27 August 2015

Ainul demam rindu

Selasa 25 Ogos 2015..
Pagi tu aku nak p kerja. Ainul jaga. Aku tgh siap2 ni. Dia nangis nak aku dukung. Aku layankan ja. Dah kul7 time tu. Aku dah agak memang terpaksa masuk lambat la. Sebelum kul 8.30am. Aku bagi tok dia, dia xmo. Nak kat aku sorang ja. Siap suruh ambik payung jalan2 kat luar lagi. Oh anak. Puas pujuk siap berjanji nak bawa dia ronda time balik kerja nnt. Baru la dia mau p kat tok dia.

Balik kerja, mak gtau badan Ainul panas. Macam nak demam. Aku rasa memang panas pun. Mak gtau makan pun kurang, susu xmo langsung. Xpa la. Alang2 dah berjanji. Aku pun bawa Ainul ronda2. P sekali Mil aku. Singgah beli kuih pa. Last2 Ainul tertidur dalam kereta.

Malam tu memang badan dia panas. Merap suruh dukung, kejap2 nangis, kejap2 merengek. Mulut pulak ashik sebut ayah2.. Oo lupa nak gtau, ayah dia kena outstation kat Perak. Hampir seminggu. Lama sangat kot tak nampak sampai demam2 anak dara aku. Bayangkan celik mata ja ayah, nk tdo ayah. Ya Allah sedihnya aku. Abg ajin juga buat video kol. Kemain suka Ainul. Siap buat flying kiss lagi kat ayah dia. Pastu bye bye bye..hihi

Kelmarin 26 Ogos aku off. Risau takut2 demam Ainul melarat, eh dia ok ja siang tu. Cuma merap tu biasa la. X sedap badan kan. Tp badan dia dah x panas la. Sampai petang tu mula panas balik. Mak kata kalau demam malam ni cacing.

Malamnya abg mesej gtau abg otw balik. Wahh terujanya. Beria aku gitau Ainul. Badan Ainul pulak kejap panas kejap ok. Macam chipsmore. Haha. Dalam kul10 lebih ayah dia sampai. Kemain seronok Ainul. Dan ayah dia dukung tu kat sapa pun dia xmo dah. Kuikui. Tak layan sapa... Siap peluk2 lagi ayah dia. Rindu sangat la tu.

Semalam juga badan Ainul dah tak panas. Maintain ja. Alhamdulillah. Ternyata dia demam rindu. Sob sob sob..

Kasih ayah

7 comments:

  1. alololo..siyannya ainul.. get well soon darling..

    5 keistimewaan Multivitamin

    ReplyDelete
  2. salam singgah sini dik nazirah....Alhamdulillah ainul dah sihat...macam tu lah kalau demam rindu yer tak dik...hihi

    ReplyDelete
  3. ala comeynya ainul. zulaikha pun demam panas skrg. kesian dia. malam nak merap je dengan ummi.

    ReplyDelete
  4. Alahaiii... Memang betul2 demam rindu tu... Macam ni ayah tak boleh pergi jauh lama-lama...

    ReplyDelete
  5. Ingatkan demam sebab nak tumbuh gigi.. rupanya demam rindu, so sweeet.. anak ayah la ni ye ^_^

    ReplyDelete
  6. alahai sian anak ayah sorang ni ye :)

    ReplyDelete