28 April 2013

kecewa~ 27/4/2013

Terima kasih buat teman2 yg membahagiakan aku pada hari ini, ain, bell , mimi, terima kasih pada roomate yg teman aku g aerobik pepagi, ;-p, terima kasih roomate n kawan roomate yg sudi g jejalan pusing U pada petangnya, terima kasih kekawan kakmas, nabila aida, diana n tihah, dengan adanya kalian aku rasa bahagia walaupun aku sebenarnya sedang menangis di dalamnya, adanya kalian buat aku hilang tumpuan pada kekecewaan itu..

Hanya satu yang ingin aku ungkap andai dia baca coretanku, tergamaknya dirimu menghiris hatiku...

27.04.2013 SABTU tak mungkin aku lupa apa yg terjadi pada hari tersebut!!

9.20am

9.29am

9.37am

Hati ini KOSONG............... Ya Allah, bantulah aku untuk menghadapi semua ini, amin..

26 April 2013

salah siapa?

"..aku yang tak memahami atau dia yang tak mengerti.." 

sedey sangat, kalau orang lain kat tempat dia apa yang depa buat, kalau orang lain kat tempat aku apa depa buat, aku buntu.. aku sedang berfikir situasi ini terjadi pada salah seorang daripada mereka, apa tindakan mereka, menanti atau meninggalkan?

sampai hati klu dia tinggalkan aku, kalau org lain aku yakin 100% depa akan tunggu, seriusly aku sedih sangat2 skang ni.. buntu tak tau nak buat apa, aku ada alasan kukuh, sedangkan dia?

24 April 2013

FIRST GIVEAWAY BY ANIS



FIRST GIVEAWAY ini berlangsung selama sebulan dari 25.03.2013 hingga 24.04.2013 . 
Para sponsor :
Aimi Rahim | Eyna | Fifi | Syahira | Kak Ain | CikGadis | Izzati | Precious Cla | Aien | Ismah |  Anaziah Online Boutique Anaziah Baby & Kidswear  | BK


Hadiah :
Mousepad ( Design sendiri ) Mug ( Design sendiri ) | Jubin hiasan  ( Design sendiri ) | T-Shirt Running man Saiz L | Header | Bookmark + Topup RM5 | Topup RM5 + Bloglist | Topup RM5 + Bloglist | Topup RM3 |    2 Felt Bookmark + 2 Vector | Topup Celcom/Maxis RM5 | Topup RM10 | Novel | Brooch Ribbon | 1 Pakaian wanita dari Anaziah Online Boutiqe | 1 Headband dari Anaziah Baby & Kidswear .


Apalagi , Jom memeriahkan lagi GIVEAWAY ni . Support Blogger :)

20 April 2013

ADIK PUTIH..

Nuraisyah Solehah, 17 Sep 2013 genap la 9 bulan...
Perkembangan terkini, dah pandai lepas tangan bila berdiri, tak pandai nak melangkah lagi...

Putih, itu la nama timangan adik.. comel kan nama tu...PUTIHHHHHH!!! Kami selalu panggil dia gtu, bila dia tengah ralit main, panggil 'adik' buat tak tau. panggil 'solehah' buat tak tau, tapi bila panggil 'putihhhh' terus kaleh, hihihi... dia pun dah terlebih alert dengan nama tu..;-)

Kenapa tak panggil adik? aku dah terbiasa panggil adik 2nd bongsu tu 'adik', yerla, 13 tahun kot dia jadi bongsu, dan 13 tahun juga la aku panggil 'adik' ingat senang nak tukar ke panggilan lain... bila dah dapat adik baru kekok nak panggil adik.. dan skang aku dah terbiasa panggil adik solehah dengan panggilan 'putih' hihihi

Kenapa putih? Aku la start panggil 'putih pungguk' nama yg selalu mak abang panggil masa abang kecik2 dulu, aku plak terpanggil adik camtu, balik kampung ja panggil 'manaaaa putih pungguk kak ni', hihi, terus lekat panggil putih..;-p

Kebetulan plak skang tengah pemes lagu putih2 melati, aku balik ja mesti nyanyi lagu ni kat adik, tapi ambik chorus ja la...hihi

Lirik Lagu Putih Putih Melati - ST12

Siapa bilang aku seperti dia
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar-benar cinta
Kerna kau tak seputih melati

Kalau ada hitam pasti ada putih
Jika hatimu kelam tak mungkin bersih
Tak usah kau lanjutkan ‘tuk berbagi kasih
Kerna kau tak seperti melati

Chorus
Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima

Dengar lagu ni mesti ingat adik solehah..huhu

Ni dia my sleeping beauty...

Sucinya muka  budak2 kan, patut la orang kata sehalus kulit bayi...


"SEGMEN: KAMI & BLOG AWAK!"

Segmen ini dijayakan oleh CCK, Aisya Humaira, FizGraphic dan Cik Lyeen
KLIK BANNER UNTUK JOIN..

TARIKH BERLANGSUNGNYA SEGMEN
11.00 MALAM (19.04.2013) - 11.00 MALAM (20.04.2013)

JOM PAKAT2 JOIN..;-)

19 April 2013

DAH KE TENGAH LAUT..

Banyak malam juga la dapat sms abang, dapat kol abang, sebabbbbb, kapal abang keja tu rosak, jadi diorang mendarat kat port untuk baiki kapal, ada la line, tu yang boleh kol o sms tu, hihihi, entry pun kureng sedey sikit, hihi...

Hari ni 19 April 2013 Jumaat aku kol abang dari pagi tak dapat, mesej tak sampai... macam dapat agak ja abang dah g tengah laut sebab abang ada gtau kapal dah ok dalam 1,2 hari lagi bertolak la g tengah laut...

Tadi on fb, ada msj, huhu betul abang dah g tengah laut, dah tak boleh msj, dah tak boleh kol, dah tak boleh dengar suara abang... tapi alhamdulillah masih boleh contact guna fb, tadi sempat chat dengan abang, kebetula kami online sesama..terima kasih ya Allah...


abang hantar petang tadi, tadi dalam kul 9 camtu chat dengan abang..;-)
abang pun tak sabar nak habiskan projek ni sebab boring sangat... 
aku plak tak sabar nak cuti lagiiiiiiiiii.....
tengok yer tengok yer...

29/4 isnin, petang dah boleh balik sebab selasa aku takdak kelas..
30/4 selasa memang takdak kelas
1/5 rabu, cuti hari buruh
2/5 khamis kelas, ikhtiar la p camna pun, UUM kan, haha
3-4/5 jumaat sabtu dah mmg cuti
5/5 ahad MENGUNDI
6/5 isnin cuti
7/5 selasa aku memang takdak kelas, malam tu la baru datang...hihihihihihihi.... BESTNYA STUDY NI SEBAB CUTI YG BANYAK........... KLU KEJA DAH TAK DAPAT DAH CUTI2 CAMNI ....... kannnnnn...

Rindu sangat kat abang...............hukhuk

Doa untuk abang,
Ya Allah selamatkan dia walau dimana pun dia berada, permudahkanlah segala urusan dia, lindungilah dia, tenangkan hatinya, lapangkan dadanya, amin...

Segmen : Gadis Blogger DSLR

klik SINI untuk join..;-)

Assalamualaikum w.b.t

Apit buat segmen lagi...............;-)

SYARAT-SYARAT

1. Buat entry bertajuk Segmen : Gadis Blogger DSLR
2. Tempek banner kat atas dan backlink ke entry segmen nie.
3. Follow blog www.fizgraphic.com dan like page --> TEKAN
4. Sertakan Nickname, pilih warna tudung dan baju untuk doodle.
5. Tag 2 rakan blogger yang lain (pastikan depa taw)
6. Tekan button SHARE FACEBOOK di atas.
7. Copy link entry dan hantar ke ruangan komen di entry nie.

TAMAT : Tak sampai 24jam sahaja aku buat. Join jangan tak join ye. 


1.done
2. done
3. done
4. EZYRA tudung ungu,baju kuning
5.TAG, CIK AKAK & NABILA
6.done
7.done

JOM PAKAT2 JOIN..;-)

Bila cik P datang..

Bulan ni seperti biasa, tapi aku dah prepare awal2.. malam aku rasa kurang selesa, dan sakit yg non stop, aku terus makan ubat, sampai ke pagi aku masih terasa keadaan tu, salunya tanda2 tu 2,3 hari sekali ja sebelum cik p datang...

Keesokannya 18 April, pagi, yes ternyata cik p datang, tapi aku takda la teruk sangat sbb aku dah stanby makan ubat malam tu.. aku perlu g klas, sbb dah 3 kali aku ponteng, 1st aku sakit kepala yg teramat, 2nd, cik p datang aku makan ubat lewat, 3rd masa mak sedara aku meninggal, suma kena kelas tu, pagi..kiranya 2 kali la aku xda surat, kalau aku tak p juga kelmarin maksudnya dah 3x, taknak aku, aku makan ubat sekali lagi dan aku gagahkan diri untuk pergi...huhu

930am-11am, 11am-1230pm, alhamdulillah aku mampu bertahan, balik tu tanpa dirancang aku n kakmas boleh plak tahan bas mara g changlun, dalam keadaan aku yg tengah sakit tu, haha, macam2 kan, sampai sana aku beli ubat lagi, makan ubat lagi sbb aku takut aku tak dapat bertahan, then kami g makan, pastu masuk c-mart beli barang, dalam sakit tu aku berjaya dapatkan apa yang aku nak sangat beli selama ni iaitu fabric starch!! ni haaa, imej aku curik dari google..

Banyak juga la aku beli, habis kat rm50 lebih juga termasuk tambang bas n makan, setelah hampir 3 jam, aku terasa sakit lagi, letih yang teramat aku duduk dan makan ubat lagi, penguat sementara nak sampai bilik, lintas ja jalan tengok bas dah jalan, kecewanya, alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami, ada sorang pakcik tanya nak balik UUM ka, kami jawab ya, jom rm3 sorang, tunggu lagi, dari nak tunggu bas lagi sejam baik aku naik ja keta pakcik tu, rm1 jer pun beza, tambang bas rm2. memang aku dah letih sangat, tu la degil tak dengar kata abang, abang cakap balik kelas suruh aku tdo, rehat, aku plak boleh gagah p changlun, memang carik pasal la.. balik tu aku mandi n terus tdo, lama sangat aku tdo...huhu

Malam tu sekali g aku sakit, tapi sakit gitu juga la, kul 2 aku baring 3.45 aku tak tdo lagi, tergolek sini tergolek sana, roomate aku dah lama tdo, mungkin sebab aku tak selesa kot sebab dok sakit perut, skang ni dok terasa lagi tapi tak teruk la, rasa gitu2 ja.. kalau dulu masa aku amalkan ubat klinik yg warna biru tu, aku sakit, makan nasi, makan ubat, tdo, dalam sejam o dua jam camtu aku bangun terus hilang sakit tu, tak rasa apa, lenguh ka, kejang ka, tak langsung, asa sihat ja, atas nasihat seseorang aku dah stop makan ubat tu, n skang aku ambik panadol ni....

google.
Emm, badan aku plak yang teruk, yerla, satu hari sampai 3-4 biji kena telan, rosak badan tau, huhu, entah la, aku dok rancang nak berubat kampung, nak p berurut plak, setiap bulan aku jadi fobia bila cik p datang, asa kelam ja dunia, 1 hari aku bazir kat tempat tidur ja, langsung tak boleh nak buat aktiviti apa, nak kena kirim makan kat orang, ishhhh, sampai bila aku nak nyusahkan orang?? setiap penyakit ada penawarnya, aku akan ikhtiar sampai sembuh, insyaAllah..... 

Nak tahu teuk tak klu aku tak makan ubat, boleh baca SINI..

Segmen Sahabat Selamanya by DiyanaHani






Segmen ini dianjurkan untuk merapatkan hubungan  silaturrahim sesama  blogger.Bak kata pepatah “ yang jauh,didekat-dekatkan, dan yang dekat,dirapat-rapatkan”.
Segmen ini diadakan selama seminggu,bermula pada 12/4/2013 sehingga 11.59 malam 19/4/2013.


Syarat yang perlu dipatuhi:

1)Mempunyai blog.
2)Follow blog ini dan like page blog ini.(kat sidebar)
3)Follow dan like sponsor.
4)Copy coding yang telah disediakan dan pastekan di ruangan HTML.
5)Letakkan URL entri di ruangan komen. 

Sponsor:

Blog
Vanida/Ismah/Aimi

Page:



Copy Coding ini:

Hadiah yang bakal dimenangi:

Peplum(1),Keychain.(3),Pashmina.(1),Kerongsang.(1),Review blog.(5),Topup RM5(2),Header(1),Cursor(1)
Pemenang akan dipilih melalui top referral dan cabutan bertuah oleh saya sendiri.


Segmen Sahabat Selamanya by DiyanaHani di jayakan oleh DiyanaHani,The Rossele,Ismah, Vanida,dan Aimi

Segmen copy paste ini inspired by Kak Mia Liana.

Diharap semua blogger sudi merajinkan diri menyertai segmen ini.
Jangan lupa blogwalking untuk mencapai tujuan utama segmen ini diadakan.

Apa tunggu lagi..Klik banner dan Join!
p/s: Kalau tak boleh klik banner.Klik kat ayat bawah banner tu k.





18 April 2013

SEGMEN: KENANGAN TERINDAH BY USU

klik SINI untuk join.....;-)
Syarat-syarat yang dicopi terus dari blok kak Usu
  • Warganegara Malaysia
  • Semestinya Follow blog Usu..yang dah Follow, abaikan syarat yang ini
  • Buat satu entry bertajuk SEGMEN : KENANGAN TERINDAH...by Usu
  • Jangan lupa...tempek doodle burok Usu kat atas tu dalam entry korang..
  • Dan.....dalam entry korang tu...korang kena letak SATU PHOTO..dan ceritakan serba sedikit kenangan terindah korang disebalik photo itu...takde idea nak buat cerita..???heheh..takpe..korang buat puisi, sajak, pantun or apa2 sahaja yang mudah bagi korang k..
  • Backlink kan entry korang dalam kotak komen entry ini sahaja..

INI ADALAH KENANGAN INDAH AKU....;-)

Pastinya saat paling indah dalam hidup aku adalah tahun 2005, saat cinta berputik, saat cinta bersemi, ya Allah indahnya! Dan dia tahu itulah kenangan paling manis dalam hidupku…

Kami hanya sekadar kawan, atas dasar hormat kerana usia abang lebih tua dari aku, kami jadi adik dan abang, aku menghormati dia, kerana aku tahu dia sudah berpunya, kami sekadar kawan, aku dengan hidupku dan dengan hidup dia..

Takdir Allah siap terduga 17 Mac 2005 dia ajak aku keluar, kenapa, rupanya hari itu merupakan hari paling sedih buat dia, kekasih hati yang dia cintai mohon untuk mengundurkan diri, tanpa sebab dan alasan, 10 tahun menyemai kasih akhirnya si dia beralih arah, aku nampak kekecewaan di mata dia, kesedihan dan betapa dia rasa kehilangan…

Dari hari itu kami menjadi semakin rapat, aku tempat dia meluah segala rasa, bercerita kenangan manis bersama si dia, kisah percintaan mereka, dan aku hanya menjadi pendengar yang setia…

Hari berganti hari bulan berganti bulan, mesej dia, cara dia, memberi aku satu harapan, namun aku tidak terlalu mengharap, kerana aku sedar siapa aku, hubungan kami kini menjadi satu teka teki, dia berjaya meneka yang aku sudah jatuh cinta, dia juga, kiasannya cuma belum tiba masa untuk dia mengungkapkan segala-galanya, ya Allah terima kasih atas rasa itu…

Aku, aku hanya seperti biasa, aku seorang perempuan, dan tak mungkin aku yang memulakan, dia seperti biasa, dari adik kekadang bertukar sayang, menambahkan lagi bunga di hati ini, aku tetap berlagak seperti biasa…

17 Jun 2005, tarikh keramat dalam diari hidupku, yang tak mungkin aku lupa, akhirnya dia akur, dia sudah jatuh cinta, dan dia harus memulakannya, ;-)

Kami saling jatuh cinta, atas keperibadian masing2… itu la satu anugerah yg paling indah dalam hidupku, perasaan itu, rasa itu sukar untuk aku ungkapkan dengan kata2…

Itulah kenangan terindah dalam hidupku, iaitu saat aku jatuh cinta, alhamdulillah cinta itu hingga ke jinjang pelamin…dan doakan cinta ini hingga ke syurga..amin..;-)

Nukilan untuk si dia,

Abang terima kasih kerana mencintai dan menyayangi diri ini seadanya, sungguh aku bahagia, memiliki cintamu, dan aku bersyukur kini aku menjadi milikmu, moga jodoh ini kekal hingga ke syurga, kerana aku masih mencintaimu seperti dulu, malah lebih dari itu,  hidup ini lebih indah dengan adanya kamu..;-) thanx 4 everything my love, Mohd Ezri Ramli…

Lagu ini untuk kamu April 2005

Entah Mengapa
Ku Rasa Tak Menentu
Semenjak aku
Mengenali Dirimu Sayang

Terbayang-bayang
Wajahmu Di Mataku
Hingga Tersentuh Rasa Indah Di Kalbu


Apakah Ertinya
Aku tak tahu mengapa aku rindu
Inginku curah tetapi rasa malu


Cubalah engkau mengerti isi hatiku
Di dalam diam aku menyintaimu

Ku harap kau faham perasaanku
Yang kini dilamun rindu padamu


Sungguhnya aku telah jatuh cinta
Oh, indahnya bila bersamamu

Moga kau dapat terima
Cintaku dengan ikhlasnya
Janganlah engkau sia-siakan
Harapan dan impianku..

Setiap detik bersama kamu adalah kenangan terindah dalam hidupku...---<--{@


pengumuman penting....
  • Segmen akan tamat pada 25 APRIL 2013 / 11.59 p.m
  • Segmen ini akan terbatal sekiranya peserta kurang daripada 20 orang
  • Hadiah akan ditambah sekiranya mendapat sambutan yang menggalakkan
  • Pemenang akan ditentukan oleh BFF Usu(sebab mereka adalah sponser utama dalam segmen) dan melalui Random.org
JOM PAKAT2 JOIN..;-)

17 April 2013

10 PERKARA YANG ISTERI SUKA SUAMI BUAT:

WALLPAPER ROOMATE AKU B217..CUTE KAN, STEAKER 1 BARANG 1 RINGGIT JA..;-)

10 PERKARA YANG ISTERI SUKA SUAMI BUAT:


1. "Saya suka suami mencium saya bila nak pergi kerja"
2. "Saya suka suami saya selalu memeluk saya"
3. "Saya suka suami saya peluk dari belakang dan mencium pipi saya sambil berbisik-bisik di telinga"
4. "Saat yang paling gembira bagi saya adalah ketika tangan saya dipegang erat suami"
5. "Saya suka suami membuat saya senyum dan ketawa"
6. "Saya sangat suka kalau suami saya selalu ucap i love you pada saya"
7. "Saya rasa terharu bila sekali sekala suami masak untuk saya"
8. "Saya suka suami senyum pada saya"
9. "Suami saya jarang memuji saya. Saya suka kalau dipuji"
10. "Saya harap suami saya selalu menghubungi saya"

  1. Alhamdulillah setiap kali abang nak keluar aku akan salam cium tangan abang dan abang akan cium aku
  2. Hahaha, aku yg salu peluk abang, kekadang perangai aku macam budak2, ngee~
  3. kekadang tu, sweeett sangat tau...hihi
  4. ya! mmg pun, asa berderau darah n hepi sangat, berbangga sekejap, ngee~
  5. mesti la, sapa tak suka kan, tapi aku lagi suka tengok abang senyum dan ketawa, bahagia sangat rasanya..
  6. hihihi, tetap la, "syg bb" tu la ayat rasmi abang...;-)
  7. memang pun, hari tu abang goreng telur kat aku!! thanx cyg! hihi
  8. yaAllah senyuman tu la yg buat jantung aku macam nak terkeluar, cair macam lilin ja hati ni..hihi
  9. puji selalu nampak macam tak ikhlas plak kan, klu jarang ni bila sekali sekala dipuji makna kata memang ikhlas la..senyum sampai telinga, haha
  10. boleh mengharap ja, kalau kat laut tu mengharap dan terus mengharap..huhu



14 April 2013

Rezeki awal tahun ni.....;-)

Entry kali ni nak cerita tentang hadiah2 yang dah sampai ;-)
Dari akak usu umiet
 
 COMEY SANGAT2 TAU, HIHI, TERIMA KASIH AKAK!!

Dari FD
BAJU JA, TUDUNG TU AKU MATCH SENDIRI LA..
AKU DAH RASMI BAJU NI P KUALA PERLIS, CER TGK ENTRY INI, HIKHIK
Tq FD cantik baju ni..;-)


CANTIK KAN, AKU SENDIRI YG REQUEST WARNA HITAM, BAJET TAKNAK KOTOR, HIHI

Suma cantik2 dan aku suka.. ;-)

ALHAMDULILLAH, semua ni hadiah aku join GA, cut sem hari tu kan aku giat join GA,SEGMEN N CONTAST, haha, kalau nak sejarah berulang tunggu la cuti sem kali ni plak, lagi lama, 2 bulan, sedap la aku nak join..... Tapi rezeki tu ,masing2 la kan, aku tak kisah pun, ada rezeki ada, takda takpa, bukannya masuk suma ni nak mengharapkan menang semata, masuk 1st tujuan nak support rakan2 blogger n tambah kenalan...kalah menang kan adat permainan...;)

13 April 2013

kat U dah..

Emm, ayah mertua, mak mertua n adik ipar datang hantar tadi, abang? abang takdak, kat laut, hari ni tak contact 2 hala lagi dengan abang, aku on fb, ada mesej dari abang tapi abang tak on, aku reply, macam tu la kami, huhu.

Nak sambung ringkasan percutian aku tanpa abang,..huhu

10 April 2013 Rabu
Aku kat rumah abang, petang tu bodek ayah ajak g makan sotong goreng tepung kat kuala perlis, ayah macam berat ja nak g sebab khamis adik sekolah, last2 adik gtau takpa, dia teringin nak makan, ayah pun on la, kelam kabut la kami 3 orang siap, aku adik n mak, ayah tu siap jap ja..8 lebih kami bertolak..jom layan gambar..hihi
AKU..
ADIK HAZIRAH
AYAH & MAK

ORANG KEDAH & PERLIS MESTI TAU RESTORAN NI..;-)

ISI UDANG LIPAN GORENG CABAI KERING

SOTONG GORENG TEPUNG..KEGEMARAN AKU DULU KINI DAN SELAMANYA, HAHA
DAH KEGEMARAN TARUK GAMBAR LEBIH SIKIT, NGEE~
JENAHAK MASAK STIM, SALU KAMI AMBIK SIAKAP, UBAH SELERA PLAK KALI NI..
Ok, ni jela yang sempat aku tangkap kalau perasan gambar last tu ada kerabu mangga n air oren jus, kira kami makan malam tu 4 orang 4 jenis lauk, nasi n air, rm90-rm100, ok la kan, sedappppp..hihi,

Aku gtau abang kami g kuala perlis, abang cakap nanti abang balik kita p lain, nak makan sedap2 dok sini makan untuk hidup ja..huhu, kesian abang, abang ada gtau makanan atas kapal tak sedap, tak kena dengan selera, bukan abang sorang, semua cakap camtu.. makin kurus kering la abang pasni..

11 April 2013 Khamis
Cadangnya petang tu aku nak balik umah aku, tapi ralit sangat petang tu hujan, huhu. Hujan petang tu bukan hujan biasa tau, hujan yang lebat sangat2! dengan angin kuat, kilat guruh, takut sangat, air masuk habis dalam rumah, ikut pintu depan n tingkap, kira air hampir sampai ke pintu bilik aku n abang la, memang dasat gila, lebih kurang kul 6 tu baru stop, pastu dengar la bumbung rumah orang terangkat, kesian sangat, alhamdulillah rumah kami xda apa.

12 April 2013 Jumaat
Pagi aku bangun mandi, basuh baju, kemas rumah n tunggu mak balik dari ngaji, dah siap nak balik sana dah, hihi, kan kelmarin tak jadi, mak balik, sembang dulu dengan mak, kul 11 tu mak g ambik adik ngaji, pas mak balik aku pun balik la...Rindunya kat adik solehah!!

13 April 2013 Sabtu
Lepak kat rumah aku, main dengan adik solehah sepuasnya, last dah, seminggu lagi plak baru nak jumpa,huhu..dalam 3 lebih bertolak balik rumah abang sebab ayah nak hantar datang U, ayah aku sibuk, tu kena ayah mertua yang hantar tu, nggeee~~ suma ikut, mak n adik hazirah...

skang aku kat meja study tengah taip entry ni dan akan di publish jap g, psssssssssssss..tengah aku taip entry ni,ABANG ONLINE!! tengok ni tengok ni!!


Sempat g print screen n edit bagai, haha..Tengokkk, HIJAU kan..salu nama abang naik tanda handphone macam kat nama Nur Diana Rozali tu ja, bila naik HIJAU BULAT camni memang teruja la aku!!

K la dah panjang sangat dah ni..hihi, bila mood rajin.........


CUTI DAH HABIS...;-(

Hmm, ntah la, hari ni hari terakhir aku kat rumah, cuti dah habis, bosan sesangat nak balik U, seriusly!! hukhuk, asa macam nak nangis ja, jadi macam budak2 sekolah nak balik asrama, huhu.

Ini ringkasan aktiviti sewaktu cuti sem aku..

4 April 2013 Khamis
Aku balik kg. ayah awang datang ambik kat U, sebab barang banyak ak bawa balik, tak mampu den nak hangkut naik bas, hihi, sampai dalam kul 6 camtu kot kat rumah, lepak2 kat rumah. 

5 April 2013 Jumaat
Aku balik rumah aku dengan adik Hazirah (adik ipar aku), saja bawa dia, boring kat rumah, aku plak nak keluar dengan zuni. Dalam kul 11 camtu zuni datang ambik aku, kami keluar p Alor Setar, cari hp, n jalan2, balik dari alor setar tu aku balik tdo rumah abang.

6 April 2013 Sabtu
Pagi tu aku balik rumah aku sekali lagi sebab ada kenduri arwah Wa aku, tapi aku balik sorang ja tak bawa adik hazirah sebab aku nak tdo rumah aku, adik hazirah tak boleh ikut sebab dia sekolah. Habis kenduri aku balik lepak rumah aku layan cerita hindustan, SHAHRUKH KHAN berlakon, BESTTTTTTTT.. hihi. Layan    sampai kul 5 dalam kul 6 zuni datang ambik aku,kami keluar p alor setar p beli hp zuni n tukar kasut. kul10 juga la baru balik huhu, (ABANG TAHU OK, AKU KOL GTAU ABANG) balik malam mesti la kena gtau, kang orang lain nampak aku keluar malam jadi fitnah plak, baik aku gtau abang siap2. Makan McD, hihi, nak tunggu abang balik lambat sangat, makan la dulu, nnt abang balik ajak abang g makan plak..;-)

aku & zuni kat McD, malam..........;-)

kami makan hidangan ni,jimat.........hihi
6 April 2013 Sabtu - 9 April 2013 Selasa kt rumah aku... main dengan dik Solehah tak hengat dunia, haha

ADIK PUTIH AKU!!!
NURAISYAH SOLEHAH....;-) 17 APRIL 2013 NI GENAP LA 9 BULAN..hihi

*10 April 2013-13 April 2013, next entry plak yer, dah panjang ni,hihi

Giveaway Lestari April

klik SINI untuk join...
Syarat :
~~Buat entry bebas yang bertajuk Giveaway Lestari April
~~Letak banner di atas dalam entry yang dibuat dan linkkan ke entry ini.
~~Follow Blog Kasih Lestari Abadi
~~Letak URL entry  anda ke ruang komen di bawah.Hanya yang letak url di ruang komen sahaja akan dianggap peserta.

Tempoh Giveaway:
2 April - 22 April 2013

Pemenang:
5 orang pemenang akan dipilih.Hadiah akan ditentukan kemudian....
Pemenang akan dipilih menggunakan random.org

Simple ja syarat-syarat dia kan, jom pakat2 join..;-)

11 April 2013

Doodle cun dari rakan blogger.


1st of all, tq very much kepada apit, cun habis la doodle ni, hepi sangat akhirnya tiba juga giliran aku, cantik kan cantik kan, hihi...
EZYRA? Gabungan nama aku dan abang, EZRI + IRA, hihi. IRA? jarang sangat2 orang panggil aku IRA, zaman2 sekolah dulu ja, tu pun 2-3 orang ja, taknak bebel panjang2 sebab banyak keja nak buat ni..aku suka sangat doodle ni, tq apit!!


FizGraphic Dot Com
klik banner untuk terjah blog apit..

10 April 2013

pesan abang...

"hanya yang lalui je tau.ignore je whatever people 'round u 
gonna say...and i like it that way...;-]"

Kat atas ni kata2 abang kat aku... aku setuju, bagi aku nak romantik biar bertempat, jangan sampai orang menyampah tengok kita...;-)
Yang penting dah halal...........;-)
See, haha kan dah kantoi betapa bezanya ketinggian kami berdua, ngeee~ tak kisah asalkan hidup bahagia...

9 April 2013

My dear...

Selasa 2 April malam abang bertolak ke Kuantan.. Jadi cuti sem kali ni tanpa abang.. Alhamdulillah, aku masih boleh contact dengan abang sebab kapal abang tak bertolak ke laut lagi, sampai la hari ni, dan mungkin hari ni hari terakhir aku dapat dengar suara abang sebab tengahari tadi abang kol gtau kapal dah start gerak slow2..huhu..

Aku tanya abang macam mana rupa kapal abang dok skang, dan abang bagi nama dia suruh search dalam tenet, senang, aku pun search la, ni dia rupa kapal yang abang dok skang, lebih kurang la..

google search

Ni pula pic abang yang kebosanan dalam kapal tu, ngee~ yerla seminggu kan dalam kapal tu, tak p mana, keja plk makan tdo ja...;-)

my dear..;-)

Pic ni aku copi dalam fb abang, aku dah mintak izin tau nak tempek gambar ni dalam blog, abang kata, ok. haha, komen tentang pic ni, abang nampak cool sangat, lebih muda dari usia sebenar, pic ni macam gambar abang di awal 20an dulu, haha, kembang semangkuk la klu abang baca komen aku, aku tak komen direct pun kat abang, aku just komen dalam blog ni ja..;-)

Kapal dah start jalan, pasni fb la tempat kami berhubung, tu pun tak tentu, aku on abang tak on, abang on aku plak tak on, kalau on 2,2 tu secara kebetulan ja..huhu..

Apa pun aku doakan abang selamat, dijauhkan daripada segala bencana, amin..

Aku cuti sem 4 April-13 April

6 April 2013

FIRST GIVEAWAY BY WANA OWEN

klik SINI untuk join..
Tarikh tutup pada 20 April 2013.

JOM PAKAT2 JOIN...

1st Giveaway By Emas Putih

As-Salam
Hari ni uzu nak lancar 1st Giveaway kat blog uzu. Dijemput join dan support Giveaway uzu ye.
Mana tau rezeki korang kan. Mudah-IIan :)
 1st Giveaway akan berlangsung pada 04 April - 17 April 2013/11:59pm

SYARAT-SYARAT
1. Buat entry yang bertajuk 1st Giveaway By Emas Putih
2. Follow sponser, Like fanpage, Klik iklan, Klik G+ dibawah (wajib akan diperiksa)
 3. PALING WAJIB Copy coding entry kat bawah dan Paste ke Html post

Coding Entry


[1. klik pada Html 2. paste coding entry 3. tekan compose . 4 klik publish]
copy coding entry ini di credit kan ke Mia Liana

Follow blog Sponser
Banyak sangat nak follow? Anggap je korang sedang berblogwalking and sambil menang hadiah.
Tak rugi ape pun kan . Dont worry diorang akan follow korang balik.
Like Fanpage Sponser


Klik Iklan Sponser
(Tunggu sampai habis loading) <-- data-blogger-escaped-jujur="" data-blogger-escaped-nbsp="">

Follow G+ Sponser



HADIAH-HADIAH

Top Referral
1st  Cash RM 30 
2nd Topup RM10

Hadiah Random
Domain (com/net/my) x 3
Banner 300x90/sebulan berharga RM100 di Ping.jer x 1
Bisness Card x 1
Bedak Arab x 2
T-Shirt Terengganu x 2
Beg x 2
Shawl x 3
Tudung Bawal x 3
Maskara Fiber berharga RM45 x 1
1x BB Cream Skin79 5g x 1
Necklace Vintage x 3
10 broochs x 2
Topup RM5 x 15
Topup 3 x 1
Buku "Aku Terima Nikahnya" x 1
Buku Diary of a Wimpy Kid : The Third Wheel by Jeff Kinney berharga RM48.50 x 1
Buku Ilmiah x 1
Bookmarks Eksekutif x 5
Frame x 1

Klik untuk melihat -->GAMBARAN HADIAH

Terima kasih kepada sponser-sponser yang sudi menaja 1st Giveaway by Emas Putih ini.