15 October 2012

Hari yang indah buat aku...

11 Oktober 2012 aku naik bas dari uum balik jitra, then ayah (mertua) datang ambik kat Jitra sbb tengah kja area jitra masa tu. 12 oktober 2012 aku balik permatang kong, jumpa adik solehah aku yg comey tu.... hahaha
tdo semalam..

Ini dia adik aku yg gemuk...tangkap 13 oktober maknanya lagi 4 hari nk cukup 3 bulan..

Gambar2 lain boleh tgk di sini ada 6 keping ja buat masa skang,tapi akan d update dari masa ke semasa..;-)

1pm 13 oktober 2012 aku bertolak balik pida 2...
2pm aku g airport dengan ayah ( ayah mertua aku@ayah abang ) g ambik abang, berdebarnya rasa hati ini, nk berjumpa dengan insan tersayang yang jauh d mata dekat d hati. 2.18pm abang kol gtau yang abang dah sampai, time tu aku n ayah baru sampi gunung, 2.35 pm kami sampai airport. abang cakap ambik kat bawah, so kami pun g la kot bawah, aku kol abang...gtu gini gtu gini.. abang pun muncul dari lorong arrival... dup3 jantung aku, aku senyum ja tgk abang, dalam hati tu 'hensem juga laki aku ni' haha...
dekat sebulan juga la tak tgk, abang pakai baju kesukaan aku, tangan panjang n leher penuh...
serius sweet sangat d mata aku bila abang pakai camtu...bunga hati aku tau..aku salam n cium tangan abang.. (^_^) ~rindunya.....


Muka bahagia nak g ambik abang.. (^_^)

Ya Allah.. terima kasih kerana Engkau telah kembalikan dia ke pangkuan aku dengan selamat..
14 oktober 2012 pagi aku dah kena balik u, kejap ja dapat luangkan masa dengan abang, abang hantar aku, sedih..tapi nak buat camna, terpaksa, kna balik juga. kja banyak, kelas lagi, hujung minggu ni aku takdak sebab kena g kem kat pandai merdeka (KLK) kokurikulum aku, so, aku tak dapat balik kg jumpa abang. sedihkan, bila aku ada abang takdak, bila abang ada aku plak takdak. tak pa la..aku redha ja.
14 Oktober 2012, lepas abang hntar aku, petang tu abang g beli tiket untuk ke KL sbb nak selesaikan urusan kja kat ofis KL, selesai tu abang balik terus. 12.30 tghari tadi dh bertolak balik dah, g kjap ja. aku tak balik  kg hari ni walaupun esok takdak klas sbb takdak sapa nak g ambik kat jitra nanti, abang mungkin smpai malam.
aku balik esok pagi, nak g klinik sama.. aku tak sihat.. ;-(

note: member baik abang tunang 12 Oktober 2012,akhirnya bertemu juga jodoh dia. alhamdulillah.

Abang otw skang..atas bas.. moga perjalanan abang selamat.. amin.

Bb yang selalu sayang abang..---<--{@

9 October 2012

WAJAH KESAYANGAN HAMBA...

Tengah malam...8 oktober... aku tewas, air mata mengalir laju sangat. tetiba ja aku terasa rindu sangat pada abang. air mata terus mengalir, aku tidur bertilamkan air mata. lama dah aku tak nangis. aku cuba jadi kuat,tabah, aku ambil kisah mawar sebagai penguat semangat, tapi semalam hilang semua kekuatan itu, aku nangis sepuasnya. nasib aku dok bilik sorang2, klu tak mesti gelabah roomate aku tngok keadaan aku nangis gtu. bangun paginya mata aku bengkak, nasib kelas kul sebelas, sempat la surut bengkak tu. aku perlu muhasabah diri kembali, untuk jadi lebih tabah. abang mencari rezeki untuk kami sekeluarga, moga Allah melindungi abang di sana. takdak sapa dah tempat aku meminta pertolongan. hanya pada Allah, Dia adalah pelindung yang terbaik untuk sekalian makhlukNya..
inilah wajah yang aku rindui selalu..
wajah kesayangan hamba..


malam 8/10/2012.. aku tengah layan novel " SUAMIKU, Encik Perfect 10! " tetiba hp maxis bunyi.. aku lihat d screen.. aku tersenyum bahagia.. " SUAMIKU, Encik Perfect 10! " kol....... hihi
hepinya aku, "abangggggggg" aku panggil... " hello,bb......" ya Allah..rindunya aku pada suara tu, last aku dengar 23 Sep 12 yang lalu..berminggu sudahh.. aku sebak, ku gagah juga untuk bercakap, macam2 aku cerita walaupun aku tahu masa tak mengizinkan, masa abang cakap nak letak sebab ada keja, air mata aku mula bergenang.. suara pun dah lain, abang seperti memahami, "jgn sedih2" dengar ja abang cakap gtu, gugur air mata aku tanpa henti, aku cuba kawal.. abang cakap insyaAllah malam ni abang online.. skang 1.08am aku masih setia menanti mesej dari abang...menanti dan terus menanti hingga akhir hayat ini...

wajah kesayangan hamba; Mohd Ezri Ramli... ---<--(@

5 October 2012

KAMI KEMBAR TAHUN..

Ini kisah aku dan adik aku Nashrah...

Sebenarnya ramai orang salah anggap yang kami ni kembar... Padahal hakikatnya kami bukan kembar pun.. just lahir pada tahun yang sama... 19**.. hihihi aku lahir awal tahun sementara adik aku lahir hujung tahun.. PADA TAHUN YANG SAMA... Jadi kami sekolah sesama.. mungkin sebab tu kot orang kata kami kembar, padahal muka tak sama pun.. aku cantik sikit......................................tapi dia cantik banyakkkk..hihi

Ingat lagi peristiwa sewaktu kami darjah satu... aku dapat kelas merah(4)  sementara dia dapat kelas biru(1), dia nangis nak dok kelas dengan aku, jadi ayah pun pegi la jumpa cikgu, then gtau yang kami tak boleh berpisah... so dia pun masuk la satu kelas dengan aku.. darjah 1 tu tak kira lagi kelas no berapa.. pakai sumbat ja...sampi darjah 3.. then oleh kerana aku periksa pandai sikit dari dia, darjah 4 aku dapat kelas biru(1) dia dapat kelas hijau(2)... time tu masing2 dah kenai kawan.. dah boleh jaga diri.. so, tak kisah la kami pisah... sampai darjah 6...

Masuk tingkatan 1 aku dapat kelas agama, dia dapat kelas biasa.. tapi masih lagi 1 sekolah.. pegi mana pun mesti orang tanya kami, kembar ka? kembar ka? klu rajin explain, aku explain la yang aku ni awal tahun, dia akhir tahun, tapi tahun yang sama... sampaila dah terlampau letih untuk menjawab, bila ada orang tanya kami kembar, aku dan dia iakan ja..hihi, ayah pun sama, bila orang tanya pasal kami, ayah gtau kami kembar ja, senang..;-)

Masuk tingkatan 3 result kami hampir sama ja.. 8A (setelah di campur A kami berdua);-p  dapat la kami dok 1 kelas.. aliran sains tuuu.. 4 sn 2. perghh.. bajet pandai.. aleh2 spm hampeh! nangis tau.. tak dapat nk sambung cita2 nak jadi staff nurse,hukhuk.. ok.. dah habis spm.. kami kja kilang.. sekali juga.. sambil tu isi la borang gitu gini gitu gini.. TAK DAPAT pun... kami pun sambung la pra u... kelas sekali juga... aku mintak poli untuk intake kedua.. untuk adik aku, aku yg isi.. tgk2 kami dapat sambung kat poli arau.. kos yg sama..wah3.. (ada cerita sedih di sebalik itu). Stop lower 6, then sambung la poli... 3 tahun kat sana.. kami harungi hidup susah senang bersama.. terasa diri amat beruntung ada dia.. at least baik buruk kami tetap bersama! sedey! she is my best fren!!

Habis ja poli.. hujung tahun dia kawin... seriusly aku rasa suatu KEHILANGAN yang besar dalam hidup aku.. malam dia g tdo umah mertua dia.. aku nangis sorang2.. RINDU.. kami kan tak pernah pisah.. macam kembar betul la.. gaduh dah mmg macam anjing dengan kucing.. tapi adik beradik ni ibarat AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS.. tak sampai sebulan dia kawin dia sambung buat nursing kat terengganu... kami makin jauh dan aku makin hari dah dapat terima.. awal tahun aku plak kawin.. dan terus ikut abang ke PD.. masing2 bawa haluan hidup sendiri... kejap ja... skang dia dah ada anak.. aku dah ada ANAK SEDARA hokey!! sebelum ni just panggilan maklong dari anak sedara pupu ja.. now macam mimpi dah ada anak sedara sendiri..hihi. Macam tak caya ja.... gambar anak sedara aku nanti aku upload dalam entry lain... sebab nak stori tentang dia plak... ok.. ni pic aku n adik aku masa zaman poli dulu... kira masa zaman anak dara lagi la.. comey2 ja...opssss...


AKU CHAQ DIA CHIQ...



DALAM BILIK TOURISM IMFORMATION CENTRE (TIC) KAT POLI..

rindu sesangat zaman dulu2......................hukhuk

1 October 2012

SOTONG GORENG TEPUNG...

SEDAPPPP NYAAAAAAAAAA..

CELUP TEPUNG... GORENG TEPUNG... whatever la apa pun yang penting rasanya... sedap bangat... just dekat RESTORAN HAI THIEN ja tau... 1st time pegi.. abang yang bawa... bila makan ja terus tangkap cintan... ada rezeki lebih mesti g situ... nak pegi selalu mmg tak la.. harga nya agak mahal.. sekali sekala tu boleh la... n tiap kali pegi sotong goreng tepung adalah menu wajib yang aku akan order.. abang pun dah tahu yang itu memang favourite aku... ingat lagi waktu kami pegi suatu ketika dahulu.. aku pernah tanya abang.. klu b ngidam nak makan sotong goreng tepung, abang nak tak bawa b datang makan sini? abang cakap bawa la... hepinya aku time tu.. hihi...

ni pic yang sempat d ambil masa tengah tunggu order...




Sebenarnya gambar kami BERDUA lepas kawin ni tak banyak sangat.. BOLEH KIRA DENGAN JARI JA... kekadang ja kami tangkap gambar.. dalam 2-3 keping gtu ja.. pernah juga la aku gurau dengan abang  "...gambaq kita dua takdak banyak mana pun, satgi anak cucu tnya nak tengok gambar tok dan tok wan masa muda2 dulu, takda apa nak tunjuk.. huhu" 

Abang ada mood dia kalau nak bergambar... so klu ada mood tu kami bergambar la.. tapi aku tengah cuba untuk tangkap gambar sebanyak mungkin untuk aku letak dalam blog ni.. yerla, buat kenangan di masa hadapan... kita tak tau apa nak jadi.. masa depan rahsia Allah... apa yang berlaku pada masa skang akan jadi kenangan di masa depan... jadi ciptalah kenangan manis dengan yang tersayang bebanyak...;-) actually abang suka gambar candit.. tgk la gaya kata atas tu.. hihi.. apa pun aku terima dia seadanya... nnt abang balik kami nak g makan sotong goreng tepung.. pic ni 17.12.2011 yang lalu.. lama dah.. uhuk..

nanti aku update klu kami g makan kat situ lagi.. n aku akan tangkap gambar full set sotong goreng tepung tu.... sedappppppnyaaa....;-)

miss him..-_- mohd ezri ramli...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™