, zupppp, terus teringat abang, laju ja air mata mengalir, dalam dok ngantuk tu, serius teringat sangat, tak mampu nak control emosi, rindunya Allah ja yang tahu.. (T____T)


Aku hantar email kat abang, dalam linangan air mata, aku tidur pun bertemankan air mata. Hanya pada Allah aku mohon, moga aku kuat, doa agar Allah jagakan abang di lautan sana, moga abang balik ke pangkuan aku dengan selamat.

6 March 2014

Abang dah sampai..

Alhamdulillah abang dah selamat sampai.. abang kol, esok pepagi abang akan bertolak ke laut, sebelum abang kol tadi, aku tengah layan cita, habis ja cita tu, ntah nape tetiba teringat kat abang, menitis laju ja air mata, kebetulan abang kol, macam tetahu ja..

Tak leh nak cakap ngan abang, asa sebak sangat, mungkin malam ni malam last abang akan kol aku sebelum tidur. Malam-malam akan datang abang dah kat tengah laut. Dah terbiasa akan mesej abang, then sebelum tidur abang wajib akan kol aku… Malam ni walaupun masih boleh contact, dah terasa sunyinya tanpa abang.. (T__T)

4 BULAN dengan abang, sejak tahu pregnant mana abang naik laut lagi, ni kali pertama, doakan aku kuat, macam ni la aku tiap kali abang naik laut, biar seribu kali naik pun perasaan tu tetap sama, Tuhan ja yang tau macam mana rasa sunyinya. Dan tiap kali tu juga aku akan teringat kak Nur, pemilik blog Mawar Nafastari, akak, betapa kuatnya akak hadapi hari mendatang tanpa dia di sisi, kuat dan cekalnya hati akak dalam menanggung rindu yang tak mampu lagi diungkap.



Ya Allah, lindungilah suamiku di lautan sana, permudahkan segala urusan dia, amin…

5 March 2014

Abang ke laut Mac 2014

Salam, alhamdulillah, syukur pada Allah, abang dah dapat panggilan ke laut, syukur sangat, Allah dah atur yg terbaik, time aku cuti sem hari tu abang ada ja kat kampung, skang aku dah kat U, abang pun dapat keja, memang salu camtu pun, dari hujung tahun membawa ke awal tahun abang akan jadi penganggur terhormat kat kampung, hihi.

Aku dapat berita ni semalam, masa aku otw balik dari hantar borang kat CUIC, abang gtau abang kena gi Khamis sebab hari Jumaat kena bertolak ke laut. Rabu malam abang akan naik bas. Tak pa la, aku gtau abang petang tu boleh datang kat bb jap. Tetiba semalam masa aku kol abang, abang gtau keja abang di awalkan hari Khamis, abang gi cari tiket semalam, kaunter dah tutup, so hari ni pepagi lagi abang dah ke station bas. Masa memula dengar abang kena gi pagi ni tu menitis juga la air mata, yerla, tak sempat nak jumpa abang, last jumpa masa abang datang hantar aku kat U, SABTU 1/3 hari tu. Sob sob sob.. kejap ja layan perasaan, abang pun gtau abang gi keja, nanti abang balik la.

6.30 pagi tadi aku kejut abang. Dalam kul 9 abang mesej aku, gtau abang dah dalam bas. Ayah hantar. Moga segalanya dipermudahkan, amin.

Abang gtau job kali ni mungkin dalam 2 minggu ja, tapi bergantung juga stage mana yang diorang dah sampai skang, abang agak jela 2 minggu.

Abang naik laut last Sep 2013 entry INI
Abang balik Okt 2013 entry INI


Ya Allah, aku mohon kau peliharalah suamiku walau di mana pun dia berada, permudahkanlah segala urusan dia, amin.

4 March 2014

Rentetan kisah semalam

klik banner


Salam, pertama kali, minta maaf pasal senarai peserta tu, TERpublish plak, line tengah lembap kan, bila tertekan publish pun tak tau la.. hadoii. Sajala tengah rajin nak ngedit, nnt kalau dah banyak susah plak, update sikit2 letak dalam draft..( bajet macam ramai lagi ja nak join kn, hihi)

Pasal thesis dan praktikal yang buat kepala aku jadi serabut tu, satu dah selesai, alhamdulillah, dengan gigihnya tadi sebelum kul 2 aku dah tunggu kat depan pejabat alumni untuk jumpa pegawai praktikal. Dalam 2.15 camtu akak tu masuk. Aku pun gtau  la masalah aku, then akak tu cakap just bagi borang kat CUIC untuk confirm dulu tempat praktikal. Aku pun dengan terkedek kedek menghayunkan langkah kaki ke bangunan CUIC di seberang jalan sana.

Sampai ja sana, jumpa pegawai tu, aku gtau la, borang aku hantar dulu HQ punya alamat, yang ni alamat Alor Setar, kerani tu gtau ok, nanti dalam minggu depan diorang akan post surat permohonan ke tempat praktikal dan minggu depan satu lagi aku boleh follow up dengan company tersebut, lapangnya dada aku dengar semua tu. Cumanya skang aku tak dapat nak isi resume dalam portal ja, dia tulis aku belum mendaftar praktikal, mungkin pegawai tu tak key in lagi data aku, think +v k, hihi.

Skang ni tinggal tesis ja, aku dah jumpa penyelia tesis aku kelmarin, dan tunjukkan aku punya tajuk, dia reject sebab dia nak aku buat KUANTI, yang SPSS bagai tu, kes tu la aku pening pala kelmarin, aku nk buat yang senang, KUALI, just rujuk secondary reference, lec tu nak juga aku buat KUANTI, maka dengan itu aku kena fikir tajuk lain dan itu buat aku jadi sangat serabut, hari ni xpa, asa tenang sikit.

Dalam masa yang sama terima berita dari abang, abang dapat panggilan kerja, alhamdulillah, syukur atas rezeki yg Allah bagi, moga aku kuat untuk hadapi hari2 berikutnya sepanjang abang di tempat kerja, amin…;-)

3 March 2014

Allah itu Maha Mengetahui..

Salam, hari ni rasa unhepi, tak tau nape, tetiba ja rasa serabut menguasi diri, macam2 fikir, dengan tesisnya, dengan hal praktikalnya, semua kena settle sem ni, ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Moga aku kuat untuk hadapi sem ni, penat lelah berjalan kaki ke hulu ke hilir, terasa semua tempat jauh, library, kelas, terpaksa bersesak naik bas, benar2 dugaan buatku.

Tapi Allah itu Maha Mengetahui,

Dalam serabut camni, aku terima satu berita gembira dari seorang rakan blogger, yang buat aku sebak, terharu, hepi, semua ada, seorang lagi rakan blogger di anugerahkan rezeki dari Allah, rezeki yang tiada nilainya, anugerah terindah, setelah 4 tahun penantian. Alhamdulillah… terasa hilang jap segala yang menyerabutkan itu, hepi sangat dapat berita ni, akak ni pernah kehilangan, aku pun turut menitiskan air mata baca entry beliau, Allah Maha Kuasa, sekali lagi satu nyawa ada di dalam tubuhnya, moga kali ni, semuanya selamat. Amin.. 

Untuk akak... “Moga akak diberi kesihatan yang sihat, amin.” Jom berkenalan dengan akak ni…Ainul Hayat..

DOA DARI BLOG KAK INA (IntaNBerlian)


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

1 March 2014

Tujuan syarat bloglist..

Tujuan aku letakkan syarat bloglist untuk miniGA ni bukan apa, sekadar untuk menyenangkan para peserta bila pengumuman pemenang di umumkan, kalau lepas pengumuman nak buang bloglist tu, terserahlah…

Aku ok jer kalau ada yang tak letak, tapi make sure alert bila pengumuman di umumkan, pengalaman aku, dah dua kali aku jadi penganjur GA, aku sponsor 2 item untuk kedua dua GA tersebut, satu GA tu dua2 tak tuntut, masa yang diberi untuk tuntut bukan sehari dua tau, tapi berminggu, satu GA lagi sorang ja tuntut..

Aku ada inform kat owner yang hadiah masih ada yang tak tuntut, owner tanya aku, nak buat 2nd pengumuman ka, means cari pemenang lain, aku gtau tak payah lah, hadiah tu aku masukkan jadi hadiah untuk miniGA aku, dah kebetulan aku nak anjurkan miniGA kan..

Apa pun, rezeki dah tertulis, kalau nama kita terpilih sekalipun kalau tertulis tu bukan rezeki kita, kita takkan dapat hadiah tu. insyaAllah kalau ada rezeki ia akan tetap jadi milik kita.. gud luck semua..;-)

Cerita Di Hujung Minggu

Amboi2 puan Nazirah, berehat sungguh di hujung minggu yer, balik rumah terus sunyi sepi tanpa sebarang khabar berita, hilang dari dunia maya, cewwah…

Ala, bukan pi mana pun, cuma tak sempat nak on lappy (alasan)! Ok, balik hari Khamis tu dengan bahagianya abang datang ambik kat U, yes, sem ni tak balik dengan bas lagi, see, betapa sayangnya ayahanda pada kamu sayang. Tak biar bonda balik naik bas, sanggup ulang-alik ambik bonda kat U.

Balik tu kat surau kampung ada orang tengah baiki speaker, abang hantar aku balik terus naik motor gi tolong pakcik2 tu baiki speaker, dalam setengah jam gitu dengar lah orang dok sebut testing2 123…hihi alhamdulillah maghrib dan isyak dah boleh rasmi, bestnya balik kampung!

Jumaat, penghulu segala hari, alhamdulillah rezeki abang nak buat kenduri kat umah member dia, maksudnya abang keluarkan modal untuk semua barang, masak reramai dan makan reramai kat rumah tersebut..;) siangnya kak sepupu abang datang masak kat rumah, buat bihun sup, makan reramai juga, diorang balik sebelum asar. Petang lepas asar, kami berdua bertolak ke rumah kenduri, tolong apa patut, dalam kul 7 tu balik rumah dulu, balik dari surau lepas isyak tu terus gi rumah kenduri tu lagi. Tengah malam baru balik, ralit menyembang, hihi

Hari ni, macam biasa bangun pagi, kemas baju, nak balik U dah la katakan, tengah hari camtu abang datang hantar. Kami singgah c-mart Changlun, beli stok makanan untuk aku, hihi, tq sayang!! Hmm sedih plak nak berjauhan dengan abang, tapi takpa seminggu ja, minggu depan balik lagi sebab 8hb nanti 7th check up klinik desa, nak tengok Hb.. hope semuanya ok, amin.

Buat abang, thanx for everything, I love you!!!
Nanti aku story tentang anniversary kami yg ke 3 k..;-)

psss..sapa blom join klik banner lelaju!!!