Salam semua
reader stalker n follower, hihi. Entry kali ni tak mo dah cerita bab lain, nak
cerita bab kasut ja, haha. Biasala kan, aku ni salah sorang kaki shopping, tak
kisah la kasut ka baju ka, beg tangan ka, selalu memang akan jamu mata kat
online ja, anak kecik, payah nak angkut pi shopping mall, nak pilih memilih ni.
Kekadang kelapangan ja pi.
Ok kat sini
nak share ngan korang semua TIPS MEMBELI KASUT WANITA.
Yang suka beli online ke walk in terus ka, harap tips2 yang aku nak
kongsi ni dapat la membantu korang cari kasut yang perfect, cantik dan harga
yang berbaloi2.
Berhati-hati
dengan bajet
Yer la kan, sapa
cakap kalau beli online mahal, kena pandai cari la hakak semua, pandai godek2,
kena pandai usha2, jangan anggap kalau dia dah jual ko kena beli, no no no,
usha jer dulu, aim mana yang berkenan, senaraikan then baru la pilih mana yang
betul suka, gitu! Macam aku memang aku akan usha2 dulu, fikir2 dulu, agak cukup
bajet baru grap, paling best kalau time sale la!! Hihi
Beli
pada sebelah petang atau malam
Yang ni kalau
p shopping mall la, nasihat aku, tak payah la ko pergi beratur kul8 pagi untuk
beli kasut, hihi. Bukan apa, kaki kita akan membengkak/mengembang tau, jadi
biarlah kita dah buat aktiviti sepanjang hari, pergi kerja, buat kerja rumah,
petang2 sikit baru pi shooping kasut, time tu ok la klu nak test pun, kang
kalau beli pukul 8pagi tak pasal2 pulak sakit kaki di kemudian hari, kan dah
rugi di situ. Duit melayang, sakit pun dapat, ish ish ish..
Cuba dalam 3 saiz
Sebelum korang
beli kasut, pastikan korang dah cuba at least
tiga saiz. Sebab design setiap kasut tak sama, caya la, aku kekadang
saiz 4 muat kekadang saiz 5 pun muat, walaupun kebanyakkan pakai saiz 4, eh,
kekadang saiz 4 pun terbesar, camna tu. Ini baru cerita saiz paling kecik,
kalau yg jenis kaki saiz 5,6,7 tu, memang wajib la try 3 saiz. Boleh pilih mana
yang selesa. Baru la rasa berbaloi.
If you can’t walk in it, DON’T buy it
Maksudnya kalau
rasa tak boleh pakai tu tak payah beli la. Yes kasut tu nampak cantik, comey,
cute, nampak bergaya, tapi kita tak selesa, buat apa nak susah diri paksa pakai
juga untuk kelihatan cantik pada mata orang lain, sedang diri sendiri merana
wei... So, tak payah nak buang masa, buang duit untuk kelihatan cantik di mata
orang, better cari kasut yang cantik di mata kita, selesa di kaki kita...
Ok, setakat tu
jer tips aku nak share ngan korang semua. Aku harap tips yang aku senaraikan
ini dapat bagi korang idea dalam mencari kasut yang terbaik lepas ini!
Tq sudi baca!
comelnya tulisan yang dua point last tuuuu, hahaha~
ReplyDeletetak kasik bace ker..apo.....
Nice sharing sis. Second tips tu memang selalu diamalkan. Tapi takut-takut jugaklah sebab ada certain assistant dekat kedai buat muka garang kalau kita memilih sangat. Huhu.
ReplyDeletehttp://angellovesoldier.blogspot.my/