Hihihi, bila buka ja profil aku, fuhh, panjang gila senarai blog yang aku follow. Memang patut la sebab aku rajin join GA, bukan setakat penganjur ja kita kena follow, kebanyakkan GA kan ada sponsor yang perlu kita follow, itu yang banyak tu, tapi takpa, tak kisah pun, banyak sangat info yang kita akan dapat bila kita banyak follow blog orang ni.
31 January 2013
“Segmen Blogger i2 Sahabat ku”
klik SINI untuk join.. |
- Buat 1 entri tajuk “Segmen Blogger i2 Sahabat ku”
- Tempek gambar tu kat entri korang
- Linkkan ke entri ni.
- Folow blog buruk ni. Tak follow pun takpe aku tak paksa..
- Link kan entri korang kat ruangan komen.. Mudah bukan.. Jom join tarikh tutup penyertaan 28 Feb 2013..
Jom pakat2 join...
BEST SANGAT TENGOK GA ORANG DAPAT SAMBUTAN
Aku tumpang hepi tengok GA o segmen2 orang lain dapat sambutan. Semangat plak aku nak buat mini GA walaupun dalam hati asa takut, harap sangat aku dapat lancarkan mini GA Feb nanti, dalam perancangan, hihi. Aku tumpang hepi dengan GA yang baru aku join daripada Puterikasih ni, 1st GA dia tau tapi sambutan dia sangat memberansangkan, 11.59pm 31/1/2013 tarikh tamat dia, bayangkan lah 1st GA dia buat dapat sambutan lebih 100 peserta, kalau GA aku la dapat sambutan camtu, senyum sampai telinga la aku, haha. Ok, sesapa nak join boleh klik SINI, cepat, masih ada masa lagi, hadiah dia pun boleh tahan hebat tau...;-)
30 January 2013
1st Giveaway By Puterikasih.com
klik SINI untuk join.. |
Aku memang betul2 mengisi masa cuti aku ini sepenuhnya dengan join GA sebanyak yg termampu, tak caya tengok la senarai kat " my story" ..hihi
Dah follow penaja..;-) baik hati tak? ngee~
“1st Giveaway By Puterikasih.com ini dianjurkan oleh Puterikasih.com dan ditaja bersama oleh All About Craft, Dikbi, Azie Namico, Josrevalution @JR, Nurul Syarafina, Azziamiza, Zuhanif, Kiosk Vitamin, Cik Yaya, Kimmie, Serembanmaya.com dan Kaspersky Malaysia”
Tag: Ciksu.....;-)
Tarikh Tutup 1st Giveaway By Puterikasih.com : 31 Januari 2013 ( tepat pukul 11.59 malam)
Nak bagi pantun sikit:
PECAH KACA PECAH PERMATA,
SUDAH BACA JOM LA JOIN JADI PESERTA..hihihihi
" Fivers Hijabis Giveaway II "
klik SINI untuk join.. |
Dah follow Iez
Dah like fanpage Iez
Dipetik daripada kata2 ustaz saya zaman poli dulu:
" perempuan yang bertudung tidak semestinya baik, tetapi perempuan yang baik, dia akan bertudung "
Hayati dan dalami ayat di atas, tersirat dan mendalam sangat maksudnya...
TAG:
Kak Wanieys
Kak Intan
Fivers Hijabis Giveaway II ini akan tamat pada 15 / 02 / 2013 *
MENANG GA MAYLEY JAYLEY (^_^)
On dashboard blog tengok kat komen, Macam tak percaya ja bila dapat komen dari TENGKU IJI : tahniah menang GA Mayley Jayley :D, terkejut aku, terus terjah blog MAI, ada senarai nombor plak, aku ni lupa aku no berapa, g plak kat senarai peserta, aku no 2, semak la kat senarai pemenang, ada lah. wahhh, tersenyum sampai telinga, aku dapat PHONE CASE. Alhamdulillah, hadiah kena tuntut kat Fan Page NorHayati.
Siapa yang nak tau senarai pemenang boleh la klik SINI.
TERBIASA BERSAMA~
Di sini kau dan aku terbiasa bersama, cewwah, buat layan lagu plak, di sini tu di mana? Di mana lagi kalau bukan di rumah, ngee~ Terbiasa bersama maksudnya aku dan abang dah terbiasa bersama, hari-hari tengok muka, hari-hari gaduh, hari-hari ngusik, hari-hari peluk cium, opsss..hihi
Takuttt, huhu, bukan apa bila dah terbiasa bersama parah juga la nak lepas abang g. Bayangkan abang balik 29/ 11/2012. 29/12/2012=1 bulan, 29/1/2013= 2 bulan. Masa abang balik bulan 11 tu aku still kat U, tapi tiap2 minggu aku balik tau, WAJIB. Sampai la last aku exam 10hb, aku balik tu sampai la skang tak pernah berenggan dengan abang tau, huhu.
Pasni kalau abang dapat panggilan nak kena g laut, alhamdulillah rezeki, lama dah abang bercuti, tapi 1st nak lepas abang g dan sementara nak biasakan diri tanpa abang adalah satu waktu yg teramat sukar untuk aku. Berendam air mata juga la, huhu.
Apa pun aku selalu doakan yang terbaik untuk abang, aku akan sentiasa berfikiran positif dengan segala yang Allah bagi kat aku, berjauhan dengan abang pasti ada hikmahnya, sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, aku redha, doakan abang dapat panggilan kerja, amin.
3 PASANG SEKALI GUS~
Tamak tak tamak tak, hari tu abang bagi la duit belanja, oleh kerana aku ni dah lama tak buat baju kurung, aku pun mintak izin abang nak beli kain pasang nak buat baju, abang bagi.. Abang cakap limit 3 pasang dulu, takut nanti orang dah pakai fesyen lain, actually aku tak kisah pun tentang fesyen ni, n aku memang berangan angan nak beli 3 pasang pun. Memahami sungguh suami aku ni, hihi
Aku jenis yang tak kisah asalkan ia cantik pada pandangan mata aku, sebenarnya aku tak suka beli baju mahal2, sebabnya aku sayang nak pakai nanti, hahaha, pelik tak aku? So, jangan terkut kalau aku gtau baju aku ni sepasang tak lebih pun rm20, caya tak caya tak, aku beli kat kedai borong area Jitra, kedai tu memang murah2 kain pasang dia, n cantik2, kualiti pun boleh tahan juga la, jadi la untuk pakai seharian.
Tujuan aku beli ni ada 2, yang pertama aku buat untuk pakai kenduri, yang ke2 aku buat untuk pakai p kelas, kira 2 dalam 1 la..ngee~
Warna biru n merah tu aku nak pakai kenduri WANI & EIN, aku buat baju kurung moden, tema kenduri diorang merah dan biru, aku tak ingat plak sapa merah sapa biru, kena kol tanya lain la ni, haha. Yang tak tau warna apa tu aku buat baju kurung biasa, senang.
Dah pergi upah dah, janji dengan tukang jahit nak ambik 7 FEB depan, tak sabarnya...Tengok yang warna biru tu, unik kan, baju polkadot, kain ala2 corak batik gitu.. Melaram sakan la aku nanti, harap sedap pakai la, kalau dak, mau temenung 3 hari 3 malam aku ni, haha
29 January 2013
TERHARU...
"saya berjanji pada awak, saya takkan biarkan mana2 lelaki sentuh awak"
Tengah layan drama RUBI, Ben bagi ayat ni kat Shuha, tetiba feeling plak dengar, dengan babak diorang peluk, aduhh.. Terasa tau, macam mana bila ada seorang lelaki yang sudi jadi peindung kita, sanggup berkorban untuk jaga maruah kita, perghh.. Terharu!!
TERIMA KASIH ABANG~
Aku abadikan ucapan TERIMA KASIH ini di dalam entry aku.
Terima kasih buat suamiku yg tersayang sebab sudi bayar bil broadband. Hari ni g Jitra, tampung tayar kereta abang yang bocor, g bank in duit topup, then g bayar bil broadband. Yerla kat aku cakap BB aku dah over limit, jadi lembab kalah kura2, sedih aku.
Tahu kenapa aku siap abadikan TERIMA KASIH ni dalam blog, sebab pada mulanya abang taknak bayar, abang cakap abang bagi BB untuk buat esaiment kat U, skang kan tengah cuti, huhu. Aku cakap la, aku bosan kat umah, aku minat berblog, mungkin disebabkan kesian kat aku maka abang bersetuju untuk bayar, alhamdulillah, aku hepi tau. hihi
sumber |
TERIMA KASIH ABANG !!!!!
"PCL , tolong review blog saya"
klik SINI untuk join.. |
"PCL , tolong review blog saya (http://nazirahnyerr.blogspot.com/)"
Blog yang tidak seberapa nih...;-)
28 January 2013
GiveAway by AFNA
klik SINI untuk join.. |
GA ni akan tamat pada 11 FEBRUARI 2013
Join GA adalah untuk memberi sokongan kepada rakan2 blogger yg lain..
JOM LA PAKAT2 JOIN...;-)
2nd GA - KAIN PASANG
klik SINI untuk join... |
Ini kali kedua aku join GA kak Intan, 2nd GA kali ni kak Intan menawarkan hadiah berupa kain pasang, cantik kan, mana tau ada rezeki nak menang,hihi
Tarikh dia lambat lagi, jom la pakat2 join..;-)
27 January 2013
SEGMEN REVIEW BLOG BY DJH
klik SINI untuk join.. |
Blog Angah simple, tak sakit mata nak tengok, header menarik, aku dah follow blog angah sebelom masuk segmen ni lagi..;-)
Tarikh tutup ialah pada 2 Februari 2013
Jom la pakat2 join..
AKU ADA NOVEL " SETIA HUJUNG NYAWA " LA!!
Kenapa buat tanda seru?? Sebabnya aku baru tau petang tadi yang aku sebenarnya dah ada novel tu, haha. Lawak tak?
Gini ceritanya, kan pagi tadi aku balik umah aku, aku lepak sampai petang, dalam 530 camtu aku balik, sampai ja umah sini, tak tau nak buat apa aku pun on laptop, jalan2 kat blog orang, terbacalah satu entry yang menceritakan pasal drama tersebut, serta di tempekkan sekali dengan gambar cover novel tersebut. Entah camna aku tetiba ja teringat aku macam pernah tengok ja cover tu, aku pun dengan slamba g la kat rak buku, selak2 nak cari satu novel yg aku pernah beli tahun lepas guna duit voucher yang tak pernah baca pun sebab cerita dia tak best. Sekali aku tengok tajuk dia, SETIA HUJUNG NYAWA. perggghh.. haha
Itula novel yang suatu ketika dulu aku tak berminat pun nak baca, ntah, aku saja beli untuk menghabiskan duit dalam voucher tu ja, kalut2, baca sinopsis gitu2 then terus ambik, bila balik selak2 macam boring ja, letak kat rak n tak pernah tengok dah. Kejam tak, hahaha
Sekarang bila tau aku ada novel tu, betapa bangganya aku nak gtau orang yang aku ada novel tu, ( huduh nyer perangai ) haha. Mentangla drama tu tengah top skang, Isnin-Khamis 7pm di TV3. Dalam novel tu ada tandatangan aku n tarikh aku beli. Aku siap scan lagi nak tempek dalam entry ni. pulun tak pulun tak, hihi
ORI TAU, AKU SCAN TADI, HIHI |
BUKTI, HAHA |
Yang bulat merah tu bukti hak milik, siap ada tandangan, nama n tarikh lagi tau, sowi, malu tandatangan tak cantik, tu yang dihijaukan, ngee~
MEMANCING~
Dalam beberapa hari terdekat ni abang memang tengah gila
mancing, pagi, petang, malam. Tak kira waktu, itu yang dipanggil minat kan. Bila
dah minat ni, benda kita buat asa puas ja, tak rasa terpaksa, tak rasa menyusahkan.
Hari ni pepagi lagi abang dah keluar, mulanya abang g dengan
kereta, aku hantar abang dekat depan pintu, hantr sampai abang hilang dari pandangan mata, elok ja aku masuk dalam umah terdengar enjin kereta abang,
aku jenguk la kat tingkap, abang patah balik, rupanya tayar kereta abang
pancit. Untung jiran depan umah pun nak g mancing tempat yang sama juga, jadi
abang balik parking kereta n tumpang jiran depan umah.
Aku plak dah mintak izin nak balik umah aku jap g, rindu
bangat dekat adik solehah, kelmarin dah g hantar adik Adam kat umah tok sebelah
sana, huhu. Rindu adik Adam.
Ok la, nak siap balik sana, daaa..
Segmen: Jom Blogwalking
klik SINI untuk join |
1 BULAN LAGI..
Kejap ja kan, sebulan lagi genaplah hubungan kami suami isteri 2 TAHUN. Dua tahun dah, asa macam baru ja kami melayari hidup bersama, mungkin sebab kami jarang berjumpa kot, jadi dok rasa macam pasangan bercinta lagi, oppss, jangan salah faham, dah kawin ni lagi bertambah tau rasa cinta ni, alhamdulillah walaupun banyak dugaan yang mendatang kami tetap masih bersama, moga jodoh ini kekal hingga ke syurga.
27 Feb jatuh hari Rabu, dan waktu tu aku kat U, tapi takpa, hari Selasa aku takdak kelas, Rabu plak kelas aku start kul 1130, jadi kalau aku balik kampung memang sempat sesangat nak sambut. Masalahnya sekarang ni abang ada kat darat ka time tu?? Tetttt... ;-)
Jujur aku rasa macam nak buat mini GA ja, sempenan ulangtahun perkahwinan aku nanti, tapi aku takut sangat nak buat, follower aku tak ramai mana pun, takut kalau2 tak dapat sambutan, nanti aku sendiri yang kecewa, huhu, tengok la nanti camna, kalau aku dah bersedia mental dan fizikal aku akan buat mini GA tu, tak salah kan kalau mencuba, serius aku nak buat yang simple ja, aku akan buat berdasarkan pengalaman aku join GA o SEGMEN blogger lain, insyaAllah..
26 January 2013
CERITA AKU HARI INI~
Haaa, bila tengah malam mula la nak bercerita tentang
aktiviti hari ni, pagi tadi pepagi lagi mak dah pergi tempat kenduri, aku plak
bangun, kemas dapur, basuh pinggan, buat nasi goreng dekat adik n aku, untuk
abang? Abang tak sarapan pagi, hihi. Then alang2 kat dapur dah, aku terus la
masak nasi untuk tengah hari, mak selalunya balik petang klau g tempat kenduri ni, jadi mentara, selesai semua kerja,
aku layan Hindustan dengan abang, MAIN
HOON NA, Shahrukh Khan,ngee~, memang tak lepas la..
Aku goreng kentang segera, ala2 wedges kat kfc tu, then
goreng daging burger, layan Hindustan sambil makan, adik plak buat kerja sekolah
dia.
Aktiviti petangnya main badminton dengan abang, hihihi, aku
dah makin cekap n pandai tau main badminton. Dah dok training dengan abang, tu
yang jadi makin pandai tu..;-)
Malam ni sorang2 la, abang g dengar ceramah dengan kawan
dia, maghrib tadi kawan dia dah sampai, solat kat umah sini dengan abang, dia
datang ambik abang, ala, kawan abang; EIN bakal pengantin dalam kad comey tu
la. Umur ja muda tapi matured orangnya, kalau tak takkan dia boleh kawan dengan
abang yang 6 tahun lebih tua dari dia, dulu waktu keluar sekali sempatla aku
interview dia, dia memang kawan dengan abang n kawan2 abang dari dulu lagi,
sebab tu dia nampak matured.
Sekarang abang tak balik lagi, mungkin singgah lepak2 dulu
kot, mak, ayah n adik dah lama tido, aku kat depan tv layan cerekarama, “ anak
sampah”. Best juga la cerita ni.
Ok la kat sini ja aku nak tulis, nanti bila dah tua, anak
aku baca blog ni, baru dia tau yang malam2 ni la kerja ibu dia bila ayah takdak kat umah, layan
laptop n layan tv sorang2..hihi
KAD KAHWIN ("v")
Tengok, cantik tak? Unik kan? hihi
22hb, sebelum g menjala dengan abang tu, kawan abang datang umah dengan tunang dia. Nak panggil makan kenduri diorang, kami lepak kat belakang umah, sambil menghidup udara segar. Kenduri kawan abang ni 9hb FEB sebelah perempuan, 10hb FEB sebelah lelaki, diorang ni muda lagi tau, kawan abang ( pengantin lelaki) baru 23, pengantin perempuan baru 22 tahun, kawan abang macam kawan2 aku juga la, eh, umur pengantin perempuan sebaya aku waktu aku kawin dulu, asa macam muda ja bila dengar orang kawin umur 22 kan, padahal aku pun kawin umur 22 juga, haha. Aku agak rapat juga dengan pengantin perempuan ni, selalu ja mesej2 o chating kat fb. Kira boleh ngan 1 kepala la..hihi
Macam2 kan kad kenduri zaman skang, unik n kreatif.. comey kan kad ni, 1st time aku dapat kad macam ni, tak tau kot orang lain dah dapat berkurun dah, hihi
Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat EIN & WANI, tak sabar sangat tunggu hari bahagian hampa dua!