30 September 2014

Rezeki blogger HADIAH LAGI.

#update guna hp
Alhamdulillah...tetiba ja Kak Sue panggil. Ingat ada apa. Rupanya posmen hantar barang ni. Hihi. Rezeki aku. Boleh letak barang make up. Aku antara peserta bertuah untuk segmen INI

Saja aku bagi alamat tempat kerja. Senang. Sampai ja boleh tgk on the sport. 

#rezeki seorang blogger

Cabaran 30 Hari : Siapa bagaimana anda 10 tahun lagi #day16

Skang 25 tahun, sedang praktikal di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, 10 tahun akan datang maksudnya time tu dah 35 tahun, abang dah 40 tahun. Mungkin time tu dah duduk rumah sendiri, Ainul pun dah darjah 4, dah ada berapa adik agaknya, hihi.


Masa tu dah jadi mak mak yang sangat mak, haha, masihkah comel seperti sekarang? masihkah kecik molek seperti sekarang, Allah ja yang tahu…






29 September 2014

BIHUN SUP SIAM

#update guna hp..


Pernah makan bihun sup siam x? Ni kali pertama tau aku mkn bihun sup siam.. superb..meleleh air hidung aku gtau..hahaha

Bihun sup siam specialnya dan bezanya dgn bihun sup kedah ni adalah dia tambah tauge dan kangkung..pelik tapi benar.. dan memang sedapppp..

Habis licin aku n kaksue mkn..tinggal kuah ja..hihi..kami order special sikit. Tambah perut perghh sedap yg amat..haha

RM5 untuk satu mangkuk..lokasi lorong sebelah dataran cek det..pekan rabu alor setar kedah

Cabaran 30 Hari : Surat kepada seseorang #day15

Opss Ainul seksi, tangkap dalam bilik ni, Ayah baru balik keja, hihi
MY LOVE & MY BULAT, hihi
Buat suami dan anakanda tercinta, surat ini kutujukan khas buat kalian berdua, kerana kalianlah pengarang jantung hatiku. Moga kasih sayang kalian terhadap ku tidak akan pernah berubah, kerana diri ku sangat menyayangi kalian, kalian kini nyawaku, nadiku dan segala-galanya bagiku.

Blog ini adalah untuk tatapan kalian, ada kala terselit kisah2 lain yang menceritakan tentang aku, moga suatu hari nanti ia akan menjadi kenangan terindah buat kalian berdua, mengetahui liku2 kehidupanku, masa2 yang berlalu, dan kenangan2 kita bersama yang aku abadikan di sini.

Untuk surat yang serba ringkas ini, sekali lagi ingin aku katakan, aku teramat menyayangi kalian berdua!

Mohd Ezri Ramli
Ainul Mardhiah Mohd Ezri

Lot of love,
Bb abang / bonda Ainul

Cabaran 30 Hari : Cerita kasut saya #day14

Al kisah mengenai kasut, sejak zaman poli lagi aku teringin sangat nak pakai kasut jenama VINCCI, kasut ni kalau jenis formal agak mahal, dalam RM69 gitu, (bagi aku mahal)



Sepanjang aku study aku tak kesampaian pun nak beli, ada dua sebab, pertama sebab masalah kewangan, sebab kedua ialah kasut tu hanya terdapat di Sungai Petani, yang paling dekat, ALOR SETAR TAKDAKKKK.. sadissss..


Disebabkan dua kekangan tu, impian aku nak miliki kasut tu tak kesampaian, sehingga suatu hari pada tahun ni, bila adik aku yg kat Sarawak mesej aku nak kirim kasut tak, VINCCI ada sales, wahhh, tanpa fikir panjang aku terus pesan. Bukan 1, bukan 2 tapi 3!! Haha

Sandle 1, wedges 2.. dengan harga lebih kurang RM100 ONLY!!

Design yang sangat simple, dan yang penting selesa, punya tak sabar, aku mintak adik aku post kasut tu, lambat sangat nak tunggu dia balik..hihi


Suma aku dah pakai. Peace!

28 September 2014

Cabaran 30 Hari : 5 blog kegemaran #day13

Sebenarnya banyak blog kegemaran aku, tapi dah suruh senaraikan 5 ja maka aku randomkan yer..hihi

IntaNBerliaN
MawarNafastari
QasehnyaRania
Sheila Shahfiekry

BEN ASHAARI

T-Shirt Menyusu Sweet Muslimah #SALES!!

Untuk ibu2 menyusu di luar sana mesti tercari cari kan baju menyusu yang selesa dan cantik, tak terkecuali aku, masa mengandung pun aku dah start usha baju2 nyusu, dan ternyata baju menyusu sangat2 diperlukan, terutama untuk ibu2 yang direct BF.

Tak dinafikan banyak pilihan baju menyusu di pasaran skang, tapi pasti kita nak yang terbaik kan, nak yang selesa, nak yang cantik, nak yang bergaya, bak kata suma nak yang baik2 ja la..hihi

Kat sini aku nak promot baju menyusu dari sweet Muslimah, memang TERBAIKKK aku gtau, selesa, kain cotton yang berkualiti, service yg supperb, beli sekali rasa nak beli lagi, pakai sekali rasa nak pakai lagi, haha..

Baju pertama aku beli..
Skang tengah ada SALES tau, untuk clear stok, harga asal RM69 sales tinggal RM49 sahaja. Tunggu lagi tak beli, haha.. klik ---> SINI untuk tengok baju mana yang masih ada. Sebab stok dia sangat2 terhad, sesapa terlepas sale ni sangat la rugi!!

Ni plak baju yang aku baru order.
Haa, jangan kata aku pun baru nak order tapi dah promot kencang, aku jer baru nak masuk 2, adik aku dah dekat 10 pasang pa baju dia, haha, dia la yg dok promot kat aku sampai aku jatuh cinta kat baju Sweet Muslimah ni. Baju kat atas ni dia dah order warna grey, sayangnya time aku nak order saiz s dah habis, Dia beli plak warna ni, katanya selesa dan senang nak nyusu, kelmarin baru sampai, aku punya hari ni baru post, insyaAllah esok sampai. Post serius cepat, aku letak alamat kampung kot, hari ni order esok dah sampai, TERBAIKK!!

Adik aku ada satu baju ni
Jujur aku pun teringin sangat nak jenis ni, tapi saiz aku dah habis, haa, mungkin juga dah kehabisan stok. Tunggu apa lagi cepat klik SINI untuk tengok koleksi yang lain, eh, baju muslimah yg bukan menyusu pun ada tau, suma cantik2.

Aku jatuh cinta!! haha

2nd Giveaway by Miminadam

klik SINI untuk join...
Hadiah :
Top Referal : 3 Box Name Card (300pcs) free design x 3 pemenang
1 box NameCard x 10 Pemenang
Logo treadmark blog x 5 Pemenang
Mars Jar Oreo x 5 Pemenang

JOM PAKAT2 JOIN..;-)

26 September 2014

Pengedar Sah Shaklee. jom sihat bersama shaklee.

Assalamualaikim wbt n selamat sejahtera

Saya NAZIRAH BINTI NORAZAM adalah Pengedar Berdaftar bagi produk kesihatan dan kebersihan jenama SHAKLEE yang telah mendapat sambutan sejak lebih dari 50 tahun.

Pic di atas adalah senarai kepelbagaian produk Shaklee. Sekiranya ada yg ingin menjaga tahap kesihatan atau sedang mengalami masalah kesihatan boleh menghubungi saya. Saya akan memberikan konsultasi percuma dan cadangan supplement yang sesuai dengan keperluan kesihatan.

Jangan risau kerana produk kami sememangnya mendapat kelulusan oleh KKM dan pengiktirafan oleh JAKIM.

Jom, kita sihat bersama-sama!!

Skema jer ayat..Aku skang dah jd pengedar sah produk shaklee.. banyak teatimoni yg nak dikongsikan nnt. Tp slow2. Baru nk menapak. So sesapa yg berminat blh pm kat fb aku di side bar..tq..

25 September 2014

Rancang nak buat MiniGA, Sponsor Di cari..;-)

Assalamulaikum.

Mini Giveway by Nazirahnyerr

Dengan ini di umumkan, Nazirahnyerr Blog akan mengadakan Mini Giveway, teringin nak buat sebab lama sangat tak buat, walaupun aku jarang2 update blog, pageview tetap ada, that’s mean masih ada yg sudi berkunjung ke blog aku..Alhamdulillah..

Kalau sapa yg follow perkembangan aku pasti tahu yang dulu setiap bulan aku akan buat keychain mini giveaway setiap 27hb iaitu tarikh ulang tahun perkahwinan aku, tapi sejak Ainul lahir aku tak lagi buat keychain miniGA. Maksudnya dah 5 bulan tak buat, jadi sementara aku tengah praktikal ni dan pejabat post ada kat bangunan ni, aku fikir lebih baik aku buat, kebetulan memang ada hadiah2 nya.hihi

Tapi………………..hadiahnya hanya biasa2 saja, sebab aku sediakan sendiri mengikut kadar kemampuan aku, penghargaan untuk semua yang sudi berkunjung ke blog aku.

Buat masa skang ada 5 hadiah, mungkin akan bertambah. Jadi kalau ada sesapa yang sudi nak jadi sponsor, bleh la pm aku kat fb (ada di side bar) syarat yg boleh dikenakan adalah follow blog dan like page sahaja.


Klu ada yang sudi nak sponsor, boleh pm aku cepat2, MiniGA ini dirancang akan berlangsung pada minggu depan, tarikh dan hari belum sure lagi, tapi sebelum hari Khamis, jadi untuk yang sudi nak sponsor boleh la PM selewatnya hari Isnin, sempat la aku nak edit dan draft apa yang patut nanti. TQ.

Cabaran 30 Hari : 5 wishlist anda #day12

5 wishlist anda

17/9/2014 7.58am, aku draft siap2 sebab aku tak tau bila aku dapat publish entry ni, huhu

Lama aku nyepi, terlepas beberapa cabaran yang akan aku back up kembali.
Aku nyepi n bukan sengaja tau, kekangan masa di rumah dan tempat kerja, bajet busy org kata, haha
Disebabkan hal itu juga, tanggal 16/9/2014 dengan rasminya samsung galaksi sII aku ROSAK! Maka lagi lagi lagi terbantut la untuk aku update blog. SOB SOB SOB..

5 wishlist

1. Nak handphone!! Huwaaaaaaa… ;(
2. Berjaya dalam semua bidang yg diceburi
3. Nak ada rumah sendiri ;)
4. Nak keja opis hour, cam praktikal skang.

5. Nak beli almari pinggan kat mak

Stupid joke!

Salam... wahh.. try update guna hp ni...hihi..

Nak cerita pasal stupid joke..memang stupid joke! Sakit hati ssgt org buat camni. Bagi org lain aku tak tau. Tapi bagi aku memang aku pantang betul org buat camni.
Reben ni ada double tape sebab buat carta organisasi hari tu. Tau apa yg stupidnya..reben ni dilekatkan di belakang tudung aku!! Yes di belakang tudung aku siap skali dg benda putih tu. Memang stupid sgt sapa buat. Nasib la akak tu tegur. Memang aku tak sedar langsung. Masa aku tau tu air mata dah bergenang.

Sejarah waktu aku form 1 dulu. Masa April full kat dewan makan ada yg knakan aku dgn cara ni. Aku lari kuaq g toilet sambil nangis. Sama juga situasi ni. Aku kuaq g toilet nangis esak2. Serius la. Aku memang tak boleh terima lawak macam ni. Sebab bagi aku;
1. Tak da rasa hormat
2. Sanggup memalukan kawan sendiri
3. Sanggup biar kawan jadi badut dan ditertawakan org lain.
4. Org macam ni mmg x boleh dibuat kawan

Aku tak tau aku dah jalan g mana. Sebab aku x sedar masa bila ia dilekatkan. Tp aku tau sapa yg buat sbb dia sorang ja yg berdiri kat belakang meja aku. 

Pada org yg buat ni plez stop utk buat stupid joke like this!! Dari aku nk kawan boleh jd benci tau.

Ini suma bg diri aku. Kalau bagi org lain ianya hanya lawak yg boleh diterima itu pendapat masing2. Bagi aku lawak sebegini sangat2 stupid sebab ia melibatkan maruah seseorang.



23 September 2014

Come back..

Lama nyepi...sedih sangat sebab ketinggalan hampir 2 minggu cabaran 30 hari tu, sob sob, takpala, nanti aku buat entry asing yang mana sempat... 

Pic kami bertiga, Adik Nasihah aku, a.k.a adik gebusss..hihi, mak teh Ainul, masa ni kami kuaq gi shopping, same adik aku yg kat Sarawak, kami kuaq bawa budak2 suma, aku, Ainul, Nasihah, Nuraisyah Solehah, Nashrah n husbandnya Firdaus, serta anak2 dia Adam dan Umar..

Pastinya semua tertanya sebab aku jarang kongsi pasal anak sedara aku kat sini, nanti la klu aku ajin aku akan cita, Nashrah? Adik kembar tahun aku..

11 September 2014

Cabaran 30 Hari : Kenangan lucu zaman kanak-kanak #day11


Haish sungguh memalukan bila teringat balik zaman kanak2 dulu, dan benda yang memalukan itu la yang melucukan, dan menjadi kenangan yang kami dua ingat sampai sekarang..

See, bila baca ja task hari ni benda pertama yang terlintas adalah kenangan ni, aku saja wasap adik aku tanya dia apa yang dia ingat, rupanya dia pun ingat benda yang sama, hihi. Rindu bangat kat dia. Dah jadi Sarawakian sekarang, aku ja masih Kedahan.

Task #day11 DONE!

Segmen:Saya nak keychain CH


Segmen,Giveaway,Kasihlestariabadi


-Segmen berlangsung dari 7/9 sehingga 14/9..
-Pemilihan pemenang berdasarkan random..
-Mencari 5 pemenang

JOM LA PAKAT2 JOIN, harap terpilih la, boleh tambah koleksi keychain aku,,hihihi

10 September 2014

Cabaran 30 Hari : Apa di dalam handbag anda #day10

Apa yang ada dalam handbag aku?

INI BEG RAYA AINUL, hihi, sumbat dalam beg tangan aku juga...

Benda wajib:

Bedak compact
Lips
Eye liner
Losyen
Panty liner
Minyak wangi
Purse
Tisu muka
Handphone

Benda lagha: 

Resit belian
Resit bank
Plastik tisu yg dh xda isi

KEH KEH KEH


Akan ditambah pasni :  pampers, putting, wipe tisu dan bedak, haha…

Cara untuk naikkan Hb ketika hamil

Tajuk dah macam pakar kan, haha. Tak da la, just nak share pengalaman ja.. seperti yang sedia maklum aku dah masuk kali ke 4 checkup kat klinik desa, 4,4 kali tu juga kena cusuk halus di hujung jari untuk test kepekatan darah (Hb).

1st check up kat klinik desa 11.6, pada hari yang sama juga aku gi klinik kesihatan untuk ambik darah, alhamdulillah 12.2, kira yang klinik kesihatan lebih tepat la sebab diorang ambik darah terus, bukan cucuk2 hujung jari dah.

2nd check up kat klinik desa 11.1 dalam masa 4 minggu.
3rd check up kat klinik desa 10.8 dalam masa 3 minggu.
4th check up kat klinik desa 11.6 dalam masa 3 minggu juga

Syukur alhamdulillah, masa 3rd check up ni, hampir kena marah dengan nurse, yerla, Hb makin turun, tu yang kena g check dari 4 minggu kepada 3 minggu sekali, nurse tu siap pesan lagi, kalau turun lagi, kita kena hantar p klinik kesihatan untuk ambik darah. Huhu.

Untuk yang kali ke 4 ni, aku tanya adik aku yang bakal nurse tu, apa dia makan untuk naikkan Hb, dia gtau dia makan hati ayam, dan ikan bilis, hati ayam aku dah try, tak lalu la, tak boleh nak telan, adik aku ada gtau juga, dia makan ikan bilis hampir hari2, sampai mengandung alhamdulillah Hb dia maintain 13.00.

So, aku pun ikhtiar la, kat U ni, pantang ja kafe ada buat sambal ikan bilis kering, terus aku ambik, kalau hari2 ada, hari2 aku makan, balik kg plak buat sambal ikan bilis sendiri, air tangan sendiri k, hihi, jap ja aku n adik hazirah habiskan, yg pasti adik hazirah cakap sambal ikan bilis aku sedap, kembangnyaaaaa..see, aku bukan tak tahu masak la, ada juga certain2 masakan yang aku expert, kuikuikui

Satu lagi, kan segala vitamin yang ada tu aku tak lalu nak makan, Obimin plak habis, aku try produk Shaklee, ViTALeA, untuk ganti iron tablet, tak mampu lagi nak borong satu set hamil dengan keadaan ekonomi abang skang, jadi choose the need one dulu la..

Ada 120 biji, tahan untuk 3 bulan kalau amalkan sebiji sehari..;-)
Syukur alhamdulillah, hasil usaha aku tu, dapat naikkan Hb dari 10.8 kepada 11.6, banyak tuuuuuuu… hihihi, tapi makan ubat tu kena konsisten la, jangan hari ni makan esok tak makan, lusa makan 3 hari plak baru makan, xmo xmo xmo…

Ok la, demi baby kecik, aku sanggup makan makanan yang sama hari2, asalkan dia sihat, anugerah dari Allah, sayang dia dan ayahanda dia sangat2..;-)

Untuk dapatkan vitalea shaklee atau produk shaklee yang lain boleh contact aku kt fb di side bar atau terus wasap atau mesej 019-4090064.

Sama2 kita amalkan sesuatu yang sihat. Hb sangat penting ketika mengandung, Hb LOW SANGAT BAHAYA UNTUK KANDUNGAN. 

#REPOST

9 September 2014

Shaklee independent distributor

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum. Saya NAZIRAH BINTI NORAZAM merupakan shaklee independent distributor Antara set yg di sediakan;

Set menyusu
Set berpantang
Set kurus
Set kehamilan
Set kulit cantik
Set warga emas
Set kanak2 cerdik&sihat
Set kolestrol/diabetes/jantung/darah tinggi
Set ekzema
Set gout
Set sendi tulang
Set tambah beratbadan
Set berpuasa
Set honeymoon
Set kesihatan lelaki
Set kesuburan
Skincare set
Set rambut sihat

Jom sihat, cantik dan awet muda bersama shaklee...
Sahabat shaklee anda

NAZIRAH

mukadimah nyer, semalam tak sempat nak taip, now dah ada kesempatan nak taip. Pengumuman, sesapa nak order shaklee boleh order kat aku, pm ja kat fb yang ada kat sidebar tu, harga sah2 mampu milik, nanti aku share lagi kebaikan shaklee ni. Jangan segan jangan silu tau. Korang yg follow blog aku tau keramahan aku kan, so don't worry, memang akan dapat harga special untuk korang suma..

Cabaran 30 Hari : Lelaki yang menarik perhatian anda #day9

Lelaki yang menarik perhatian aku;

1. Lelaki yang kurus dan tinggi - Mohd Ezri
2. Kulit tak putih tak hitam, sawo sawo gituu - Mohd Ezri
3. Mata ala2 chinese look.. - Mohd Ezri
4. Senyuman yang manis - Mohd Ezri
5. Bersahaja, tak control macho. Jadi diri sendiri. - Mohd Ezri

Haha, sapa yg asa loya tekak nak muntah tu maaf la yer, kehkeh..

HONEYMOON 3 TAHUN YG LALU...;-)
LANGKAWI ISLAND..



8 September 2014

Cabaran 30 Hari : 5 lagu cinta kegemaran anda #day8.

Semua lagu di bawah ni adalah lagu kegemaran aku, sebab tiap lagu ada kenangan tersendiri..

Iris - Awie

- Lagu abang tuju untuk aku, berbunga rasa hati ni..

- Lagu nostalgia, minat gila!

Cinta Pantai Merdeka - Tropika

- Layan ja, tiap kali naik gunung Jerai mesti nyanyi lagu ni.

- Just for you my love, dengar ja lagu ni mesti teringat kenangan dengan abang

- "Wherever you go...Whatever you do...I will be right here waiting for you"
- Abang tuju kat aku, bestnya, corus ni ja tau! hihi

*klik link untuk lirik lagu, tq.

5 lagu cinta kegemaran anda #day8. DONE!!


7 September 2014

Cabaran 30 Hari : Sejauh mana pendidikan itu penting bagi anda #day7

Sejauh mana pendidikan itu penting bagi anda #day7

Bagi aku nilai pendidikan tu bukanlah sekadar dapat masuk UNIVERSITI, ada Ijazah, master atau PhD tapi keperibadian kita untuk bawa diri sendiri.

Jadi pendapat aku pendidikan itu penting hanya sekadar tiket, tiket untuk dapat pekerjaan, tiket untuk satu2 jawatan. Itu pendapat aku mengenai pendidikan. Duniawi.

Pendidikan agama, aqidah kita, akhlak kita. Itu yang penting. SANGAT penting. Bila akhlak kita baik, secara keseluruhan kita akan nampak baik, jadi kalau ko ada PhD pun akhlak ko kosong, xdak makna, pegang jawatan tinggi tapi ashik dapat umpat keji orang, no point, masuk universiti, tapi sombong dengan orang, tak dak sapa nak pandang. Kalau ko petani, tapi kerja jujur, bahasa baik, automatik orang respect.

Sekarang dah berlungguk orang pegang ijazah xdak kerja, apa yang aku nampak sekarang, kemahiran tu lagi penting dari tahap pendidikan, mungkin faktor kekosongan sama, makin tinggi tahap pelajaran makin sengit persaingan sebab kekosongan untuk pihak atasan adalah terhad, dalam satu opis akan ada sorang bos ja kan.

Contoh aku sendiri, aku ada ijazah, adik ipar aku sijil ja, tapi dengan kemahiran yang dia ada, skang dia tengah tunggu panggilan untuk masuk kerja dah, gaji riban2 plak tu, haish, jeles aku. Tapi tu la orang panggil rezeki kan, pendidikan tu cuma satu bonus ja bagi aku.


Sekian .

I Need Some Space


Haha, tetiba plak aku nak speaking, tak dak maknanya, aku copy ayat abang ja..
Dia post kat Fb, aku pun komen kat post dia ' i'll give you all the space you need' wahhh klass kaw cakap omputih, hahahaha

Tetiba asa nak hurai ayat abang ni, yeah, semua orang perlukan ruang untuk diri sendiri, aku setuju sangat, sebab kita dah banyak terikat dengan komitmen kan. Kesibukkan kerja harian membuatkan kita xdak masa untuk diri sendiri.

Kerja seharian, ada yang ada cuti ada yang xdak cuti langsung, mcm abang, kerja dia simple, tapi xdak cuti weekend melainkan cuti am, sesimple kerja dia memerlukan satu tanggungjawab yang besar, sebab dia yang buat keputusan, kalau ada apa2 salah dia yang akan bertanggungjawab. Berat kan tanggugjawab tu.

Ok, untuk abang, ambiklah seberapa banyak space yang abang perlukan, just let me know, jadi b xdalah risaukan abang, ok. love you, muah!



Segmen : Nak Blog URL By Macam-Macam Cerita

klik SINI untuk join..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™