29 November 2013

Menang mini GA dari blog IntaNBerlian



Terima kasih Alisha sayang, akhirnya rezeki aku nak dapat mini perfume tu, alhamdulillah, aku tak ingat start miniGA ke berapa aku join, tapi boleh dikatakan setiap kali aku akan join, cuma lately banyak juga aku terlepas join sebab kesibukan aku, bila on ja blog, dah terlepas tarikh, huhu. Ini yg ke 20 dh tau.

Untuk pengetahuan semua blog IntaNBerlian akan buat miniGA setiap bulan, 1 hari ja miniGA berlangsung, dan pengumuman akan dibuat beberapa hari sebelum miniGA berlangsung. Haaa, aku dapat ilham nak buat “keychain miniGA” sebulan sekali dari blog IntaNBerlian la, dan tarikh 27hb tu aku dapat ilham dari blog Lobaksusue. ;-) bezanya, diorang buat 1 hari aku buat seminggu, diorang tak kena klik iklan, aku tambah skit syarat untuk klik iklan..;-) syarat yg sama adalah, tak payah buat entry,just inggal link blog di kotak komen.

Hepi sangat bila buka pengumuman pemenang, nama blog aku yang terpampang, syukur tak terhingga.

Psssss.. sesapa yang blom join "Keychain MiniGA #4" boleh klik SINI, hanya klik iklan dan tinggalkan link blog anda, tak payah buat entry pun, simple kan, ;-) klik laju2!! TAMAT 3 DISEMBER 2013..

27 November 2013

1st check up ( buku merah )

Alhamdulillah, usia kandungan dah masuk 11 minggu, bersyukur tak terhingga atas anugerah dan kurniaan ni, 2 tahun 6 bulan, Allah lebih tahu apa yang terbaik. Hanya sabar menjadi peneman aku sepanjang tempoh itu, pernah aku menangis bila tahu adik aku pregnant, pernah juga aku menangis bila tau isteri kawan abang yang baru kahwin dah pregnant, tapi aku tetap kuatkan hati dan berkata “Allah lebih tahu apa yang terbaik”.

InsyaAllah aku akan kongsi pengalaman aku sepanjang aku pregnant ni..;-)

1st check up.

Kan 19/10/13 aku gi klinik untuk scan sama ada betul atau tak aku pregnant, petang tu aku balik U, minggu depannya aku balik kampung, aku cuti sendiri hai ahad tu sebab ada temu janji dengan nurse klinik desa untuk gi buat buku merah, 27/10/13 aku dan abang g la klinik tu, tak jauh pun dari rumah, dalam 3 minit camtu dah sampai, hihi.

1st letak ic dalam bakul yg disediakan di kaunter, nurse akan panggil dan sembang2 dengan kita, bila 1st date miss p yang terakhir, contohnya macam aku, last bulan 9, tarikh 1st datang 7hb, contohnya… so kita gtau 7hb la. Nurse tanya keturunan ada kencing manis tak, darah tinggi ka, o penyakit2 keturunan yang lain.
Kita kena test air kencing nak tengok air kencing kita kotor o tak, test sendiri k, ambil botol g kencing, pastu ambil satu batang macam UPT tu celup dalam bekas tu, g buang bekas tu dalam tong sampah, then g tunjuk kat nurse hasil test tu, pastu buang jala hasil test tu.

Nurse juga akan cek kepekatan darah kita, Hb. Cucuk sikit kat jari masukkan darah dalam alat tu then test, 1st aku test 9 lebih, tak puas hati sebab cair sangat nurse tu test sekali lagi, naik jadi 11 lebih, normal 12 kot kalu tak salah aku.

Dia akan tanya tinggi kita, ambik berat badan kita, berat badan aku time tu 44.9kg, normally 45kg, tu kira paling minimum untuk orang mengandung, dan wajib naik 500g setiap bulan.

Okey, masa yang di ambil untuk semua2 tu adalah 1 jam, alhamdulillah nasib aku baik hari tu, nurse tu suruh aku g klinik kesihatan untuk scan, untuk pengetahuan semua, kami yg tinggal di kampung ni, ada dua klinik, satu klinik desa, yang kena g tiap2 bulan tu, ada dua org nurse akan jaga situ, kira yang terdekat dengan rumah la, kat situ takdak kemudahan sangat, dia cuma bekalkan ubat, dan buat ujian2 yg aku cerita kat atas tadi ja, scan xda. Satu g klinik kesihatan yang agak besar sikit, suma ada la, scan, makmal, doktor pun ramai.

Dah settle kat klinik desa ni, aku ngan abang pun bertolak ke klinik kesihatan tersebut, tak jauh sangat, dalam 10 minit gtu naik keta. Sampai sana kena ambik darah, kencing lagi, then scan. Masuk bilik doc, sekali lagi doc akan tanya tarikh 1st period kita yang terakhir, aku gtau jujur ja, xnak tipu, huhu, then doc suruh baring atas katil untuk scan.. Ya Allah, comelnya benih yg sedang membesar di dalam rahimku, masa tu bentuk dia macam kacang merah ja, tak sabar plak nak scan bulan 1 ni, sayang bonda..;-)

1st check up..
Berat  : 44.9kg
Baby : 7w
Hb : 11.6

Bp : 90/60

Dah settle, boleh terus balik, next appointment dengan klinik kesihatan ni 26.1.2014, tahun depan nun, hihi..

psssss.. sesapa yang blom join "Keychain MiniGA #4" boleh klik SINI, hanya klik iklan dan tinggalkan link blog anda, tak payah buat entry pun, simple kan, ;-) klik laju2!! TAMAT 3 DISEMBER 2013..

25 November 2013

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

20 November 2013

Hari yang penat

Hari ni subjek Kajian Penyelidikan , kena bawa laptop ke kelas, azabnya berat laptop tu, dari bilik jalan ke bus stop, dari bus stop jalan ke kelas, kelas kat DKG 6/6, sapa student UUM tahu la jauh dekat dari bus stop COLGIS ke DKG 6/6 tu, sangat memenatkan, dengan perut aku yang tak selesa, sebu dari pagi.. 
Balik kelas KP kul 11 pagi, jalan kaki dari kelas ke HEP tujuannya nak ambik tentatif Kak Mas,dan nak jumpa pegawai HEA, sekali tanya akak kaunter tu HEA kat bangunan CANSELORI, jauh pula nak jalan kaki tu, atas nasihat Diana aku pun kol jer, alhamdulillah pegawai tu layan panggilan aku, jadi apa yang aku nak tanya, aku tanya by kol ja, alhamdulillah.

Kitorang makan kat kafe merah area HEP tu, sementara nak tunggu kelas tutorial kul 1 tghri, kami lepak situ sampai kul 12.30tghri. bermula la jalan kaki untuk kembali ke kelas tadi, tapi kali ni lagi jauh dari DKG 6, jauhnya aku berjalan.

Selesai kelas kul 1.30ptg berjalan lagi dari kelas ke bus stop, berpusu pusu naik bas, berebut aku kau, dapat juga naik, dari COLGIS sampai ke COB, kena pulak turun untuk ambil bas hadapan, dah macam bas lompat-lompat kan, selalu terus ja sampai DPP. berkejar kejar la plak dari bas belakang ni untuk ke depan melangkaui 3 buah bas, dengan galas bag laptopnya, aku naik betul-betul atas tangga sebab dah penuh, tu pun alhamdulillah sempat juga naik bas tu. 

Sampai DPP, jalan kaki balik bilik, dengan penatnya, sakit perut aku masih terasa, harap sumanya ok, sebab aku tersangat risau bila baca artikel blog yang menyatakan di awal prenant tak boleh berjalan jauh atau berjalan banyak sangat, sebab takut rahim lemah dan menyebabkan kejadian yang tak diingini berlaku, kalau hujung2 pregnant takpa sebab nak bagi senang bersalin, tapi bangunan di UUM sangat complicated memaksa kita untuk berjalan dari satu bangunan ke bangunan yang lain dengan jarak yang sangat jauh. 

Andai saja ada sang kancil, terasa betapa lancarnya perjalanan aku setiap hari, tanpa perlu berkejar dan berebut untuk naik bas, tanpa perlu jalan terlalu jauh untuk ke kelas, andai saja.... 

KP= kajian penyelidikan
COLGIS= collage of law, government & internasional study
DKG= dewan kuliah
HEP= hal ehwal pelajar
HEA=hal ehwal akademik
COB= collage of business
DPP= dewan penginapan pelajar


Ya Allah, permudahkanlah urusan Nazirah, moga dia kuat menghadapi semua dugaan ini, amin.

19 November 2013

Tak sihat

Pejam celik rupanya dah seminggu aku tak update blog, dan seminggu itu bukan entry aku, tapi hanyalah giveway, last entry aku adalah 2 minggu yang lalu, dasat kan..

Banyak yang ingin aku ceritakan di blog kesayangan aku ni, tapi masa dan kesihatan sangat tak mengizinkan, insyaAllah aku akan ceritakan lain kali.

Cukuplah update ringkas aku dengan menyatakan aku sememangnya sedang melalui fasa2 trimester  pertama, badan aku lemah sesangat, aku sering terkena sakit kepala yg sangat dasat, sehingga buat aku terlena sepanjang malam, aku juga mengalami kurang selera makan, dan muntah2 apabila selesai makan, tapi alhamdulillah jarang-jarang ja aku muntah, bergantung pada penerimaan perut aku, dan alhamdulillah juga aku tak mengalami morning sickness, jadi aku dapat bangun pagi dan pergi kelas dengan biasa, terima kasih ya Allah Engkau telah permudahkan urusan aku di bahagian itu.

insyaAllah aku akan update slow2 tentang diri aku dan baby kecik,”baby kecik”  itu panggil abang, hihi, cute kan. Doakan aku kuat, 24 NOV 2013, 2nd appointment dengan klinik desa, dengan klinik besar plak 26 Jan tahun depan, lambat sangat rasa, ingat nak ajak abang g scan dulu kat klinik swasta nak tgk perkembangan bayi, last scan masa buat buku merah hari tu, 26 Oktober. Aku sendiri tak faham kenapa kena tunggu sampai 3 bulan untuk 2nd appointment dengan klinik besar, sedangkan member aku awal bulan g klinik desa, hujung bulan g klinik besar untuk scan baby, kira tiap bulan dia scan. Hmm.. musykil di situ.

Ok, insyaAllah jumpa lagi next entry.


“Ya Allah kuatkan semangat Nazirah, sihatkanlah kandungan dia, amin”

9 November 2013

Reddelima Giveaway Part 2 by Dunia sebenar Shida

Assalamualaikum, peace upon you.







Dengan ini shida menganjurkan Reddelima Giveaway Part 2 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 30.10.2013 dan akan tamat pada 12.11.2013 (2 weeks). Pengumuman pemenang untuk Part 2 akan shida umumkan setelah mendapat keputusan dari pihak penaja. Untuk Part 2 pilihan pemenang sepenuhnya dipilih oleh penaja dan juga berdasarkan Unique Click (jadi affliate) Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :




  syarat-syarat wajib :  


  1. Like  Page Penaja dan Share (klik pada button share dalam entri ini)  :  

  2. Like, G+ entri ini  dan Follow Blog Shida :

  3. Buat satu entri bertajuk :  Reddelima Giveaway Part 2 by Dunia sebenar Shida

  4. Copy dan paste kod dalam entri korang

  5. Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini

  6. Wajib Daftar menjadi Affliate www.reddelima.com dan letak banner Affliate dalam blog (akan disemak oleh Penaja) : klik cara Daftar Affliate dengan 7 langkah mudah!








Senarai Hadiah  |  Senarai Peserta

8 November 2013

BirthDay GiveAway By S.Saira & Eymasu

klik SINI untuk join
JOM PAKAT2 JOIN..
TAMAT:: BILA2 MASA, HIHI

tag:
awak dan awak

6 November 2013

"Gempak Giveaway Red Delima Part 2"





SENARAI HADIAH

1) Pakej percutian 3 hari dua malam ke Pulau Satang, Kuching Sarawak untuk 6 paks Sila rujuk https://www.facebook.com/pages/Satang-Island/148250631916611 untuk keterangan lanjut mengenai Pulau Satang..April hingga September sahaja ( HADIAH UTAMA)
2) Telekung x 5
3) Beg x 5
4) Selendang x 5
5) T-Shirt x 5

Pemenang Keychain MiniGA #3

Salam, maaf teramat sangat sebab lambat umum nama pemenang, letih sangat, malam ni gagah juga on laptop.

PEMENANG UNTUK Pemenang Keychain MiniGA #3 IALAH::::




Tahniah!! Nantikan Keychain MiniGA#4 pada 27 November nanti, insyaAllah..;-)

4 November 2013

Giveaway Jom Menang


KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:
i) 1 set perfume bernilai RM120.00
ii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iv) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Keychain

Hadiah ditaja oleh Loveperfume & Yumida


TAMAT: 9 NOVEMBER 2013

Senarai peserta Keychain MiniGA #3


Terima kasih pada yang sudi join, sini ada senarai peserta yg join..;-)


PENGUMUMAN PEMENANG AKAN DIBERITAHU PADA 5 NOVEMBER 2013...

  1. http://myboyfriendisanarmy.blogspot.com/
  2. http://www.bubblynotes.com
  3. http://princesskawaiigurlzz.blogspot.com
  4. http://eymasushoppe.blogspot.com/2013/10/keychain-miniga-3.html
  5. http://hasyaifaamadariqfi.blogspot.com/
  6. www.ainizakaria.my
  7. http://mylovekasih.blogspot.com
  8. http://www.ieyzartdsyahieyr92.my/
  9. http://atikahazanan.blogspot.com/
  10. http://www.syuhadasalleh.my/
  11. vidolaaa.blogspot.com
  12. http://amirahamer.blogspot.com/
  13. http://afiqahadzan.blogspot.com/
  14. http://kampung-kameq.blogspot.com
  15. http://superpapaya.blogspot.com/
  16. http://blogcontestgiveaway.blogspot.com
  17. http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/
  18. http://nursyazlia.blogspot.com/
  19. http://angellovesoldier.blogspot.com/
  20. http://twinkleeestar.blogspot.com/
  21. sweetsmilensweetlife.blogspot.com
  22. http://loveyoucontest.blogspot.com

3 November 2013

Keychain MiniGA #3

_TAMAT SUDAAA_
ENTRY MELEKAT HINGGA 3 NOVEMBER 2013

NAK KEYCHAIN??

TAKKAN JENGAH JA, 

KLIK! KLIK! then TINGGAL LINK blog anda, CEPAT!!!

Hadiah Keychain bulan ini....
Syarat2....

1. Terbuka pada suma pembaca nazirahnyerr.blogspot.com (follower) Siapa yg bukan follower wajib follow

2. Tak perlu buat entry..
    Just tinggal link blog di ruangan komen.
   * Klu rajin promot la minigiveway ni kat chatbox kawan2..

3. Klik SINI & SINI tunggu hingga habis loading *jujur ya..;-)

4. MiniGA ni akan berlangsung dari 28 OKT 2013 hingga 3 NOV 2013 11.59pm= SEMINGGU

5. 4 NOV 2013 senarai peserta akan dikeluarkan

6. 5 NOV 2013 pemenang akan di umumkan...

Gelang untuk adik

Gelang untuk adik Solehah, aku beli kat padang besar, rm 120.00/10..hihi

Takpala adik, tu ja yang kak mampu skng, insyaAllah nanti kak kerja kak beli yang tak bahagi sepuluh k..;-)


Nasib gelang murah, masa gi ambik ubat adik mak gtau gelang ni jatuh, tak perasan jatuh bila dan kat mana, biasala, penyambung dia lembut sangat, gelang murah kan...tak lama jodoh gelang ni dengan adik..

P/S::: Sesapa yang tak join lagi keychain miniGA #3 klik SINI cepat, malam ni tamat!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© To Dari Hati Nazirah 2015 | ® By KathyR’bain78™