Now,
aku tengah study, full time, bukan part time, kalau time study, universiti
adalah rumah pertama ku, sebab masa aku banyak dihabiskan di sana, hujung
minggu ja aku balik kampung. Dan bila cuti sem plak, aku tinggal rumah mertua
sebab kami tak ada rumah sendiri lagi, kalau abang ke laut, aku gilir2 rumah
aku dan rumah abang, itu la kehidupan aku dan abang buat masa sekarang…
Sep
2013, genaplah dua tahun aku bergelar student, sebab aku masuk intake Sep 2011.
Sep ni aku dah masuk sem 5, then Februari 2014 aku masuk sem 6, Julai 2014 aku
start praktikal. Insya-Allah Oktober 2015 aku konvo..;-)
Maksudnya
aku masih ada setahun lebih lagi untuk bergelar student, takutnya bila fikir
apa aku nak kerja bila habis study nanti, yang penting nak bayar duit PT,
berpuluh ribu, boleh pengsan klu dengar, macam nak bayar duit kereta ja,
perghhh..
Angan2 bila aku dah bekerja nanti, aku nak ajak abang g
melancong, tempat2 menarik, share la duit, time tu nak shopping best la sebab
dah ada duit sendiri, 3 bulan sekali ka, mesti best kan tengok tempat orang. Abang
dah merantau hampir semua negeri di Malaysia, sedang aku dari belajar sampai
la kahwin, utara ni juga la tempat aku, Diploma poli arau, ijazah uum, main kot
highway yang sama ja, honeymoon Langkawi, tak merasa nak tengok tempat orang. Cuma 3 bulan petama lepas kahwin aku sempat menetap di Port Dickson. Harap
sangat lepas ijazah nnt dapat kerja yang elok, boleh kumpul duit g melancong
jauh, hihi
Tempat dalam negara yang nak pergi tapi tak kesampaian:
Cameron highland
Genting highland
Pulau perhentian
Kalau luar negara tu:
Mekah, madinah,
Paris
Abu Dhabi
Negara yang ada salji, hihi
Now aku teringin nak pergi cameron, tapi asa macam tak boleh ja sebab jerubu, huhuhuhu
semoga sukses bergelar sebagai seorang student
ReplyDeleteakak doakan segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar... nanti dah pegang duit sendiri jangan lupa buat aset yer adik di samping melancong...
ReplyDeleteSalam nazirah..:) salam Ramadhan..maaf tau kak intan baru berkesempatan menjengah sini.. x lambat dah nak abes study kan..Kak intan doakan yang terbaik dan semoga angan2 menjadi kenyataan,Amin…
ReplyDeleteAkak pun belum pernah sampai lagi ke tiga2 tempat yang Nazirah sebut tu.. Huhu..
ReplyDelete