31 January 2015

PENGUMUMAN!!!

Assalamualaikum..
Nazirahnyerr blog akan anjurkan Segmen tau!! Nama segmen tersebut adalah "segmen projek syukur". Inspirasi daripada kak Zeeda Aziz.

Beliau akan post dlm fb beliau 3 perkara yg beliau syukuri dlm hidup setiap hari selama 1minggu / 10 hari camtu, aku x ingat dah. Best baca.... Buat kita beringat bahawa tak semua orang dapat apa yang mereka inginkan. Dan buat kita bersyukur dengan apa yg kita miliki sedangkan org blom tentu ada.

Jadi aku nk buat camtu juga, nak ajak blogger2 kat luar sana untuk join, tp bukan hari2 la, dlm banyak2 perkara dan nikmat yg Allah bagi just huraikan 10 perkara ja yg korang syukuri. Untuk non-muslim pun boleh join. Just senarai ja 10 perkara yg kamu syukuri..

Yg bestnya ada 2 hadiah misteri untuk setiap 10 peserta, maksudnya klu 20 peserta hadiah akan jadi 4, klu 30, hadiah akan jd 6. Kiraan ikut bundar. cth klu 37 org, akan dikira 40 so hadiah akan jd 8 ;)

Dan.......ada hadiah saguhati untuk semua peserta!! Semua peserta juga akan dimasukkan dalam bloglist aku!! ;)

Jom support!!
Segmen akan start 12tgh mlm ni iaitu 1FEB hingga 11.59pm 14 FEB 2015..
2 MINGGU.

Jangan lupa join tau!!




Ainul Mardhiah 8 bulan..;)

31/5/2014-->>31/1/2015
AINUL MARDHIAH- MATA YG DIREDHAI
Ainul Mardhiah permata hati ayahanda dan bonda hari ni genap la 8 bulan. Kejap ja masa berlalu sayang. Klu tahun lepas bulan 1 bonda tengah bercuti. Cuti sem. Time ni la perut tengah muncit. Dalam 4 bulan gitu. menghitung hari nak masuk U balik.

Tahun ni Ainul dah terbentang depan mata, dengan karenah yg sangat mencuit hati. Bikin hati ni terhibur selalu. Saat entry ini ditaip Ainul tengah tarik rambut bonda, picit telinga dengan mulut Ainul yg bising babababa, mamamamama, (^^)

Perkembangan Ainul;

Dah pandai angkat tangan dan kaki macam org nak merangkak, hanyun2 badan then jatuh balik.

Mulut bising yg amat. Bababa,mamama,tatata,papapa..

Dah pandai kenal org, hulur tangan bila org nak ambik, peluk bonda kalau org tu Ainul x kenal.

Dah boleh golek2 1 katil.

Ainul dah start mkn roti kering, jenama HSB, habis sebelah Ainul mkn. Yg penting Ainul mkn sopan sgt, x comot pun..hihi
MARAH KE BONDA AMBIK GAMBAR, HIHI
Bonda harap nnt bulan 5, time sambut birthday Ainul yg pertama Ainul dah boleh jalan. Bonda nk hadiahkan kasut, hihi..

8 bulan dah. Indahnya setiap hari yg berlalu disamping kamu syg, moga kamu sentiasa berada di bawah lindungan Dia. Amin..
AINUL MARDHIAH DAH MCM ABG SADO, HIHI.. MUKA KENTAL MCM AYH DIA.







27 January 2015

Ainul Check Up 8 Bulan

Assalamualaikum..

Hari ni Selasa 27/1/2015 date Ainul Check up klinik untuk 8 bulan.

Bangun pagi macam biasa buat bubur. Nyusu Ainul. Anak dara bangun lambat juga hari ni, hihi. Lega la bonda dia boleh buat kerja dulu.

Dah bangun, mandi dia, siap dia comey2. Kul 11 baru gerak dari rumah. Tak sampai 5 minit pun nk gi klinik tu. Gi ngan tok dia. Rempit ngan Mini. Sampai klinik, xdak org, kami ja..haha.

Last timbang hari tu masa Ainul 6 bulan. Ainul Mardhiah timbang untuk 8 bulan, berat naik dari 6.3kg ke 7kg, tinggi pun naik dari 61cm ke 64cm. Tapi misi cakap tinggi Ainul kurang, patutnya 66cm. Takpala misi, kurang 2cm ja. Janji anak saya sihat walafiat.

Next check up masa Ainul 10 bulan plak, misi bagi 24/3. Masa tu Ainul dah boleh jalan dah pa. Kedek2 dalam klinik tu. Haha

Nak belanja gambar Ainul ngan bonda berselfie. Sebelah pegang kamera sebelah pegang Ainul..
#ainulmardhiahmohdezri
#permatahatiayahandabonda


26 January 2015

RUTIN HARIAN AINUL..

Ainul hari2 bangun awal, dia nyusu then dia akan tdoq balik. Dalam pukul 9-930 camtu dia akan bangun guling2 atas katil.

Selalu aku atau tok dia akan bawa keluar dia gi lepak2 atas buai, kena angin pagi sementara nak mandi..

Kul 10-11 waktu Ainul mandi.. Selalu lepas mandi Ainul menyusu then dia akan tdo, kkdg tdo atas katil sambil menyusu badan, kekadang tdo buai, kekadang tdo buai sambil menyusu botol, ikut mood dia..

Selalunya kul 1 atau 1230 dia akan jaga, dah tau itu waktu dia makan tengahari. Aku akan angkat dia, susu dia jap then tenyeh moi suap dia makan. Nyummy nyummy..

Then aku akan mandikan Ainul. Klu hujan & cuaca sejuk skip la mandi tengahari tu..hihi. Segar bugar dia pas mandi. Main2 pusing pi pusing mai, kkdg tok dia bawak keluar sat tgk ayam itik. Klu dia xmo dok dah, aku ambik nyusu dia pastu tidoq..

Kul 5-6 dia akan jaga, makan n mandi time, salu aku akan mandi dulu. Ainul jenis makan lambat, anak dara la katakan, sopan santun gitu. Haha. So settle mandi. Ronda2 kat luaq kjap masuk makan. Pas makan kuaq ronda2 lagi, ronda2 maksudnya jalan2 kot laman rumah. Bukan p ronda naik moto, hihi

Kul 7 tu Ainul start ngantuk dah. Tabiat dah dia. Kekadang hanyut juga tdoq. Kekadang lewat sikit, ikut mood dia. Tapi sebelum kul10 ainul akan tdoq. Malam tu plak ikut la, aku salin pampers dia kul 12 tu kkdg jaga kkdg x sedar apa. Haha. Tapiiiii... klu ayah dia ada confirm dia jaga. Bulat mata, sebab ayah diq ajin kaco dia. Ainul plak jenis pantang dengar sora org. Celik mata bulat. Bila ayah dia bunyi sora ja, tambah2 panggil nama dia, celik mata bulat la, senyum plak tu. Haha

Iatimewanya anak dara aku. Tiap kali dia bangun tidoq dia akan senyum, diq xkan bebai nangis, melainkan klu tingal dia sorang2, dia jaga2 tidoq xdak sapa nk senyum kat dia..hahaha

Begitulah rutin AINUL MARDIAH. 
Alhamdulillah aku dikurniakan seorang anak yg sangat mudah dijaga. Terima kasih ya ALLAH..


25 January 2015

Baju Sweet Muslimah

Assalamualaikum..


Al kisahnya aku ada beli baju di sweet Muslimah, saiz S, selalunya saiz S muat jer dengan aku, tapi mungkin kali ni saiz S terbesar kot. Aku dah test dah masa balik rumah hari tu, aku post guna alamat rumah aku, HARI INI ORDER ESOK SAMPAI!! Memang superb service Sweet Muslimah!! 


Nak dijadikan cerita aku pun bawa balik baju kat rumah. Pagi esoknya aku basuh baju, dah selesai semua, aku teringat nak basuh BAJU BARU, tanpa fikir panjang aku pun pi la ambik baju dalam bilik dan basuh!! sebelum tu aku dah cerita kat adik aku yang baju kali ni terbesar sikit dengan aku, bahu ok, cuma badan. Adik aku ni PENGGEMAR baju Sweet Muslimah jugak, kot2 la dia sudi nak beli kat aku, rupanya dia kata takut tangan singkat sebab dia pakai saiz M tu tangan elok2 dah. 

Aku akui juga sebab saiz S ni tangan memang muat2 ja dengan aku, cuma badan ja besar, dia pun gtau la KENAPA TAK TUKAR??? Ya Allah, sungguh aku terlupa yang semua baju kat Sweet Muslimah BOLEH TUKAR!! In case kalau ada yang rosak, saiz tak muat, terkecik ka, terbesar ka, adoiii…… kenapa la aku boleh lupa!!

 Ni gambar baju yg aku beli saiz S.



Kriteria baju ni;


Baju dari 100% High Grade Cotton Carded
Baju 'A' shape Cutting 
Lengan berbutang
Muslimah Kemas, dinamik dan manis
Berzip pendek di bahagian dada
Sgt2 selesa dan sedap dipakai
100% Jaminan kepuasan
Baju Muslimah Online Terbaek


Ni transaksi aku beli baju, nak gtau aku beli bukan time promosi atau sales, memang itu harganya.


Sedih sangat, yerla, benda boleh tukar, tapi atas kelalaian sendiri, boleh lupa, dah buang tag, siap basuh lagi!! Lama juga fikir nak buat camna ni, fikir punya fikir aku buat keputusan nak jual ja, ada yg berminat x? nanti nak try post kat group FB tengok, kot2 ada yang berminat kan. Entry ni aku buat supaya orang yang nak beli tu boleh baca kenapa aku nak jual, kenapa aku tak tukar..
Ni pic adik aku, baju yg sama, cuma warna purple, saiz M.


Jujur cakap baju2 kat Sweet Muslimah memang cantik dan puas hati bila pakai, tak jarang dan tak panas. Berbaloi sangat!!!


Kalau korang nak tengok koleksi-koleksi lain di Sweet Muslimah, korang boleh klik SINI.


Aku nak jual baju tu, kalau ada yang nak, boleh wasap aku NAZIRAH 0194090064.

22 January 2015

DaRi HaTi NaZiRaH dah 3 tahun...

Pejam celik dah 3 tahun rupanya usia blog kesayangan aku ni. Kejapnya masa berlalu, terciptanya ia pada 7 Januari 2012, iaitu akhir2 semester pertama aku di universiti. Dek kerana keboringan aku pun create la.blog ni. Ia juga hasil daripada aku jeling2 tengok roomate aku berblogging, haha. Tapi Januari itu hanya 2 ja entry aku, jujur aku tak tahu 1 apa pun.

Jun 2012, aku mula aktif, aku mula godek google untuk cari tutorial2 yg berkaitan blog, banyak aku rujuk tutorial dari 'bina blog' dan 'bicara farah' aku belajar main koding. Hasilnya kurang memuaskan. Ada yg kurang.

2013 aku mula cari pengedit blog, dan aku terjumpa ECA dari blog IntaNBerlian. Dari situ aku start mencantikkan blog aku. Hasilnya aku sangat puas hati..;)

Masuk ni dah 3x aku salin baju blog aku, tapi jujur aku memang malas main koding2, sbb tu aku serah 100% pada pengedit blog aku. Kali kedua aku edit waktu aku pregnant, dan kali ke3 aku cuba hasil tangan dari SHaRiNa (SHA) hasil blog aku skang ni.

Niat dihati untuk tahun 2015 ni, aku nak tukar baju baru untuk blog aku, insyaAllah. Sepanjang 3 tahun berblog viewers hampir mencecah 100k, follow 800++, post 600++. Alhamdulillah.

Moga DaRi HaTi NaZiRaH akan terus hidup, untuk tatapan semua, kisah kehidupan aku, coretan hati aku, buat yg tersayang, buat suami tercinta, buat anakanda yg dikasihi. Join giveaway tanda sokongan, anjurkan giveaway tanda penghargaan.

Aku sayang blog aku!!!


21 January 2015

Perkembangan Ainul & pekerjaan abg..

Ainul sekarang lagi 10 hari lagi nak genap 8 bulan, kejap ja masa berlalu, apa perkembangan Ainul pada umur mencecah 8 bulan ni? Ainul dah pandai angkat tangan tegak macam org nak merangkak sekarang ni. Tapi tak pandai merangkak lagi. Baru dok latih tangan bagi kuat, macam orang pumping gitu. Haha.. Tengok pic kat bawah...
Ainul sekarang dah cerdik, kalau ayah dia balik, agah dia senyum meleret, gelak mengekek, amboi manja kemain dia. Cerdik!!

Abg dapat sambung sampai bulan 3 ni. Alhamdulillah, rezeki abg, dapat tengok anak membesar depan mata. Lepas habis projek sampai bulan 3 ni tak tahu la ke mana pula. 

Harap dapat la kami sekeluarga bersatu dok 1 rumah, pagi2 bangun buat air utk abg, tghri masak utk abg, mlm abg main2 dgn Ainul. Macam kehidupan kat PD dulu, bezanya kali ni tambah Ainul..;) tambah penyeri..

Ok, nanti update lagi pasal Ainul, banyak nak cerita pasal anak dara aku sorang ni, kenangan untuk dia bila besar nanti...

#permatahatiayahanda&bonda
#ainulmardhiahmohdezri


18 January 2015

Lapangnya bila dah selesai...

Secara rasminya, maka tamatlah hidup aku sebagai seorang pelajar. Tunggu nak konvo plak hujung tahun ni..

SPM 2006
LOWER 6 2007
POLITEKNIK 2008-2010
UNIVERSITI 2011-2014

Rasa lapang sekali bila dah habis study ni, lepak kat rumah tanpa perlu fikirkan ASSIGNMENT, KUIZ, TEST, TESIS, REPORT, arghhh....LAPANGNYAAA...

Itu dari satu sudut, dari sudut yang lain jujur perkara paling hepi kat U adalah time dengan member, dan sekarang dah mula rindukan member, Kak Mas, Diana, Aida, Nabila, Alonk & my lovely roomate Tihah. Rindunya nak LEPAK, rindunya nak JALAN2, rindunya nak GOSIP..

Sekarang kat rumah dah jadi housewife, dah jadi mak2, 1 ja impian belom tercapai, nak dok rumah sendiri.. insyaAllah 1 day..




17 January 2015

Mini Giveaway by izzeyda

KLIK BANNER

Giveaway ini akan berlangsung sehingga30 Januari 2015 jam 11.59 malam. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya pada 3 Februari 2015.





GA Simple 2015 by Shad

Greetings and Assalamualaikum.

Jemput join GA Simple 2015 by Shad


Klik Banner untuk Join

Hadiah:

Powerbank Pineng (PN-983) x1 Pemenang
Top-up RM5 x10 Pemenang
Hadiah Misteri x10 Pemenang

Pemilihan pemenang adalah berdasarkan random.org

Tarikh Giveaway ini berlangsung : 15.1.2015 - 15.2.2015 (11.59pm)
Tarikh Semakan : 16 dan 17 Feb 2015
Tarikh Pengumuman Pemenang : Selewat-lewatnya 20 Feb 2015


=======================
Ads

Program Mykad Smart Shopper 
Jom Aktifkan Mykad


Jika sudi, G+1 Entry/ Like atau Share Entry Jom Aktifkan Mykad Shad ya. 
Terima kasih semua. Jasa anda dikenang.

Terima kasih sudi join Ga Simple 2015 by Shad. Good Luck

Handphone dari kesayangan hamba

Haa, dah terlanjur gtau nak cerita pasal hp baru kan...

KUNING BAQ HANG....
Ok kisahnya camni, hp samsung galaksi sii aku tetiba ja stuck dlm flight mode, aku pun xtau apa punca, masa tu miniGA aku tengah berlangsung, mmg sedih la, wifi opis depa block blogspot, x boleh buka. Hmm..

Hari2 ngadu kat abg, hp rosak hp rosak, kebetulan abg bli hp baru, so aku mintakla sony abg, abg x bg, katanya ada problem, dia nak jual, sedih aku.

1 malam tu aku dah terlalu sedih, fb, wasap wechat suma x boleh, sepi ja hidup, blog apatah lagi. Abg balik malam tu aku nangis gtau bb nak hp, bb ingat abg beli. Sambil nangis, abg nak tdo dah time tu, abg kata klu nak himpun duit beli sendiri, buat layan x layan ja, aku nangis cakap bb ingat abg beli, pastu abg kata perasan, huhu. Sungguh2 aku nangis, macam ank kecil nk mainan, dasat sungguh bila ingat balik, kahkahkah, mcm bydak2 abg kata, pastu abg cakap p ambik atas rak. Aku dgn semangatnya p tgk, dalam samar sbb pasang lampu tidur, nampak hp abg jer, aku kata itu hp abg, abg kata bawah dompet tu. Aku p tgk lagi sekali..wahhhhhhhhh.. hp baru!!!

Asus zenfon 4.5... Serius hepi gila gila gila!! Hp baru tu, selama kawin abg mana pernah beli aku hp baru, semua aku guna hp abg ja lepas abg beli hp baru, kira asal abg beli hp baru hp dia dia akan bagi aku, Nokia E71, Samsung Galaksi Sii, tapi kali ni aku dapat hp baru!!! Suprise sesangat!!

Memang hepi taktau nak habaq la. Hihi. Paling best bila hp ni boleh update blog, kelas!! Laju plak tu. Lama dah aku x on laptop untuk update blog, start ada hp ni aku update guna hp ja. 23/9/2014 1st pic Ainul dalam hp aku. Almost 4 bulan dah aku guna!! 

Dedikasi khas utk abg.
Abg terima kasih sbb hadiahkan bb Hp baru. Bb syg abg ssgt!! Moga Allah murahkan rezeki abg untuk kita sekeluarga, moga Allah permudahkan urusan abg untuk cari rezeki..amin..

Dengan hp ni boleh update blog selalu tanpa perlu buka laptop. Sangat memudahkan!!

WAJIB LA WALLPAPER WAJAH2 KESAYANGAN HAMBA...sekian.
 

16 January 2015

Port baru Ainul

Sejak dah boleh menyulur ni, merata dah pergi. Pantang letak laju ja aleh badan meniarap. Pantang nampak benda berkenan laju jer menyulur, siap angkat pungkuq pacak lutut lagi, gaya org nak merangkak, amboi anak dara ni. Laju....
Tengok tu habisla pasni, tok dia tak boleh dah benda2 kaca camtu kat luar. Kalau tak habis semua jadi mainan Ainul, hihi

Bangun pagi letak atas tikar bagi dia explore apa dia nak, lepas je tangkap gambar ni, cepat2 aku ambik dia, hihi

Tudia... Port baru..Bawah meja tok dia..hahaha.. dah pandai masuk dah ok, walaupun tinggi sikit. Siap tepuk pong pang pong pang lagi, mau nya tak best bunyi kuat, lagi meriah dia tepuk, hahaha..

#permatahatiayahanda&bonda
#7bulan16hari

15 January 2015

Ainul balik kampung dengan ayahanda & bonda

Kelmarin tdo lambat, kul4 pagi. Bangun pagi memang ngantuk gila. Terlelap balik sedar2 ada org ketuk pintu. Rupanya abg balik dari Penang, x masuk keja kot hari ni. Pepagi dah terjengul depan pintu.

Petang td ajak abg balik rumah Matang Kong, dah rindu sangat kat adik putih aku. Banyak hari juga tak balik. Abg x banyak songeh on ja. Yeayyy. Cepat2 aku siapp..
Dah bersiap comey2 wajib la selfie..hihi
Balik tu kemain lagi maksu solehah dia pkai bju lawa2, rupanya baru balik dari rumah tok, x lama aku duduk dia pun mulala tanggal baju seluar tinggal pampers ja. Putih putih..
Maksu Ainul, Nuraisyah Solehah a.k.a adik putih
Boleh dia tidoq depan pintu, haishh, pejam celik kejap ja dah 2 tahun 6 bulan adik bongsu aku ni!! 

Oleh kerana terlalu penat ayah Ainul melepak sorang2 kat atas buaian. Sengaja aku bawa Ainul gi kaco ayah dia. Hihi.. dengan senang hati Ainul join lepak dengan ayah dia..

Tengok betapa baiknya Ainul mengaco ayahnya tdo..haha
Dekat maghrib kami bertolak balik, esok abg kerja. 

#permatahatiayahanda&bonda
#7bulan15hari


3 Tips Nak Cantik

Nak cantik kulit muka ka, nak kurus , nak sihat ka. Semua boleh guna tips ni..

1. JANGAN MALAS

Jangan malas untuk makan supplement, beli ratus2 tapi malas nak makan, pastu merungut kulit muka x lawa pun, badan tak kurus pun, sakit aku x kurang pun!!

Macam aku siang malam telan!! Vita C untuk kulit cantik, ESP dan ALFALFA untuk milk booster, OMEGA GUARD untuk sendi tangan aku, bonus KURUS!! Shaklee best!!

2. KENA GIGIH

Kena gigih!! Wajib minum air masak banyak.. Gigih senaman biar pun hanya naik turun tangga, gigih tak makan malam sebab makanan tak sempat nak hadam.

Macam aku memang jarang sangat makan malam. Makan benda berat la. Lapar makan jer air ngan roti, klu lapar sangat baru makan makanan berat.

3. BE HAPPY & POSITIVE

Hepi ja dengan apa yg kita amal. Berfikiran positif, yakin supplement kita amal ni berkesan, mungkin lambat sebab badan kita banyak toksin yang kena singkir. Jangan la makan seminggu dah harapkan kesan yg melampau lampau..

Contoh paling best bab susu badan. Telan supplement 3 tong pun kalau otak ashik fikir susu badan aku takdak, susu badan aku kurang, memang automatik jadi, sebab otak kita dah set camtu, jadi think positive ok!!

Itu ja..

Stalker??

Yes, aku ada stalker, jangan tak tahu. Lagi best klu dia juga stalk aku punya blog, sebab entry ni memang aku tuju untuk dia. Aku tak pasti la, dia ka, kakak dia ka atau sedara mara dia yg lain yg stalk aku punya wechat.

Al kisah secara ringkas dan padat. Aku ada post something yg telah disalah anggap oleh stalker ni, then dia p cerita kat org kampung dan org kampung tersebut direct tanya pak mertua aku? Ia melibatkan family ok!!

Budak tu baya adik ipar aku ja, so aku x pastilah sapa yg punya id sebenarnya. Mulut depa 1 family memang dikenali sgt tutttttt. Patut lah..

Kerana mulut dia yg laser itu, menangis aku & MIL sebab MIL aku terasa. Panas sangat rasa hati ini. Klu aku jumpa nak ja aku tanya dapat apa dok jaga tepi kain orang?

Aku terus delete id2 kat wechat aku yg aku x kenal. MENYEMAKK! 

Sekarang kalau dia kaki stalker, pasti habis dia cari tentang aku, Fb, blog. Haa klu dia sedang baca ni, aku nak pesan, atas segala mulut jahat dia tu, bawak2 lah bertaubat, takut nak mati nanti azab, dosa kita dengan Allah, Allah boleh ampun, dosa kita dengan manusia kena p mintak maaf sendiri. 

Cukup2 la dok sibuk hal rumah tangga org, Allah balas cash, kot dok mengata orang sana sini nanti Allah turun kat diri ko sendiri kot, tak tertanggung..


Ainul dah ok bila keluar malam..

Ainul sekarang dah ok jalan malam. Relax ja dia dok dalam keta kelam2 pun. Dah terbiasa. Dulu masa 1st bawa dia keluar malam, nangis juga, bukan jauh pun dari rumah, baru sampai kat simpang depan tu dia dah melalak, haha. Pak mertua aku kata biar ja, nak kena ajar juga, lama2 diam la. Pujuk2 tunjuk lampu kat dia.

Malam ni kami gi Jitra, kali ke berapa x ingat dah sebab memang selalu keluar p Jitra, dengan Fil n Mil serta adik ipar. Abg kat Penang x balik.

Bila dah keluar memang tak balik tangan kosong. Sangkut juga seluar Cheetah satu. RM21.90 sepasang. 2 pasang RM26, gila ko x beli. Naik juling mata tengok harga tu. Haha

Dah beli seluar takkan tak beli apa2 untuk si dia, kebetulan ada baju kegemaran dia, sangkut jugak sepasang. Tu jala. Ainul? Xdak apa untuk Ainul,l. Ayah dia pesan jangan beli baju babyak sangat. Ok. Bonda dia behave. Haha. So, Ainul aku bagi tok dia dukung, sementara bonda dia jadi tangan sotong angkat letak angkat letak baju seluar kat situ, ngeh ngeh ngeh...

Opsss. Alamak TERbekenan plak kasut BATA tu, pejam nampak celik pun nampak ni. Camna camna, harga dia sangat memikat sesweet designnya. Tau berapa. RM59.99. Kelas ko, psiko kuat! Klu letak RM60 kan nampak mahal. 

Fikir punya fikir dapat idea, apa kata kita bodek si dia time birthday nanti.. lebih kurang 2 minggu ja lagi. Gud idea!! Hihihi

Dah bebel panjang meh nk belanja pic sekeping..

Piuweetttt.. Puas panggil anak dara aku ni. Dok ralit tengok plastik gantung kat kedai tu..haishh..Ainul..Ainul..


14 January 2015

"1st Mini Cash Giveaway 2015: www.bubblynotes.com".

KLIK BANNER
Blog kak Farah banyak tentang tips, tentang anak teruna dia Ash. Bagi pandangan peribadi aku, kak Farah memang seorang yang sangat detail dan rajin. 

Kenapa? Sebab kak Farah kerja, tapi boleh bahagikan masa jadi ibu, isteri dan blogger yang sangat rajin update, hihi. Aku tau sebab salu jer naik kat notification aku di facebook dalam kelab blogger Ben Ashaari. Memang tabik spring la!!

Satu gi entry paling melekat kat otak aku sampai la pasal kak Farah basuh baju ash guna tangan, dah kering siap iron lagi.. Aku pun x rajin sampai camtu, kuikuikui.. Baju Ainul yg nak gi jalan2 ja aku iron. Kalu basuh wajib mesin. Kikiki

Tips terbaru kak Farah share pasal masa berblog, sekali lagi tabik spring bila kak Farah gtau dalam toilet pun dia ambik kesempatan utk blogwalking. Perghh. Bangun pagi2 untuk karang entry, memang terbaik!! Aku dulu masa praktikal. Balik kerja ja terbungkang atas katil ngan Ainul punya letih. Bangun pagi siapkan apa yg patut, xdak harinya nak hadap laptop bagai. Hihi. Boleh tengok entry 2014 ada berapa kerat ja klu nak banding 2013..huhuhu

Hope kak Farah boleh kekal konsisten sebagai penulis dan blogger yang hebat!!


Bakal buat mini GA

Cadangnya nak buat miniGA sbb dah lama sangat x buat kan. Sebelum Ainul lahir blog ni rutin akan buat keychain miniga pada 27hb setiap bulan.

Tujuan miniGA adalah sebagai tanda penghargaan kpd semua yg sudi singgah dan jenguk blog ni. Tq!

Tp rasanya last buat hari time tengah praktikal, tgh lancar GA  tu hp plak rosak, dah la opis x blh on blog. Tergendala kejap promosi GA tu, huhu

InsyaAllah. Hadiahnya keychain jugak. Hihi

12 January 2015

GiveAway Ole-ole dari Japan by Ayue Idris


Assalamualaikum~

(Klik banner di atas untuk join)


facebook link : https://facebook.com/ezyra1706
instagram id : 
Puan_padi

Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 






11 January 2015

Mata Jadi Ketumbit Kah??

Huwaaaaa....
Kenapa dengan mata gua ni... Mula2 asa pedih2, macam ada something, then bengkak sikit, hari ni..... cemey dah sebelah mata..
Jadi ketumbit kah?? Tapi tak dak 'mata' pun. Simptom nya aku GATAL, asa macam nak garu, tapi sakit. Ashik berair ja... Nak celik pun x puas sebab asa macam ada sesuatu bertempek kat mata. Tak selesanyaaaaaaa...


10 January 2015

Bila Ainul 'sebek'

Cer tengok bila Ainul 'sebek', hihi... Cam comel jer cam comel jer..(^_^)
Ni dia tengah main permainan 'tradisional' dia. Nyebai apa tah. Snap pic terus. Hihihi

Ainul Mardhiah
225days...