Bagaimana cara guna rumpai laut ni?
Aku ada beli rumpai laut kat kak ina, tapi tak tau plak nak masak camna, lagi pandai aku tak cari plak dlm blog kak ina kot2 la ada kan, hihi, aku just google ja, huhu, jumpa la ini, tapi aku just copy bahagian aku nak tau ja, untuk maklumat lanjut boleh rujuk "sumber" kat bawah tu yer...
1. Kaedah pertama
rumpai laut dimasak
Cuci beberapa kali.
Rendam semalaman (lbh kurang 5-12jam).
Kemudian cuci lg beberapa kali.
rebus dgn air biasa. nisbah utk 100gram = 2-2.5 liter air.
Masak dgn api perlahan dan kacau sehingga rumpai laut
hancur.lbh kurang 20-40minit.
Biarkan kolagen sejuk dan simpan dlm peti ais.
2. Cara guna
Masuk 2-3 sudu ke dalam apa2 minuman. Contohnya air
sunquick, ribena, ABC, cendol, laici kang, bandung, dll. Amalkan 3 kali sehari
shj. Jangan ambil minuman berkafein dan berkarbonat. Jangan ambil secara
berlebihan,boleh sakit kepala dan sakit perut.
Gunakan 1-2 sudu utk sapu dimuka sebagai masker. biarkan
sehingga kering (lbh kurang 20minit) dan cuci. Amalkan 3 kali sehari.
Berapa byk rumpai laut sekali masak?
Terpulang pada penguna. Disini saya bagi sedikit cadangan,
utk 50 gram rumpai laut + 1 liter air menghasilkan kolagen
yg boleh digunakan selama 1-2minggu
utk 100 gram rumpai laut + 2 liter air menghasilkan kolagen
yg boleh digunakan selama 2-4minggu.
Teena pun guna rumpai laut jugak :)
ReplyDeletetak pernah guna lagi
ReplyDeleteselalu dok baca info je