6 April 2015

YANG BELUM TERIMA HADIAH SEGMEN PROJEK SYUKUR

Ok, pagi ni nak buat pengumuman, kepada sesapa yg belum terima hadiah, atau belum bagi detail untuk aku post hadiah, boleh bagi, hadiah untuk segmen PROJEK SYUKUR yang aku anjurkan pada FEB lepas, ada lagi yg belum bagi detail sebenarnya, ada lagi 6 orang peserta, aku dah post 13 orang dah. Yg dah bagi detail tapi belum terima pun boleh contact aku balik, takut aku terlepas pandang. OK. TQ. ;-)

Kan semua peserta akan dapat hadiah saguhati..;-)
SENARAI PESERTA BOLEH KLIK SINI

5 April 2015

Lelaki busuk??



Tajuk tak boleh blah kan..
Hihi, ada kisahnya. 

Sejujurnya aku memang tak boleh bau badan lelaki atau perempuan yg busuk. Entry kali ni aku nak cerita bab lelaki. Yes, ada banyak jenis manusia, ada yg badan dia semula jadi takdak bau, ada yang jenis kena pakai diadoran selalu, ada yg jenis bau kuat yg teramat.

Sungguh aku sangat2 stress bila berhadapan dengan lelaki yg berbau, bukan nak hina, tapi itu kan atas diri, boleh jer pakai diadoran, boleh jer sembur minyak wangi, paling teruk time naik bas, masyaAllah. Azabnya sementara nak sampai ke destinasi, tapi mostly masa aku study dulu, lelaki melayu jarang berbau, suma wangi2 ja, yg nak bau teruk student foreigner, sori to say, yg belah2 arab tu, pergh!!

Ok, cerita bab bau ni, ada sorang mamat aku kenal, aku tak tau la apa masalah dia, tapi badan dia macam orang tak mandi, huhu, jujur yer aku bukan nak hina dia, just untuk pembaca ambil ikhtibar jer, lagi pun aku tak dedahkan sapa mamat tu. Logik kalau dah tengahari badan berbau, ni pagi2 buta pun dah bau, hadoi, camna bini dia boleh tahan? Tak tau la kot dengan bini dia, dia wangi kan, aku bukan la demand nak orang wangi ja kalau nak dekat dengan aku, tak wangi pun tak pa, asalkan tak busuk, haha.

Rimas kalau dekat tau, aku cover2 tutup hidung, kang dia terasa pulak kan, tapi memang tak tahan la, tambah keadaan aku yg macam ni, silap2 mau aku muntah depan dia, huhu. Badan manusia semua ada bau, ikhtiar la, letak diadoran ka, kapur makan ka, masa mandi tu tenyeh dengan limau purut ka, masa nak datang kerja, sembur la sikit perfume, minyak atar yg sebotol RM7 pun wangi tak sangga kalau calit secoet. 

Korang2 yg lelaki ni tolong yer, jaga bau badan, pompuan tak suka tau lelaki busuk!! Ngeh ngeh. Yg pompuan pun sama juga la, nak tau bau badan sendiri, bila buka baju cium kat bahagian ketiak, kalau berbau tu, sendiri mau ingat la, kita bau pun nak muntah, apatah orang sekeliling, nak makan pun hilang selera tau!!

2 April 2015

BLURRR

Sekarang tengah cuba untuk update blog setiap hari, insyaAllah. Tapi tu la, macam blur ja tak tau nak update apa, dulu penuh ja idea, macam2 aku nak cerita, sekarang macam kosong pulak kan, patutnya banyak share la sebab dah ada Ainul, haha.

Ok sebelum aku merapu dengan lebih lanjut, aku dah rancang untuk adakan balik “Keychain Mini GA” nak sambung balik yg tergendala dulu. Sebab stok keychain aku dah banyak, dari Sarawak ada dari Perak pun ada. So, sesapa nak join senang ja, just tinggal link blog anda kat ruangan komen, klik 2 iklan aku, settle, xyah buat entry. Simple. Macam biasa juga la, ia akan berlangsung pada setiap 27hb sempena tarikh ulang tahun perkahwinan kami.

29 March 2015

HAI..;-)

Sungguh lama kali ni aku menyepi, pasti ramai yang rindukan aku kan, muahahaha, perasan pi la sorang2...

Hampir sebulan aku menyepi, sebenarnya aku menyepi kat blog jer, kat FB aku aktif ja berniaga SHAKLEE, hihi. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya, bonus makin masyuk. Hepi sangat!!

Banyak gila benda terjadi dalam hidup aku, MAC yang sangat memberi kesan buat aku. Ada suka! Ada duka! Dan keduanya sama tara timbangannya. Luka yg teramat2, suka yg teramat2..;-)

Ainul??

10 bulan dah.. check up 24.3.2015
Berat 7.3kg
Tinggi 65cm

Perkembangan,

Dah boleh merangkak
Dah pandai merabat
Dah pandai bye bye
Dah pandai nyebai bila nak sesuatu atau org ambik sesuatu yg dia pegang
Dah kenai orang
Dah pandai goyang2 badan bila aku zikir..;-)
Dah sunat!! 28.3.2015 hihi

Abang??
Habis dah projek kat Penang
Sekarang dok rumah tengah tunggu panggilan nak naik laut, huhu

Aku??
;-)
Next entry la cita pasal aku, kang ada yg muntah plak baca entry panjang2 walaupun tak la panjang mana?


Meh nak belanja pic sekeping..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™