Tanggal 6/4/14, Ahad, aku dapat panggilan daripada JPAM, dapat
berita gembira tau, dalam 11 lebih puan tu kol aku, dia gtau depa dah terima
permohonan aku untuk jalani praktikal di situ, alhamdulillah, hepi sangat, then
dia tanya aku, saya nampak awak mengandung, aku gtau ya, saya due 14 Jun, apa2
nanti saya akan inform sama ada saya akan masuk pada tarikh asal atau terpaksa
tangguh. Dia kata ok.
Dalam beberapa minit dia kol balik, dia tak puas hati sebab
dia ingat aku jangka 14 Julai, sebab bulan 9 dah ada budak praktikal nak masuk.
Kalau aku jangka 14 Julai bermakna aku akan bertindih dengan budak2 tu, aku pun
perbetulkan yang aku jangka 14 Jun, paling lewat pun aku akan masuk awal bulan
8. Puan tu kata kalau camtu xpala saya terima awak, alhamdulillah, aku ucap
terima kasih bebanyak kat puan tu! Dia gtau nanti dia akan faks surat
penerimaan tu kat U.
Keesokannya aku terus kol CUIC tnya sampai tak faks dari
Jpam, encik tu gtau blom, aku tnya la, klu sampai CUIC akan terus update dalam
portal ka? Encik tu jawab ya, ok. Panggilan tamat di situ. Sepanjang minggu aku
cuti tu aku ashik semak portal ja, nak tengok sama ada masuk atau tidak
penempatan tempat praktikal tu, dan setiap kali tu juga akan naik dalam proses
cadangan, risaunya. Tarikh last jawapan adalah pada 15 April.
Pagi 13 April aku cuba untuk kol Jpam tanya yang diorang dah
faks belum surat penerimaan tu, puan tu kata nanti dia semak, dalam kul 3 lebih
aku kol balik, sebab aku tunggu diorang tak kol pun, aku tanya puan tu, puan tu
dengan confident gtau tak faks lagi, hukhukhuk, aku cuba ingatkan puan tu yang
tarikh last adalah pada 15 April, kalau pihak U x dapat sebarang maklum balas
dari pihak Jpam, pihak U akan consider yang pihak Jpam reject permohonan tersebut,
panjang lebar aku explain kat puan tu.
14 April pagi, aku cek portal, tengok dah masuk,
alhamdulillah, maksudnya pihak CUIC dah terima surat penerimaan daripada pihak
Jpam. Habis kelas kul 2 aku terus ke CUIC, untuk tandatangan borang penerimaan
tersebut. Aku ada tanya encik yang in charge program kami tu tentang kes kalau aku tak sempat nak masuk pada tarikh asal, sebab aku masih dalam pantang, dia cakap nanti
apa2 maklumkan pada diorang, diorang akan buat surat untuk maklumkan pada pihak
Jpam.
Alhamdulillah, moga dipermudahkan segala urusan selepas ini,
Allah dah permudahkan satu fasa, syukur sesangat!
*gtau abang, kat JPAM ni x dapat elaun, abang kata xpa.. ;)
alhmdlh kak... nnt prktikal betoi2
ReplyDeleteAlhamdulillah, akak tumpang happy dear...
ReplyDeletealhamdulillah.smga dipermudahkan smuanya nnti.
ReplyDeletexpa dik myb xdpt elaun akan dpt rezeki lain.inshaa Allah.rezeki utk anak nanti pasti ada :)
alhamdulillah..
ReplyDeletetahniahh :) praktical elok2 ye
ReplyDeleteAlhamdulillah... dorg pun paham kan.. InsyaAllah moga semuanya berjalan lancar
ReplyDeleteAssalamualaikum , alhamdullilah. murah rezeki awak. bestnya. singgah menabung ford sini~~~
ReplyDelete