Sekarang ni
tengah hangat dengan trend fesyen
terkini iaitu kaftans. Tahu tak kaftans tu apa? Ingat tak dulu2 mak kita rajin
pakai kat rumah, lebih kurang baju kelawar tu, ada corak2 tapi sekarang fesyen
baju tersebut telah dikomersialkan jadi sesuatu yang sangat unit, baju yang
dahulunya hanya dibuat pakai tido skang dah jadi trend. Boleh pakai untuk gi
dinner, acara rasmi pejabat, nak pakai raya pun boleh. Macam2 design dan
corak boleh kita tgk skang ni.
Kita
sebagai rakyat Malaysia bertuah sangat sebab dapat hidup aman, kalau nak
banding dengan qaza skang ni kan, masya-Allah, tak dapat bayang tau, sedih aku
tgk. Kita ni bertuah, walau hidup berbilang kaum, tetap aman damai. Banyak kaum
mesti banyak etnik kan, jadi secara tak langsung telah mewujudkan corak budaya
yang cukup unik dalam kalangan kita. Setiap kaum mesti ada bahasa ibunda yang tersendiri, gaya hidup
yang berbeza, hari perayaan dengan sambutan yang tak sama, makanan yang
berlainan dan pakaian tradisional tersendiri juga. Namun kita suma dapat terima antara satu sama lain
dengan seadanya.
Bila
bercakap tentang pakaian tradisional antara yang paling popular ialah kaftans.
Kaftans wanita pada asalnya xdalah popular. tpi skang ni dah jadi trend yang sangat
popular dalam kalangan wanita di Malaysia. Memang cun la design2 dia, kalau tak caya tengok pic ni, macam aku kata kalau dulu orang pakai untuk aktiviti santai kat rumah, skang ni kaftans wanita dah jadi
pakaian tradisional Melayu yang cukup eksklusif.
Menggayakan kaftans adalah antara yang paling
mudah sekali sebab korang tak perlu pening kepala untuk padankan Muslimah top korang dengan bottom, korang hanya perlu sarungkan
kaftans itu sahaja. Seterusnya perlu menggayakannya bersama aksesori yang
bersesuaian, tudung terkini atau shawl, clutch dan sepasang kasut tumit tinggi.
Ini semua sudah cukup untuk membuatkan korang nampak anggun menawan!
Kalau ada yang mencari kaftans, dan nak tengok design yang lagi cun melecun apa kata dapatkan secara online di website ZALORA Malaysia.
Mereka ada koleksi kaftan wanita yang cukup meluas dan terdiri daripada
puluhan jenama terkenal dengan harga yang cukup murah dan berpatutan. Tak rugi pun tgk, kalau berkenan bleh terus order, harga memang berbaloi-baloi, sempat lagi nak melaram untuk raya haji akan datang. Jom beli kaftans online di ZALORA sekarang!
Assalamualaikum dan salam syawal ke-10 dik Nazirah..cantik jgk fesyen ni kn..
ReplyDeletemmg cun.
ReplyDeletekan sesuai jugak ni urk raya haji..