Terima kasih ya Allah kerana Engkau masih limpahkan kasih sayang di dalam hati aku, ternyata walaupun pedih dan sakit perasaan tu tetap sama, lunak suaranya sudah mampu buatkan hati ini cair bagai lilin, itu la aku. Aku tidak meminta lebih, cukuplah sekadar kasih sayang. Aku berjanji sesuatu, dan aku akan tepati janji itu. Walaupun apabila aku menepati janji itu hidup aku akan terasa sunyi kembali, sendirian, kesorangan. Biarlah aku simpan rindu ini, biarlah aku pendam perasaan ini. BLOG tempat aku meluahkan segalanya, isi hati yang terpendam, bagi yang sudi membaca, terima kasih, anggaplah ini sebuah diari kehidupan seorang insan. Ada bahagia ada air mata, kerana kita hidup ibarat roda yang punya hukuk karma. Penulisan diary ku gantikan dengan penulisan di blog ini. Ya aku memang suka menulis, walaupun hasil penulisan aku tidak sehebat karyawan negara, cukuplah untuk aku sendiri mengerti apa yang aku tulis mengenai kehidupan ini. Saat ini detik ini aku sangat merindui seseorang, sedangkan lidah lagi tergigit, itula perumpamaan yang terbaik untuk huraikan tentang apa yang aku alami sekarang. Moga segalanya kembali seperti sediakala. Aku rindukan dia yang dulu, moga Allah kembalikan dia yang dulu untukku. Penuh kemesraan dan kasih sayang. Hanya itu yang aku harapkan. Amin.
rindu kat sapa ni... moga hubungan tu kmbali sprti sediakala
ReplyDelete@IntaNBerliaN
ReplyDeleteseseorang yang dekat tapi asa jauh, huhu,
terima kasih akak, amin...