27 December 2013

Rumah sendiri, kenangan ku di Port Dickson


Teringin sangat nak dok berasingan, bukan ada masalah apa, cumanya nak ada kehidupan sendiri. Doa ku moga bila aku habis belajar nanti ada rezeki abang untuk kerja tetap di darat, dapat rumah sendiri.

Aku seorang perempuan, naluri ku ingin punya sebuah rumah yang aku boleh uruskan sendiri, yang aku bebas untuk perhiaskan apa pun.

Jujur, aku rindukan kehidupan aku di port Dickson dulu. Mac 2011-Jun 2011, andai saja di waktu ini abang membawa aku ke sana, pasti aku tersenyum bahagia, kerana aku sudah tahu bagaimana untuk menghiasi rumah itu, menyusun perabot-perabot yang ada, laman hadapan yang luas penuh dengan pokok kaktus aku.. ya Allah..

Masak untuk abang, tunggu abang balik kerja, keluar di hujung minggu, kekadang rasa nak nangis ja bila kenangkan kenangan di sana..

Aku tak penah pun berbincang dengan abang tentang hal ini secara detail dan serius, hanya sembang gitu2 ja, mungkin aku masih belajar. Jadi perkara ini tak sesuai dibincangkan, tapi perkara ini juga la yang sering menghantui aku, ke mana kami selepas ini, adakah masih menumpang di rumah keluarga abang?


Andai saja abang baca entry aku kali ni, ketahuilah betapa aku inginkan semua ini. Moga abang sudah ada perancangan untuk kami. amin..

Kenangan di Port Dickson.

Ruangan depan.. pintu masuk..
Sofa, tersedia dah masa aku masuk rumah ni, ehsan dari kawan abang.. bear dan spongebob kekal jadi peneman sampai sekarang, hihi
Kaktus kesayangan aku, ruang hadapan rumah yang luas! abaikan mesin basuh yang rosak tu, buat stor jer.
Sarapan aku setiap pagi, siap ada sudu n garfu, gaya omputih la kununnya.
Pemandangan pantai, dekat ja dengan rumah, dalam 5-10 minit ja..
Aku, 2011, masa ni nak kuar beli barang dapur dengan abang..;-)
Bunga ros tisu, buatan abang, cantikkan..;-) sofa koko ni pun dah tersedia masa aku masuk rumah ni.
Ni ja gambar kenangan yang ada, ruang dapur, ruang tengah, bilik aku tak ambik gambar pun, sayang sangat, tapi nak buat camna, benda tak jangka yang hanya 3 bulan ja nak menetap di sini..huhu. Rindu!! (T___T)

3 comments:

  1. xlist ada kenangan dear..
    pandai suami adik buat bunga ros tisu tu..
    kreatip la

    ReplyDelete
  2. in shaa Allah. benda tu pasti sabar k..
    myb lps nazirah hbs blaja. think positive k

    ReplyDelete