Aku tak tau apa nak tulis dalam
blog aku.. apa aku nak cerita.. terfikir juga kalau la zaman aku bercinta dulu
aku dah pandai kelebek blog ni.. confirm hari2 aku update.. luahan hati aku
yang berbunga2.. Tuhan ja yang tau bahagianya waktu bercinta dulu.. anugerah
yang sangat3 aku hargai.. kenangan aku.. perasaan tu hadir bukan
dipaksa..bagaimana kita selalu ingatkan dia.. rindukan dia..mengharapkan dia..
percayakan dia.. sayangkan dia.. memang angau habis la.. paling best sebab
waktu tu takdak lagi frienster ka.. facebook ka.. jadi takda benda yang kita
dapat tau apa yang dia buat kat belakang kita..dalam hp kita bukan dapat check
kan..jadi dalam percintaan itu hanya ada dia dan kita ja.. hari2 mesej.. hari2
kol.. kalau merajuk atau gaduh pun takkan lebih dari 1 hari.. sweet kan..
Sekurangnya aku pernah rasa bagaimana
mencintai dan dicintai kembali.. bagaimana perasaan yang kita bukanlah bertepuk
sebelah tangan.. bagaimana perasaan ada orang lain yang mengharapkan cinta
kita..bagaimana perasaan ada orang yg takut klu kehilangan kita.. takut kalau
kita tinggalkan dia.. bagaimana perasaan bila kita diberi penuh perhatian tanpa
perlu menagih… asa selamat bila kita dengan dia.. rasa dilindungi.. dia beri
aku keyakinan untuk diri aku sendiri.. langsung dia tidak memandang akan
kekurangan aku..dia berjalan seperti biasa... buat aku rasa selesa di
sampingnya…
Ya Allah.. indah sangat perasaan tu..
rasa diri sangat dihargai.. rasa diri kita begitu berharga untuk dia.. aku
bahagia saat tu.. terlalu bahagia.. terima kasih yaAllah kerana engkau pernah
memberi aku kesempatan untuk menikmati cinta dan kasih sayang dari dia..
merasakan perhatian dari dia.. itula pertama kali dalam hidupku aku merasakan
diri ini dihargai..kenangan itu akan aku abadikan dalam ingatan ini hingga
akhir hayat aku.. mencintai tak semestnya memiliki,memiliki juga tak semestinya
mencintai..
Buat dia... walau bagaimana pun
perasaan dia terhadapku kini.. ketahuila.. aku masih insan yang sama yang
mencintai dia.. dari zaman sekolah..zaman poli sampailah ke university.. hanya
dia yang aku cinta.. kerna melalui dia aku mengenal erti sebuah perhubungan,
melalui dia aku mengenal erti setia, melalui dia juga aku mengenal cinta
sejati..
sweet..(^_^) |
No comments:
Post a Comment