Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. dari segi
fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih
kuat. jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. buah
pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. wanita
mengandung juga mengalami perubahan emosi.
ADAB SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG
Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada
saat itu. ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang
disayanginya. ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap
isteri yang sedang mengandung
• suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
• hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
• selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
• jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
• ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut,
"La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin" maksudnya
"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah,
sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim"
• suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.
DORONGAN SUAMI SEMASA ISTERI BERSALIN
Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun
tidak secara langsung. suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan
kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri.
suami
hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar,
di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan
selawat. dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah
bersalin.
Waktu pantang dan selepas kelahiran bayi juga dapat
menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan
membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. suami yang baik akan
berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu
berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan
yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan
dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat itu.
Kredit penuh kepada page: Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel
betul tu bila isteri mengandung memang ada adabnya, great piece of sharing dear...
ReplyDeleteAnda di tag....;-)
ReplyDeletehttp://cikna136.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award.html
tima kasih dik berkongsi..
ReplyDeletetambah ilmu ptg sabtu gini