Semangat bonda susun anak2 bear tu. Konon2 nk buat photoshoot la. Elok letak jer tuan badan tu haa, nangis pulak dia nak handfon. Hadoiii.. Tangkap jugak, tak kira!! Haha
30 August 2015
Photoshoot dengan bear2..
Semangat bonda susun anak2 bear tu. Konon2 nk buat photoshoot la. Elok letak jer tuan badan tu haa, nangis pulak dia nak handfon. Hadoiii.. Tangkap jugak, tak kira!! Haha
29 August 2015
Dah 4batang gigi....
Ainul Mardhiah di usia 1 tahun 2 bulan hampir 3 bulan. Ada 4 batang gigi. 2 di atas 2 di bawah. Bakal tumbuh lagi 2 di atas dan 2 di bawah... Dah bengkak tu.. Hihi
Ainul memang lambat sikit. Meniarap lambat, merangkak lambat, duduk lambat, tumbuh gigi pun lambat, tapiiiiii bab bercakap, no 1!! Apa ja org cakap dia akan ajuk. Utk umur 1 tahun dah pandai ajuk org cakap. Memang sesuatu yg sangat kiut dan asa mcm nk penyek2 ja sbb geram. Haha
Itu la org kata, berkembangan baby x sama. So klu perkembangan ank kita tak sama macam anak org lain. Jangan risau. Itu normal selagi ia di takah perkembangan yg sepatutnya. Cth aku bg, tumbuh gigi 6 bulan ke atas. Ank kita 7 bulan x tumbuh gigi lg. ank org lain 6 bulan gigi dah 4. Its ok. Lain la klu 2 tahun still x tumbuh gigi lagi. Itu tak normal. So jgn risau atau ambik port kata2 org di luar sana tentang perkembangan anak kita. Ingat!! Diorang bukan doktor, bukan pakar, diorang bercakap atas dasar apa diorang nampak sepanjang diorang hidup. Bukan atas fakta. So abaikan jerrrrrr...hahahaha
Berbalik pada kisah gigi Ainul, mai time dia gatal gusi habis suma dia nk gigit termasuk la bahu aku, tangan aku, paha aku, mana ja tempat yg dia asa nk gigit..haishh... Pernah dia gigit tangan aku sampai luka. Siap berparut halus lg. Sabar jela..
Label:
Ainul Mardhiah
27 August 2015
Ainul demam rindu
Pagi tu aku nak p kerja. Ainul jaga. Aku tgh siap2 ni. Dia nangis nak aku dukung. Aku layankan ja. Dah kul7 time tu. Aku dah agak memang terpaksa masuk lambat la. Sebelum kul 8.30am. Aku bagi tok dia, dia xmo. Nak kat aku sorang ja. Siap suruh ambik payung jalan2 kat luar lagi. Oh anak. Puas pujuk siap berjanji nak bawa dia ronda time balik kerja nnt. Baru la dia mau p kat tok dia.
Balik kerja, mak gtau badan Ainul panas. Macam nak demam. Aku rasa memang panas pun. Mak gtau makan pun kurang, susu xmo langsung. Xpa la. Alang2 dah berjanji. Aku pun bawa Ainul ronda2. P sekali Mil aku. Singgah beli kuih pa. Last2 Ainul tertidur dalam kereta.
Malam tu memang badan dia panas. Merap suruh dukung, kejap2 nangis, kejap2 merengek. Mulut pulak ashik sebut ayah2.. Oo lupa nak gtau, ayah dia kena outstation kat Perak. Hampir seminggu. Lama sangat kot tak nampak sampai demam2 anak dara aku. Bayangkan celik mata ja ayah, nk tdo ayah. Ya Allah sedihnya aku. Abg ajin juga buat video kol. Kemain suka Ainul. Siap buat flying kiss lagi kat ayah dia. Pastu bye bye bye..hihi
Kelmarin 26 Ogos aku off. Risau takut2 demam Ainul melarat, eh dia ok ja siang tu. Cuma merap tu biasa la. X sedap badan kan. Tp badan dia dah x panas la. Sampai petang tu mula panas balik. Mak kata kalau demam malam ni cacing.
Malamnya abg mesej gtau abg otw balik. Wahh terujanya. Beria aku gitau Ainul. Badan Ainul pulak kejap panas kejap ok. Macam chipsmore. Haha. Dalam kul10 lebih ayah dia sampai. Kemain seronok Ainul. Dan ayah dia dukung tu kat sapa pun dia xmo dah. Kuikui. Tak layan sapa... Siap peluk2 lagi ayah dia. Rindu sangat la tu.
Semalam juga badan Ainul dah tak panas. Maintain ja. Alhamdulillah. Ternyata dia demam rindu. Sob sob sob..
Kasih ayah
Label:
Ainul Mardhiah
Rasa nak berhenti kerja.
1 bulan ja kerja dapat merasa gaji asal yg ditawarkan. Masuk bulan kedua dah kena potong. Memang semangat nak datang kerja tu down sesangat. Kalau nak tengok kedatangan, merah sedia, kosong sedia. Memang down gila2 la. Tapi gagah juga sebab sayang. Sebab minat kerja opis ni. Cuti Jumaat Sabtu, kerja 8-5 ja.
Tapi hari ni. Utk pertama kalinya aku rasa macam nak berhenti dengan sukarelanya. Betul2 asa kelam kabut. Memang fail bab urus masa. Bila terpaksa bertindak sebagai suri rumah dan pekerja. Hidup terus jadi kucar kacir. Kunci locker tertinggal di rumah, kunci kereta tertinggal dalam kereta. Tgh asa serabut, budak opis pulak bagi ayat power, sapa suruh kunci locker. Aku asa tu la ayat paling bodo aku pernah dengar. Barang berharga, barang peribadi ada dalam tu. Ko boleh persoal kenapa aku kunci. Aku yg tengah serabut ni nampak budak tu kecik besaq kecik besaq ja. Nak kata budak x budak sangat la. Nak sama baya dengan mak aku pun. Tp nak buat, cakap tak pakai otak org kedah kata.
Now, aku terpaksa nyusahkan abg utk hantar kunci pendua. Dah 2x tau jadi. Kereta aku takda alarm. Aku plak dah jadi tabiat suka lock then tutup pintu. Hmm. Apa la nasib... Mood pagi memang kelaut la. Letih sangat rasa. Letih badan, letih otak, letih emosi...
Label:
Cerita harianku
Subscribe to:
Posts (Atom)