9 March 2013

KAGUM DENGAN BLOGGER LAIN

Jujur aku sibuk sangat skang, sampaikan aku rasa takdak masa nak berblogging, kebetulan pula GA aku tgh berlangsung, memang tak kena pada masanya, jadi aku sendiri kurang mempromosikan GA aku, tapi aku tetap bersyukur kerana masih ada yang sudi nak join, hanya tinggal lebih kurang 1 minggu ja lagi.

Kini aku tahu betapa sukarnya kita nak bahagi masa untuk berblog, mencari idea dan membahagikan masa untuk menulis, blogwalking dan komen2, aku sangat kagum pada blogger2 yang mampu untuk menyiapkan entry setiap hari, sekurangnya satu entry. Mereka terdiri dari surirumah yang punya pelbagai kerja, yang punya anak2 kecil, sedang aku hanya seorang pelajar. 

Dulu aku mampu untuk mengadap laptop dan membelek2 serta berjalan2, entah mengapa sekarang aku terasa bagaikan seorang perdana menteri yang tersangat sibuk menguruskan hal negara, haha.. Aku aktif blog masa cuti sem hari tu memang patut pun aku punya begitu banyak masa untuk membelek laptop..

Terima kasih kepada pembaca setia walaupun hakikatnya entah tiada, terima kasih yang sudi mengunjung, terima kasih yang sudi mengomen, aku masih baru, dan belum mampu untuk jadi yang terbaik, tapi aku rasa ok sangat2, sebab aku menulis hanya kerana minat.

*Tentang GA, tak kisah berapa orang yg menyertai ia tetap berjalan, dan hadiah tetap akan diberikan, kerana ia adalah satu penghargaan.

2 comments:

  1. alamakkkk akak xjoin lg... nanti akak cari ms untuk join yer... esok akak blik kg sampai selalu.. kalau free, akak join tau...

    ReplyDelete
  2. akak pun skang ni bz sangat xdan nk bw la balas komen pun semput2 lagi ni tau

    ReplyDelete