Amboi2 puan Nazirah, berehat sungguh di hujung minggu yer,
balik rumah terus sunyi sepi tanpa sebarang khabar berita, hilang dari dunia
maya, cewwah…
Ala, bukan pi mana pun, cuma tak sempat nak on lappy
(alasan)! Ok, balik hari Khamis tu dengan bahagianya abang datang ambik kat U,
yes, sem ni tak balik dengan bas lagi, see,
betapa sayangnya ayahanda pada kamu sayang. Tak biar bonda balik naik bas, sanggup
ulang-alik ambik bonda kat U.
Balik tu kat surau kampung ada orang tengah baiki speaker,
abang hantar aku balik terus naik motor gi tolong pakcik2 tu baiki speaker,
dalam setengah jam gitu dengar lah orang dok sebut testing2 123…hihi alhamdulillah maghrib dan isyak dah boleh rasmi,
bestnya balik kampung!
Jumaat, penghulu segala hari, alhamdulillah rezeki abang nak
buat kenduri kat umah member dia, maksudnya abang keluarkan modal untuk semua
barang, masak reramai dan makan reramai kat rumah tersebut..;) siangnya kak
sepupu abang datang masak kat rumah, buat bihun sup, makan reramai juga,
diorang balik sebelum asar. Petang lepas asar, kami berdua bertolak ke rumah
kenduri, tolong apa patut, dalam kul 7 tu balik rumah dulu, balik dari surau
lepas isyak tu terus gi rumah kenduri tu lagi. Tengah malam baru balik, ralit
menyembang, hihi
Hari ni, macam biasa bangun pagi, kemas baju, nak balik U
dah la katakan, tengah hari camtu abang datang hantar. Kami singgah c-mart
Changlun, beli stok makanan untuk aku, hihi, tq sayang!! Hmm sedih plak nak
berjauhan dengan abang, tapi takpa seminggu ja, minggu depan balik lagi sebab
8hb nanti 7th check up klinik desa, nak tengok Hb.. hope semuanya
ok, amin.
Buat abang, thanx for everything, I love you!!!
Nanti aku story tentang anniversary kami yg ke 3 k..;-)
psss..sapa blom join klik banner lelaju!!!
Assalamualaikum. semoga semuanya berjalan dengan lancar ya. jaga kesihatan baik2 mak buyong. hehee ~~~
ReplyDeletealhandulillah.berjaya juga laksanakan..
ReplyDeletetake care dear