18 July 2013

Ketentuan Dari Nya

Hari ke 4 aku berjauhan dengan abang, dan hari ketiga abang di laut.

Hari ketiga

18 Julai 2013, 1.58pm aku dapat panggilan dari abang, salu kan abang kol pagi, tapi hari ni abang kol petang, sebenarnya aku tak kisah, asalkan aku dapat juga dengar suara abang. Memang confirm tak dak internet, abang cakap stress sangat, yerla kan, dah la dok kat tengah laut, kalau ada internet takdak la bosan sangat, harap abang tabah kat sana..huhu

Bercerita soal Ashraf Muslim yang hangat di perkatakan, geram sakit hati semua ada, sampaikan asa macam nak bagi pelempang ja kat si Sakinah tu, tapi siapalah kita untuk mengadili apa yang terjadi, biarlah Allah ja yang tentukan..

Aku juga seorang perempuan, seorang isteri, dan aku sendiri tidak tahu apa takdir yang telah ditetapkan untukku, jadi aku taknak cakap apa2, aku akan hargai apa yang menjadi milikku sekarang, terima kasih ya Allah anugerahkan aku seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab, menyayangi dan menerima aku apa adanya…Aku akan hargai kebahagiaan ini.


Lumrah seorang perempuan tidak akan suka andai miliknya terpaksa di kongsi, maaf andai statement aku ini agak kasar bunyinya, tapi ketahuilah, seandainya sesuatu itu berkaitan dengan abang, aku tidak pernah dan tidak akan percaya mana2 wanita pun. Dan bagiku tidak pernah wujud sahabat baik antara lelaki dan perempuan tanpa salah seorang punya perasaan. Cukuplah sekadar kawan.

Syukur pada Allah anugerahkan aku kasih sayang ini, moga ianya berkekalan hingga ke akhir hayatku..

Sayang abang! .my love;E.Z.R.I..;-)

3 comments:

  1. oh...teringat pulak dengan kisah si Dayana...

    o ya..Nazirah sudi nak tukar bloglist tak? Dah masukkan blog Nazirah kat blog gua.. :) happy blogging.

    http://www.edisiblogger.com/

    ReplyDelete
  2. Memang ramai yang bengang dengan tindakan AM tu.. Tapi siapalah kita nak menghukum antara sesama manusia ni.. Kita doakan jelah yang baik2 untuk rumahtangga mereka.. Jangan duk mengeruhkan lagi keadaan dgn menyebar cerita yang tak sahih.. Semoga rumahtangga kita dipelihara olehNYA.. Amin.. =)

    ReplyDelete
  3. no komen la.

    nak tahu tak baru2 ni kan ciksu ada jumpa ashraff muslim.dia pergi bazar ciksu meniaga tu. tp dia tak singgah gerai ciksu.huhu

    dia jalan dengan wifenya dayana :)

    ReplyDelete