28 December 2013

2nd Paper Done!!

Alhamdulillah selesai sudah 2nd paper, Kerajaan Tempatan, alhamdulillah boleh jawab, cuma tak aplikasikan ja akta2 yang baca, just huraian ja, hadoii. Harap lecture terima la jawapan karangan budak darjah satu aku tu, huhu

Maka dengan ini tamatlah peperiksaan untuk tahun 2013, oppsss, jangan salah faham, kita akan jumpa lagi pada exam yang next year punya, pada 4 Jan 2014. Latihan dalam Organisasi.

Hari ni habis ja paper, aku merajinkan diri untuk jalan kaki ke mall untuk bank in duit topup, kasi senaman sikit sebab lama dah tak berjalan kan, aku jalan slow ja, asanya kalau aku lawan dengan sang kura, mesti sang kura yang akan menang. Maklumlah pregnant woman, must be careful, (speaking oiii)

Nak tempek pic sebelum pi exam tadi boleh?
Pengakuan jujur, ni baju masa zaman poli dulu, dah 3 tahun dah, baju kesayangan aku, nasib la muat lagi kan, nampak tak perut? 16 week dah tau...;-)

Jom join MiniGA #5 klik------------->>>> Keychain MiniGA #5  tamat 2 Jan 2014

27 December 2013

Rumah sendiri, kenangan ku di Port Dickson


Teringin sangat nak dok berasingan, bukan ada masalah apa, cumanya nak ada kehidupan sendiri. Doa ku moga bila aku habis belajar nanti ada rezeki abang untuk kerja tetap di darat, dapat rumah sendiri.

Aku seorang perempuan, naluri ku ingin punya sebuah rumah yang aku boleh uruskan sendiri, yang aku bebas untuk perhiaskan apa pun.

Jujur, aku rindukan kehidupan aku di port Dickson dulu. Mac 2011-Jun 2011, andai saja di waktu ini abang membawa aku ke sana, pasti aku tersenyum bahagia, kerana aku sudah tahu bagaimana untuk menghiasi rumah itu, menyusun perabot-perabot yang ada, laman hadapan yang luas penuh dengan pokok kaktus aku.. ya Allah..

Masak untuk abang, tunggu abang balik kerja, keluar di hujung minggu, kekadang rasa nak nangis ja bila kenangkan kenangan di sana..

Aku tak penah pun berbincang dengan abang tentang hal ini secara detail dan serius, hanya sembang gitu2 ja, mungkin aku masih belajar. Jadi perkara ini tak sesuai dibincangkan, tapi perkara ini juga la yang sering menghantui aku, ke mana kami selepas ini, adakah masih menumpang di rumah keluarga abang?


Andai saja abang baca entry aku kali ni, ketahuilah betapa aku inginkan semua ini. Moga abang sudah ada perancangan untuk kami. amin..

Kenangan di Port Dickson.

Ruangan depan.. pintu masuk..
Sofa, tersedia dah masa aku masuk rumah ni, ehsan dari kawan abang.. bear dan spongebob kekal jadi peneman sampai sekarang, hihi
Kaktus kesayangan aku, ruang hadapan rumah yang luas! abaikan mesin basuh yang rosak tu, buat stor jer.
Sarapan aku setiap pagi, siap ada sudu n garfu, gaya omputih la kununnya.
Pemandangan pantai, dekat ja dengan rumah, dalam 5-10 minit ja..
Aku, 2011, masa ni nak kuar beli barang dapur dengan abang..;-)
Bunga ros tisu, buatan abang, cantikkan..;-) sofa koko ni pun dah tersedia masa aku masuk rumah ni.
Ni ja gambar kenangan yang ada, ruang dapur, ruang tengah, bilik aku tak ambik gambar pun, sayang sangat, tapi nak buat camna, benda tak jangka yang hanya 3 bulan ja nak menetap di sini..huhu. Rindu!! (T___T)

26 December 2013

Esok jangan lupa join Keychain MiniGA #5

Salam, kali ni rajin pulak kan nak buat pengumuman tentang keychain miniGA, kalau tak main terjah publish ja, haha, esok tarikh berlangsung, 27 Dec 2013, mungkin akan dipublish tengah malam ni.

Rajin-rajin la joinkan diri anda, hadiahnya, mestilah keychain, dah nama pun keychain miniGA, hihi.

Sesapa yang tak pernah join lagi, syaratnya tersangatlah mudah, tak payah nak buat entry bagai, anda terjah entry, klik DUA iklan dan tinggalkan link blog anda, itu dah dikira sebagai penyertaan.

Pasal klik iklan tu, mohon jujur, insyaAllah kalau anda jujur dengan orang, orang pun akan jujur dengan anda, moga Allah murahkan rezeki anda2 yang jujur, amin.

Keychain apa bulan ni? Tunggu la entry GA dipublish malam ni, yang pasti cute miut macam keychain2 sebelum ni juga, ;-)

Selamat mengjoinkan diri nya, dan gud luck..;-)


Psss……. next paper 28.Dis.2013, Pengurusan Latihan dalam Organisasi.. doakan saya..;-)

25 December 2013

Special Super Duper Giveaway by NNA & FD


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Klik banner untuk join.

Senarai hadiah :-
| Topup RM5x1 by Nurul Ain | Tudung bawal x1 dan shawl x1 by Ryna | Bookark x5 by BudakVanilla | Topup RM5x1 by Maisarah Humaira' | Header kepada semua peserta dan keychain x2 by AinRahman | Button badges x6 dan 2 candy lip tint utk sorang by Fatin Diana | Brooch x2 by NurSyaza Fareha | necklace x1 by Mahirah |

Special Super Duper Giveaway dianjurkan oleh NNA dan kak Fatin Diana dan disponsor oleh NurulAin, Ryna, Budak Vanilla, Maisarah Humairah', Ain Rahman, Fatin Diana, NurSyaza Fareha dan Mahirah.


Tamat 25 Disember 2013, 10 Malam.



DETAIL HEADER:
Ayat yang hendak ditulis di header:
Dari Hati NaZiRaH
(Transparent)

Jenis font: 
Funny Kid

Background tulisan berwarna @ background flower/space/lain-lain:
Background tulisan berwarna

Kalau ada gambar, boleh sertakan {limit 1 sahaja} {kiri or kanan} = KANAN

https://lh5.googleusercontent.com/-bC78EqnS-7E/UrqPi7w3eDI/AAAAAAAAB20/RY9d_KWHXiY/h120/aku-dan-abang.gif

Kalau background berwarna, sertakan kod warnanya dari http://html-color-codes.info/: XDA



24 December 2013

1st PAPER DONE!!


Salam, alhamdulillah, dah selesai pun 1st paper, boleh la nak update blog jap, semalam tak on langsung laptop, habis ja paper petang tu, terus buat benda lagha, layan game, layan movie, tido, haha


1st paper adalah “hubungan manusia dalam pentadbiran” HR. alhamdulillah aku boleh jawab walaupun ada juga benda yang aku lupa,masa tak cukup nk fikir balik apa yang aku lupa tu, kira ngam2 ja masa aku jawab tu, semak sekali imbas ja, salah ejaan ka apa ka memang redha ja la.

Skang aku dalam bulan peperiksaan... doakan aku yer..;-)


17 December 2013

Ikhtiar aku..

Apa yang aku usahakan adalah ikhtiar aku, namun apa yang aku dapat semuanya kehendak Allah..

2012, aku pernah try lumiglow, aku order kat page Senang Hamil, habis sebotol aku sapu dengan konsisten, alhamdulillah senggugut aku hilang dan miss p aku berjalan dengan lancar sekali, masuk botol kedua, aku alami alergik, jadi aku main sapu ikut suka ja, mungkin disebabkan hormon baru nak stabil tapi dah tak konsisten, maka miss p aku datang pada bulan tu dengan teruknya. Habis botol kedua, aku stop. Info, harga dan segala testimoni boleh klik link kat atas tu.
sumber
Aku juga pernah try jus perawan, tapi tak habis sebotol pun, tak tau nape aku stop. Yang ni aku beli kat supermarket ja. RM26 kalau tak salah aku.
sumber gambar
2012 juga aku check kesuburan kat klinik, time tu miss p aku ada masalah, buat xnak stop plak, hadoii, dah check, dpt result doc bagi ubat subur, kena makan hari kedua kita ‘datang’. Then tepat hari ke 21 kita kena gi klinik semula, ambik darah utk check kesuburuan, result akan tahu 3 hari camtu, alhamdulillah yg second ni ok. Aku check kat klinik Dr. Noriah, RM40 ambik darah, RM40 ubat subur. Aku buat dalam 2 kali klu tak salah, maksudnya 2 bulan la.

Then aku try VCO, banyak botol juga la aku amal, period senggugut macam biasa, entah apa perubahan pun aku tak pasti, aku main telan ja, sebab dia semula jadi, tak dak kesan sampingan apa2, alang2 dah beli tu makan jela, kesan dalaman kita tak tau kan. Aku stop juga, haha, nampak, tak pernah nak kekal degan satu2 produk! yang ni RM30.
sumber gambar
Stop VCO aku try plak produk dari Sendayu tinggi, D’FOLIA, haa, yang ni agak terbaik sebab abang tegur, hihihi, malu lak nak cita, search sendiri la apa kegunaan d’folia tu, hihi.

sumber gambar
Ikhtiar kedua terakhir aku adalah mengurut, bayangkan sepanjang hampir 3 tahun aku kahwin, sekali pun aku tak pernah p mengurut, padahal aku senggugut punya la teruk, entahlah, tak sampai seru kot, cuti sem hari tu awal bulan 9 sebelum aku masuk u, aku g mengurut, 3 pagi berturut-turut, sedap rupanya, hihi. Sepagi makjang tu ambik rm20.

Lepas ja aku ngurut, miss p pun datang, alhamdulillah, 1st trial aku telan juga la ubat sebiji, tapi salu aku kena tidoq, ni aku dengan slumber ja kemas barang nak balik u, senggugut aku alhamdulillah x asa sangat pun, aku masih mampu utk bangun dan buat aktiviti harian! Teruja ni..haha

Ok last ikhtiar aku adalah jamu susuk dara, aku order kat KAKMAS, Agent  Jamu Susuk Dara dari Langkawi, kawan sekolah abang, aku ambik, Jamu Pengantin Dara, Feminine Wash, Coklat Love Habibi, ngan Minyak Ikat Kasih, berbaloi2, apa yg blocking2 suma keluar habis, hihi.. boleh klik link kat atas tu untuk ke fb Kak Mas dan tgk segala testimoni pengguna.
sumber
FEMININE WASH RM48
sumber
COKLAT LOVE HABIBI RM48
sumber
MINYAK IKAT KASIH RM65
JAMU PENGANTIN DARA RM65

Aku beli sikit-sikit, 2 barang, 2 barang, sumanya ditanggung beres oleh En. Boss a.k.a abang...thanx so much sayang..love u ketat ketat, hihi..Alhamdulillah, dengan kuasanya…masa aku tengah ambik CLH tu, aku asa lain macam, aku terus contact Kak mas dan tanya,  Kak mas gtau kalu asa lain, p check, kalau double line, stop, sebab CLH panas...2 hari aku stop sebelum aku check.. alhamdulillah...syukur yaAllah..;-)

16 December 2013

3rd check up 14 weeks ;-)

Keadaan masih lemah, sakit kepala yg berhari2, iberet folic?? Dah tak makan sebab muntah teruk, skang makan Obimin. Ambik kat klinik Dr.Noriah, sekali dengan scan 12w, alhamdulillah, semuanya baik kata doc, doc bagi ubat sakit kepala sebab aku ngadu yang aku alami sakit kepala yang kerap.

Kenapa scan, sebab aku tak sabar nak tengok baby kecik ni, hihi.. nak tunggu kerajaan lambat sangat, hujung bulan satu tahun depan (26 Januari 2014), total sekali ubat rm52, ok la, masih dalam kemampuan kan. bp aku 100/60..

Kelmarin 3rd check up untuk klinik desa, berat badan? Aku memang betul2  takdak selera makan skang, tapi alhamdulillah naik juga 700g, hihi

Skang kat u, aku tak dapat nak update macam selalu sebab aku dah ada dalam bulan peperiksaan, kira ada waktu lapang ja aku akan update, jadi ssapa yg jemput aku join GA tu, aku mintak maaf bebanyak, huhu. Ada kelapangan ja aku akan join, maap yerrr..

Kesimpulannya,

3rd chek up..

Berat  : 44.7kg
Baby : 14w
Hb : 10.8
Bp : 100/70


Next check up di klinik desa pada 5/1/2014, 3 minggu sekali sebab hb ngan bp aku tak stabil, huhu..

8 December 2013

"December Giveaway by Fatin Diana"



Klik banner untuk join.

Senarai hadiah :
Cash RM50 x 1, AuraWhite 400,000mg x 1, Jersey x 7, Peplum blouse x 3, Tshirt I ♥ Medan x 1, 2 keping shiseido mask x 2, Tote Bag Authentic Mango worth RM80 x 1, Jumpsuit x 1, Cardigan x 1, Felt brooch x 3, Bawal glitter x 2 + bracelet x 1, Header + Doodle x 2, dan voucher discount 10% untuk semua peserta.

December Giveaway ditaja oleh Fatin Diana, Abang Ensem, Red Delima, House of WNS, Nadratul Syazwana, Mai's Beauty House, Nur Cimi, Fariqan Afina, Jasple Boutique dan Nur Shahira.


Tamat 27 Disember 2013, 10 Malam.

6 December 2013

'Simple Giveaway by Syuhada Salleh'

klik SINI untuk join...
Tamat : 7.12.13

JOM PAKAT2 JOIN...

Nurse datang melawat. (bp rendah)

Lepas ja check up kedua pada 24 November 2013 tu, nurse gtau, Jumaat depan nak datang melawat, haa, lupa nak gtau, aku check up dekat klinik kampung abang, sebab aku memang banyak habis masa kat sana, jadi nurse tu datang rumah abang la, (rumah ibu bapak mertua i, kitorang mana ada rumah sendiri lagi ) insyAllah lepas belajar nanti, serius teringin sesangat nak duduk asing! Xda masalah apa, cuma teringin nak asa dok rumah sendiri, 3 tahun dah kan..

So, 28 November khamis, aku balik kampung, balik lagi kan, hihi. Esoknya lebih kurang jam 9.30 pagi camtu nurse sampai, just check darah ja, darah aku rendah, turun balik, hari tu kan  100/60, dah tinggal 90/60, apa lagi aku nak makan. Sebenarnya aku memang darah rendah dari sebelum pregnant lagi. Memain kan jap naik jap turun.

Haa, aku dah beli iberet folic, ni dia, aku beli kat guardian rm 35.90, ada 30 biji semua. Aku tunjuk kat nurse tu, dia kata betul, aku tak start makan lagi. Cadangnya malam tu la.
sumber
Lepas ja nurse balik terus ngadu kat abang, huhu, patutlah kekadang aku rasa terhoyong hayang ja, hmmm..

Skang ni, aku tengah alami sakit kepala, hari2 sakit kepala, nak makan ubat ikut suka tak boleh, kena g jumpa doctor. Ashik tdo jala keja aku, tu yang kekadang blog ni terabai sikit tu.

Year End GiveAway by AfNa

klik SINI untuk join...

 SYARAT-SYARAT 
❀ be Afna follower

❀ please like this page afna_beauty <
❀ follow Instagram INI *for those yg ada IG la*
❀ will end on 16 January 2014 *after final exam*
❀ copy banner GA dan linkkan ke entry INI sahaja

simple ja kan syarat dia, ada 10 pemenang yang dicari..
JOM PAKAT2 JOIN...;-)

5 December 2013

2nd check up, berat badan turun.

Salam, 2nd check up aku pada 24 November yang lalu, Allah permudahkan urusan aku, pada hari tersebut kelas kul930 pagi, batal, jadi dengan bangganya aku ponteng kelas kul 8, hihi.. aku balik kampung 21 November, Khamis sampai la Ahad tu.. wahh wahh, buat universiti macam ana yang punya kan..
(tinggal kami berdua ja dalam umah sebab family abang suma g Johor kenduri rumah PakNgah)

Al kisah pagi ahad tu, abang macam liat je nak pegi, aku dengan slumber siap jaa, kejap2 g kaco abang, aku gtau hujan, padahal  saja ja nak kaco abang, hihi. Last2 abang bangun mandi, yes! Abang nak g. saja ngada nak g dengan abang, padahal klinik tu jogging pun sampai, hihi.. kami g dengan motor, wahh bestnya hirup udara pagi.

Sampai klinik macam biasa la, nurse suruh g test urine, alamak, sikitnya, aku dah membuang habis-habisan kat rumah, kehkehkeh, xpala, janji lepas untuk test tu, aku pun g la tunjuk kat nurse tu, “ok”. Alhamdulillah, takut juga, sebab dok sakit kat ari, kot la urine kotor kan..

Then cek darah plak, alhamdulillah semua ok, 100/60, masuk cek perut, nurse kata kecik g, baru 11 minggu, tak nampak lagi. Time untuk timbang..haiii..turun ni.. 44kg, huhu, tak lalu makan la kak, itu la alasan yg aku bagi, memang aku tak lalu makan pun, nasi 1 hari sekali ja, tu pun sikit. Nurse tu cakap la, sebulan at least kena naik 500g, kamu ni sebulan turun 900g. huhuhuhu (T____T)

Aku gtau nurse aku tak boleh makan iron tablet untuk tambah darah tu, sebab kalau makan aku mesti muntah, nurse tu pun cadangla aku untuk makan iberet folic. Nnt aku story pasai iberet folic k..

Kesimpulannya,
2nd chek up..
Berat  : 44.0kg
Baby : 11w
Hb : 11.1
Bp : 100/70


Alhamdulillah semua ok, cuma berat ja turun..

pss: balik klinik ajak abang g beli roti canai, nyum3, sedapnyaaa..tima kasih abang, sudi layan karenah kesayangan abang ni..hihi

Pemenang Keychain MiniGA #4






                  Nantikan Keychain MiniGA#5 pada 27 Januari Disember 2014 nanti, insyaAllah..;-)

4 December 2013

Senarai peserta Keychain MiniGA #4

Terima kasih pada yang sudi join, sini adalah senarai peserta yg join..;-)


PENGUMUMAN PEMENANG AKAN DIBERITAHU PADA 5 DISEMBER 2013...

3 December 2013

Keychain MiniGA #4

TAMAT!!
ENTRY MELEKAT HINGGA 3 DISEMBER 2013
NAK KEYCHAIN??
TAKKAN JENGAH JA, 
KLIK DAN KLIK THEN TINGGAL LINK, CEPAT!!!

Hadiah Keychain bulan ini....




Syarat2....

1. Terbuka pada suma pembaca nazirahnyerr.blogspot.com (follower) Siapa yg bukan follower wajib follow
2. Tak perlu buat entry..
    Just tinggal link blog di ruangan komen.
    Klu rajin promot la minigiveway ni kat chatbox kawan2..
3. Klik SINI & SINI tunggu hingga habis loading *jujur ya..;-)
4. MiniGA ni akan berlangsung dari 27 Nov 2013 hingga 3 Dis 2013 11.59pm= SEMINGGU
5. 4 Dis 2013 senarai peserta akan dikeluarkan
6. 5 Dis 2013 pemenang akan di umumkan...

* terima kasih pada yg jujur klik iklan saya, moga Allah murahkan rezeki kalian di masa akan datang...amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™