28 December 2013

2nd Paper Done!!

Alhamdulillah selesai sudah 2nd paper, Kerajaan Tempatan, alhamdulillah boleh jawab, cuma tak aplikasikan ja akta2 yang baca, just huraian ja, hadoii. Harap lecture terima la jawapan karangan budak darjah satu aku tu, huhu

Maka dengan ini tamatlah peperiksaan untuk tahun 2013, oppsss, jangan salah faham, kita akan jumpa lagi pada exam yang next year punya, pada 4 Jan 2014. Latihan dalam Organisasi.

Hari ni habis ja paper, aku merajinkan diri untuk jalan kaki ke mall untuk bank in duit topup, kasi senaman sikit sebab lama dah tak berjalan kan, aku jalan slow ja, asanya kalau aku lawan dengan sang kura, mesti sang kura yang akan menang. Maklumlah pregnant woman, must be careful, (speaking oiii)

Nak tempek pic sebelum pi exam tadi boleh?
Pengakuan jujur, ni baju masa zaman poli dulu, dah 3 tahun dah, baju kesayangan aku, nasib la muat lagi kan, nampak tak perut? 16 week dah tau...;-)

Jom join MiniGA #5 klik------------->>>> Keychain MiniGA #5  tamat 2 Jan 2014

27 December 2013

Rumah sendiri, kenangan ku di Port Dickson


Teringin sangat nak dok berasingan, bukan ada masalah apa, cumanya nak ada kehidupan sendiri. Doa ku moga bila aku habis belajar nanti ada rezeki abang untuk kerja tetap di darat, dapat rumah sendiri.

Aku seorang perempuan, naluri ku ingin punya sebuah rumah yang aku boleh uruskan sendiri, yang aku bebas untuk perhiaskan apa pun.

Jujur, aku rindukan kehidupan aku di port Dickson dulu. Mac 2011-Jun 2011, andai saja di waktu ini abang membawa aku ke sana, pasti aku tersenyum bahagia, kerana aku sudah tahu bagaimana untuk menghiasi rumah itu, menyusun perabot-perabot yang ada, laman hadapan yang luas penuh dengan pokok kaktus aku.. ya Allah..

Masak untuk abang, tunggu abang balik kerja, keluar di hujung minggu, kekadang rasa nak nangis ja bila kenangkan kenangan di sana..

Aku tak penah pun berbincang dengan abang tentang hal ini secara detail dan serius, hanya sembang gitu2 ja, mungkin aku masih belajar. Jadi perkara ini tak sesuai dibincangkan, tapi perkara ini juga la yang sering menghantui aku, ke mana kami selepas ini, adakah masih menumpang di rumah keluarga abang?


Andai saja abang baca entry aku kali ni, ketahuilah betapa aku inginkan semua ini. Moga abang sudah ada perancangan untuk kami. amin..

Kenangan di Port Dickson.

Ruangan depan.. pintu masuk..
Sofa, tersedia dah masa aku masuk rumah ni, ehsan dari kawan abang.. bear dan spongebob kekal jadi peneman sampai sekarang, hihi
Kaktus kesayangan aku, ruang hadapan rumah yang luas! abaikan mesin basuh yang rosak tu, buat stor jer.
Sarapan aku setiap pagi, siap ada sudu n garfu, gaya omputih la kununnya.
Pemandangan pantai, dekat ja dengan rumah, dalam 5-10 minit ja..
Aku, 2011, masa ni nak kuar beli barang dapur dengan abang..;-)
Bunga ros tisu, buatan abang, cantikkan..;-) sofa koko ni pun dah tersedia masa aku masuk rumah ni.
Ni ja gambar kenangan yang ada, ruang dapur, ruang tengah, bilik aku tak ambik gambar pun, sayang sangat, tapi nak buat camna, benda tak jangka yang hanya 3 bulan ja nak menetap di sini..huhu. Rindu!! (T___T)

26 December 2013

Esok jangan lupa join Keychain MiniGA #5

Salam, kali ni rajin pulak kan nak buat pengumuman tentang keychain miniGA, kalau tak main terjah publish ja, haha, esok tarikh berlangsung, 27 Dec 2013, mungkin akan dipublish tengah malam ni.

Rajin-rajin la joinkan diri anda, hadiahnya, mestilah keychain, dah nama pun keychain miniGA, hihi.

Sesapa yang tak pernah join lagi, syaratnya tersangatlah mudah, tak payah nak buat entry bagai, anda terjah entry, klik DUA iklan dan tinggalkan link blog anda, itu dah dikira sebagai penyertaan.

Pasal klik iklan tu, mohon jujur, insyaAllah kalau anda jujur dengan orang, orang pun akan jujur dengan anda, moga Allah murahkan rezeki anda2 yang jujur, amin.

Keychain apa bulan ni? Tunggu la entry GA dipublish malam ni, yang pasti cute miut macam keychain2 sebelum ni juga, ;-)

Selamat mengjoinkan diri nya, dan gud luck..;-)


Psss……. next paper 28.Dis.2013, Pengurusan Latihan dalam Organisasi.. doakan saya..;-)

25 December 2013

Special Super Duper Giveaway by NNA & FD


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Klik banner untuk join.

Senarai hadiah :-
| Topup RM5x1 by Nurul Ain | Tudung bawal x1 dan shawl x1 by Ryna | Bookark x5 by BudakVanilla | Topup RM5x1 by Maisarah Humaira' | Header kepada semua peserta dan keychain x2 by AinRahman | Button badges x6 dan 2 candy lip tint utk sorang by Fatin Diana | Brooch x2 by NurSyaza Fareha | necklace x1 by Mahirah |

Special Super Duper Giveaway dianjurkan oleh NNA dan kak Fatin Diana dan disponsor oleh NurulAin, Ryna, Budak Vanilla, Maisarah Humairah', Ain Rahman, Fatin Diana, NurSyaza Fareha dan Mahirah.


Tamat 25 Disember 2013, 10 Malam.



DETAIL HEADER:
Ayat yang hendak ditulis di header:
Dari Hati NaZiRaH
(Transparent)

Jenis font: 
Funny Kid

Background tulisan berwarna @ background flower/space/lain-lain:
Background tulisan berwarna

Kalau ada gambar, boleh sertakan {limit 1 sahaja} {kiri or kanan} = KANAN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj831MwGUQFJKj4puvxfPHWVDDIaDgoIXsh5dOV9qCXALwx5YGP1p7WWAC6wpP_KU4M8m3Yo7zE0BzxasWBsXvSYocxlzQehoa-M1HSz9HvqPlqh2lu0NoFaWPJ0bioigZZKQaOmHjSLc0/h120/aku-dan-abang.gif

Kalau background berwarna, sertakan kod warnanya dari http://html-color-codes.info/: XDA



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™