29 July 2012

BEG N HANDPHONE..(",)


KISAH BEG

Kelmarin teman ibu mertua shopping untuk adik.. dah lama dah dok berkenan beg ni.. tapi tak berani beli.. kelmarin dah niat dah.. apa jadi nak beli beg juga.. teringin..huhu.. alih2 aku dapat beli.. tak gtau abang lagi, takut kna marah.. nanti2 la.. bila mood betul2 baik.. abang salu cakap beg aku dah banyak.. mmg la.. tapi suma rosak.. beg yang ada yang aku salu pakai ni daif sangat dah..zip suma dah tercabut.. huhu.. alang2 nak raya ni.. aku nak rasmi time raya nanti la..baru berseri2 skit.. haha.. walaupun murah, tapi hati dah berkenan aku sauk ja.. ;-)

rm39.9 after discount rm30 at Jitra Mall..hihi
KISAH HANDPHONE
Sebenarnya aku dah lama teringin sesangat nak pakai hp flip.. tapi apakan daya.. tak mampu nak beli.. lagipun hp jenis ni cepat rosak.. jadi terbantut la niat aku nak pakai hp jenis ni.. hari tu aku ternampak hp jenis ni..jenama Samsung.. rm99 only.. haha.. dalam hati dah mula berangan2 nak beli.. murah.. klu rosak pun tak la ralat sangat.. asalkan tercapai impian aku selama ni nak guna hp flip.. agaknya bila la kan.. nak tunggu nak beli yang mahal mmg tak la kot..sekali rosak mau menangis air mata darah.. adoi..

samsung e1195 rm99 only..hihi


27 July 2012

GAMBAR ADIK...

AKU DENGAN ADIK DEKAT HOSPITAL

BONDAKU.. HARI PERTAMA KAMI DAPAT TGK ADIK..

ADIK AKU.. NURAISYAH SOLEHAH BINTI NOR AZAM

26 July 2012

Exam result..


Hari ni 26 Julai 2012.. keputusan peperiksaan keluar.. aku? Sama ja macam dulu… hmm.. takpala..aku tetap bersyukur.. asa berbaloi dengan apa yang aku buat.. aku sedar setakat mana aku dah usaha.. dan keputusan itu memang pantas aku dapat.. semester hadapan aku akan lebih berusaha untuk jadi lebih baik..

24 July 2012

UPDATE DAH.. SECARA RINGKASNYA.. (",)

21 Julai 2012 sabtu.. 1st day posa.. Alhamdulillah.. 

Baby girl.. comey sangat.. alhamdullah.. aku dapat adik pompuan..hihi.. mak aku terpaksa lahir dgn pembedahan.. baby n mak ada prob.. Alhamdulillah semuanya selamat.. 17.Julai.2012.. Selasa..  Gambar ada dalam fon.. malas sangat nak blutut.. huhu.. 

22 Julai 2012 ahad.. mak dapat balik..

Wahh.. hepi sangat mak dapat balik dah.. mak tak bp sihat lagi.. huhu.. kna g cek paru2.. jantung.. macam2 la.. hari2 doa bagi mak sihat.. bestnya dapat baby kecik.. maklumla dah layak jadi mak budak dah.. sifat keibuan tu dah ada.. last aku dapat adik kecik waktu aku darjah 4, tahun 1999.. adik aku skang dah 13 tahun dah.. Nasihah.. bila dapat adik baby yang kecik ni.. wah bestnya rasa..

23 Julai 2012 isnin.. dapat tau something..

Emm.. sedih la.. macam2 dapat tau, benda yang aku tak tau selama ni.. dugaan kan.. tapi Alhamdulillah semua dah selesai.. aku terpaksa terima cara dia yang memang macam tu.. sayang, love, cinta, qaseh.. bagi dia itu perkara biasa antara dia dan kawan2.. tak da makna apa2.. sayang, cinta, kasih yang tulus hanya untuk isteri dia sahaja.. huhu.. tak kisah la nak kata aku ni lurus o apa.. aku ja yang tau.. 

“ hanya b d hati abang” cukup la dengan ungkapan tu… terima kasih sayang..




21 July 2012

BANYAK BENDA NAK UPDATE

  1. alhamdulillah.. mak stabil n selamat lahirkankan baby..
  2. mak tak dapat pulang lagi..
  3. dapat tahu satu lagi perkara.. dah pesan dah, klu contct, benda tu akan buat hati aku terluka, tapi  still juga.. tah la nak kata apa.. beza kawan n kekasih???? 
  4. bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi la derr..
  5. esok posa.. hnya pada Dia ja aku nak minta segalanya..

15 July 2012

TERIMA KASIH YA ALLAH... (",)

13 Julai 2012, Jumaat hari kedua mak kat ICU..  Alhamdulillah mak dah makin sihat.. ramai yang datang melawat mak kat hospital, terima kasih semua.. aku g dengan abang n mak ayah, adik zirah, kakcik g dengan kedua mertua dia.. adik2 g dengan kakcik.. ayah g lambat sket.. hepi sangat mak dah baik.. syukur sesangat.. Alhamdulillah..
14 Julai 2012, Sabtu hari ketiga mak kat ICU.. Alhamdulillah mak dah tak pakai mask besaq dabak tu.. mak dah pakai mask biasa.. ( sori.. aku tak tahu bahasa hospital ) hihi.. mak dah dapat sembang banyak dah.. aku g dengan ayah n adik2 plak kali ni.. haa..  tak lupa buat Yuslina, thanx Yus coz sudi datang jenguk mak aku.. hepi dapat jumpa Yus.. ( antara member paling rapat masa kat poli dulu ).. dpat berita gembira juga, insyaAllah 15 Julai mak akan keluar dari ICU n masuk wad biasa.. setinngi kesyukuran aku panjatkan pada Allah.. balik umah ayah pesan tghri esok p dengan abang tengok klu mak dapat keluar o tak, klu boleh keluaq petang boleh bawak barang keperluan, ayah tak dapat g tghri macam biasa coz ada kja..
15 Julai 2012, Ahad..  tghri aku g hospital dengan abang.. my beloved hubby.. terus g ICU, ada lagi nama mak, hati terasa sedikit kecewa, bila masuk dalam wad ja tgk katil mak kosong,, tanya nurse kat situ, nurse gtau mak dah masuk wad biasa, wad kenanga, hepinya aku.. ssenyum ja.. nurse pesan klu takda kat wad kenanga cari kat CMR ( dalam hati tertanya apa bendalah CMR tu ).. aku n abang pun menuju la ke wad kenanga.. ternyata mak takda, mak ada kat CMR..  pusing plak cari CMR.. rupanya dewan bersalin.. sampai skang taktau g nama full untuk CMR tu.. ( perlu ke untuk tahu ) aku masuk tgk mak.. Alhamdulillah mak dah tambah sihat.. kejap ja dapat sembang dengan mak, aku sampai 1.30.. pusing2 cari bilik dah 1.40.. kul 2 dah tamat waktu melawat.. salam mak n balik.. tak sabar nak datang jumpa mak petang nanti..
Petang…
Aku g selagi lagi dengan ayah n adik2, mira, anak sedara pupu aku pun follow juga.. suma hepi coz mak dah bertambah sihat.. adik baby pun sihat juga..  mak dah tak pakai mask dah.. pakai tiup hidung ja.. ( belasah bahasa senang faham ).. tunggu nak pindah masuk wad biasa, kalu keadaan tambah baik lagi insyaAllah dapat balik.. Rindu sangat kat mak, sunyi kat umah bila mak takda.. huhu.. Ya Allah moga segalanya berjalan dengan lancar, selamatkanlah ibu dan adik babyku..amin..
Buat suami tercinta Mohd Ezri Ramli.. thanx for everything sayang…

13 July 2012

YA ALLAH SELAMATKANLAH BONDA.. ;-(

11 Julai 2012 rabu
Salam.. 11 Julai 2012 aku g melawat mak aku kat hospital.. g dengan adik aku yang no. 3.. Nazri a.k.a Li.. merempit dengan motor ja.. hihi.. best dapat sembang dengan mak.. aku lepak dengan mak sampai kul 7 ja.. coz takut nak balik malam2.. sedihnya nak tinggal mak.. salu kalu p mesti habis waktu melawat 7.30pm.. manfaat seluruh waktu melawat yang diberikan.. malam tu aku kol mak.. sembang dengan mak.. macam2 aku cerita kat mak.. masalah aku.. hepi aku, sedih aku.. mak memang camtu, dari dulu g tempat aku luah segalanya.. sangat3 memahami.. even mak kenal semua budak2 laki yang aku kawan masa sekolah dulu.. abang2 angkat aku.. adik angkat.. semua aku cerita kat mak.. when I’m fallen in love with mohd ezri.. itu la mak aku.. sebab tu aku n adik aku tak pernah nak rahsiakan apa2 dari mak.. keluar p mana, dengan sapa.. kami jadi pandai jaga diri atas kepercayaan yang diberikan.. syukur.. dah puas sembang aku kesian kat mak takut mak nak tido.. so letak tipon.. esoknya nak g melawat mak lagi.. dengan adik2 plak..
12 Julai 2012 khamis
Aku balik awal dari umah abang ke rumah aku sebab dah kakchik dah janji dengan mertua dia nak g kat mak kul 12.. kami sumbat dalam keta wira adik ipar aku tu 7 orang, dasyat tak..  mak ayah mertua kakchik kat depan, aku, kakchik, amin, dik ah n anak sedara pupu aku dikna kat belakang.. full gila la.. tapi takpa asalkan semua dapat g.. adik li ja tak dapat g.. bawa bekal kat mak..

Kul 1 kami g kat mak, sampai dalam 1.30 gtu la.. sampai ja kat tempat mak, mak takda, ingatkan mak g mandi, tgk2 akak kat depan tu gtau mak kna g ICU.. suma terkejut.. g tanya kat kaunter tentang mak, doc gtau mak stabil cuma tak cukup oksigen ja.. sedih sangat hati ini.. g cari wad ICU plak.. mak baru d masukkan, 5 minit sebelum kami sampai.. jadi kami tak dapat melawat mak lagi sebab ada prosedur yang depa nak buat.. tunggu punya tunggu sedar2 dah pukul 2, tamat la waktu melawat untuk tghri, kna tunggu waktu petang plak, kul 430pm.. kami g solat n makan, tepat jam  430pm, aku la orang pertama yang masuk tgk mak, aku masuk dengan adik aku yang bongsu dik ah.. mak tgh tido, sebak rasa hati tgk mak.. serius terasa luluh sangat hati aku! Adik aku dah start menangis, aku control taknak nangis depan mak, aku usap tangan mak, sembang2 dengan mak.. aku dok kjap ja sebab tak tahan dah.. lepas salam dengan mak aku terus keluar sambil air mata berjujuran jatuh membasahi pipi aku.. aku tak peduli kat sapa dah.. turn kakchik dengan mertua dia plak tengok mak.. settle kakchik, kakchik dating kat aku, dia kata jangan nangis depan adik2.. aku cuba kuatkan hati, tapi air mata taknak stop.. lama juga la ambik masa.. aku dah ok.. banyak kali juga la aku masuk tgk mak.. sebab aku jadi peneman sapa yang nak masuk.. tiap kali aku masuk aku akan sembang dan buat lawak dengan mak.. biar mak hepi.. dalam hati ini Tuhan ja yang tahu…

Zuni pun datang juga.. aku teman dia masuk jumpa mak, last dah la tu sebelum kami semua balik.. sembang2 dengan mak n doc.. aku pun salam mak..cium tangan mak, mintak maaf kat mak.. otw keluar tu aku dah tak mampu nak tahan.. aku peluk zuni.. nangis kat bahu zuni.. aku sedih yang teramat, terima kasih zuni sebab tenangkan aku..

Kepada sesapa yang baca entry aku, doakan mak aku dan adik baby aku selamat…amin..

(my mother was pregnant 8 month, due: 10 Ogos 2012..)

11 July 2012

BONDA.. (",)

9 Julai 2012.. isnin mak aku dimasukkan ke hospital sebab penat dan darah tinggi.. kena tahan.. hope mak cepat sihat.. petang tu aku, abang n kakchik g melawat mak kat Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.. Kemarin 10 Julai 2012 kakchik g dengan mertua dia, bawa adik2.. insyaAllah hari ni aku plak nak g dengan abang.. mak tak dibenarkan balik lagi walaupun darah dah tak tinngi dah.. masalah penat plak.. ntah kna tahan sampai bila.. aku doakan yang terbaik buat mak.. buat sesapa yang baca blog aku jom doa sesame yer.. aku malas nak post dalam fb.. ntah np.. biar jela hal ni jadi masalah keluarga.. kenapa aku tulis dalam blog plak? Bagi aku blog ni umpama diary umum aku.. takkan ada semua yang baca apa yang aku tulis.. hanya segelintir yang sudi ja.. itu lebih buat aku selesa..

BIRTHDAY BOY (",)


Banyak benda yang terjadi.. ternyata penulis blog sangat rajin untuk mengupdate segala yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka.. dan aku jenis yang sangat pemalas.. 6 Julai 2012 Jumaat .. birthday adik aku ke 14, Mohd Nazrul Amin.. ni adik yang no 4.. sambut kecik2 ja.. beli kek sebiji.. sponsor by adik aku yang no 2 Nashrah (kak chik).. hehe.. Nazrul Amin.. atau kat kg orang panggil dia Mad Amin.. aku plak panggil Kumin.. kenapa aku panggil Kumin.. aku pun tak tahu.. panggilan kat umah Bangchik.. dah 14 tahun dah.. tahun depan dah PMR.. hope dia dapat buat yang terbaik..




9 July 2012

OH KATAK...(",)


Siang tadi g ronda2 dengan abang.. g hantar telur burung puyuh kat umah kawan abang.. hihi saja ngekor abang.. dapat juga hirup udara segar sambil naik moto dengan insan tersayang.. ;-) 

Haa.. pasal katak ni plak cerita di malam hari.. tadi ni teman abang cari katak kat kawasan umah.. geli.. abang nak buat umpan mancing ikan.. haha.. aku jadi tukang jaga beg isi katak a.k.a guni baja.. tiap kali abang tangkap sekor katak, aku mesti gelak.. asa lawak plak.. suluh kat katak, fokus, g slow2 n cekop...haha
1st time aku tgk orang tangkap katak.. rupanya tangkap dengan tangan.. keliling satu rumah kami round.. dapat banyak juga.. pengalaman.. kesian katak tu kan.. nak buat camna dah nasib badan kna jadi umpan.. 

oh katak....

8 July 2012

AKU YANG HEPI.. (".)


Semalam abang sampai dalam 1.31am gtu.. aku tunggu abang sampai ternena.. huhu.. hepi sangat abang dah balik.. pasni abang akan g lagi.. ini la tntutan kerjaya abang.. datang dan pergi.. aku kat sini akan menanti dan terus menanti.. apa pun aku hepi sangat abang dah balik.. Alhamdulillah abang smpai umah dengan selamat.. aku tak sunyi lagi.. malam2 aku tak nangis lagi.. ;-)


AKU YANG HEPI.. (^_^)



4 July 2012

SETIA MENANTI (",)

Malam ni abang tak contact aku lagi.. semalam abang kol.. abang pesan.. jangan terlalu mengharap untuk abang contact aku hari2 sebab keja abang macam tu.. air mata mengalir tanpa henti.. aku diam.. tak dapat nak cakap pa.. ntah la abang tau o tak aku sedang menangis.. ini la dugaan buat aku.. kena tabah dan redha.. tapi..... aku rindukan abang.. bukan nak ikut perasaan.. macam aku tulis dalam entry aku sebelum ni.. rindu itu bukan d buat2.. ia satu anugerah..

Dari couple dulu sampai sekarang aku dan abang memang ditakdirkan berjauhan.. paling lama kami pernah tinggal sebumbung pun 3 bulan ja..  kat port dickson dulu.. 13 mac 2011 sampai 13 jun 2011..

Hari tu abang kat kampung 4 bulan dari bulan dec sampai april.. tapi aku plak kat u.. balik seminggu sekali ja.. suma orang kata aku rajin sambung study walaupun dah kawin.. tapi sebenarnya tak...ada sebab lain kenapa aku sambung study.. t la kalau rajin aku cerita..

Aku dah terbiasa hidup berjauhan dengan abang.. masa couple sebulan sekali ja kami dating.. kekdang sebulan lebih.. time kawin pernah sampai 3 bulan kami tak jumpa sebab abang kja..TAPI.. kami contact HARI-HARI.. abang mesej, kol.. dari couple sampai skang setiap hari kami akan berhubung.. tak pernah pun tak contact kecuali klu gaduh o merajuk.. kalau sibuk, bang akan tetap curi masa untuk kol o mesej aku..sesibuk mana pun abang... sebab tu walaupun kami jauh aku tetap rasa dekat dengan abang.. macam abang salu kata "JAUH  MATA DEKAT D HATI"..

Tapi sejak abang dapat kja camni.. Abang dah tak dapat contact aku macam selalu.. ikut dapat line o tak.. aku sedih.. kali ni aku rasa kami betul2 jauh.. aku rindu sangat kat abang.. saat ni air mata mengalir lagi.. oh hati.. aku ok kalau kami jauh.. asalkan hari2 dapat gayut dengan abang.. cerita semua apa yang aku alami untuk hari tu.. ngadu apa ja yang jadi dalam hidup aku.. gtau aku sayang abang, gtau aku rndu abang, abang gtau sayang n rindu aku juga.. skang........... aku sunyi.. takda mesej.. takda kol.. takda tempat nak ngadu.. takdak tempat nak manja.. takdak tempat nak majuk...


* ya ALLAH.. Aku syukur sebab semua tu hanya sementara.. satu tempoh yang Kau beri untuk aku berjauhan dengan abang.. walaupun perit untuk aku tanggung tapi aku tetap bersyukur.. bawa la abang pulang dengan selamat ke pangkuanku Ya Allah..


AKU SETIA MENANTI...

lot of love...